Memaparkan catatan dengan label adinda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adinda. Papar semua catatan

Khamis, Mei 24

buat KALI ke 6..

Salam 1 Malaysia..

tanggal 20 Mei 2012.. untuk kali ke 6 anakanda bonda naik ke pentas untuk mengambil sekeping sijil.. tak tau ada atau tidak untuk kali ke 7.. dari sijil.. diploma.. dan ijazah.. alhamdulillah.. aku bersyukur.. bonda dapat melihat anakanda naik ke pentas di majlis konvokesyen.. namun ada sedikit rasa ralat di hati kecil ni.. jauh di dasar hati.. ayahanda tidak dapat menyaksikan.. arwah abah sempat melihat along naik ke pentas untuk mengambil sijil perguruan.. saat aku mengambil sijil di POLIMAS.. arwah abah baru beberapa bulan meninggal dunia.. di atas pentas juga air mata mengalir.. betapa sayu hati ini hajat di hati tidak dapat tertunai untuk menghadiahkan sekeping sijil kepada arwah abah.. moga tenang dirimu di sana.. adik sentiasa mendoakan agar arwah abah sentiasa dalam golongan insan-insan yang dikasihi Allah s.w.t.

mengalir air mata saat melihat adinda bongsu naik ke pentas.. pabila nama di sebut.. menyentuh dasar hati kecil.. tertunai amanah yang aku galas selama ini.. Ya Allah.. sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah s.w.t. apa yang aku beri.. kepada adik-adik.. aku tidak mengharap balasan.. cukup bagiku untuk melihat mereka gembira.. berjaya.. hanya ini yang mampu aku berikan.. ilmu.. menitik air mata di saat entry di taip..

andai ada rezeki.. sambung la pelajaran wahai adik-adik ku.. untuk kesenangan dirimu di masa yang mendatang.. susuri kehidupan dengan tenang.. InsyaAllah.. segalanya dipermudahkan dengan niat dan hati yang ikhlas.. sekalung tahniah untuk adindaku.. HASMIDAYU BINTI AWALUDDIN.. semoga maju jaya di masa akan datang.. keje rajin-rajin.. nanti boleh pergi Jepun.. tengok negara orang.. moh la layan gamba adinda konvo.. tak boleh nak menaip lagi.. air mata dah bercucuran.. badan je beso.. hati kecik cam semut.. mudah sangat menangis bile melibatkan keluarga.. insan yang tersayang.. zassss!!

untuk kali ke 2 dengan bunga-bunga..

bersama bonda dan angah..
abangchik & along tak ikut..

bersama bonda..
bersama mak teh & family.. yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan..
bersama tetttttt.. ahaksss!!




tersengih dengan bunga!!
bersama rakan-rakan seperjuangan..

rasa satu kepuasan melihat adinda gembira.. semua orang gembira.. semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kami.. Amin.. kenangan terindah sebagai seorang anak dan kakak..

Isnin, Mac 26

nasib SI KUDA MERAH..

Salam 1 Malaysia..

today is MONDAY.. katakan TIDAK kepada MONDAY BLUES.. ahaks!! biasalah.. hari Isnin.. adakalanya badan seperti lemau.. yang mana ada kenduri kawin atau aktiviti yang agak padat pada hari semalam.. memang badan menjadi lemau.. lesu.. dan mengantuk di pejabat.. LETIH.. dan akan menjadikan mood melayang-layang ke angkasa.. aku pun kadang-kadang macam tu.. aik! cam nak salahkan hari pulak.. diri sendiri yang takde stamina yang kuat.. adehhh.. adakah kerana faktor usia?? haishhh!! udah melalut.. kembali kepada tajuk entry..

nasib SI KUDA MERAH.. rentetan dari kisah adindaku kemalangan..  kesian betul aku tengok kuda merah adindaku.. senget benget depannya.. Jumaat malam Sabtu adik lelaki aku pegi ambik kuda merah adindaku di Shah Alam Seksyen 18.. hari tu lepas kemalangan, kawan adik lelaki aku suruh letak kat rumah dia.. sebab adindaku dah tak boleh bawa moto.. memandangkan hari dah malam, maka ditinggalkan kuda merah di Shah Alam..

pagi Sabtu aku tengok.. robek hatiku.. dan juga.. robek poketku.. ahaks!! opkos cheq yang kene bayo kan.. memandangkan adindaku belum gaji.. tak kisahlah.. asal adindaku selamat.. bahagian depan la teruk.. sebab hampir menjunam ke dalam longkang.. aku sebenarnya masih tak dapat bayangkan.. apa gaya adindaku tu jatuh motor.. dia kate moto hampir menjunam ke longkang.. dan dia masuk dalam longkang.. kuasa Allah.. kalau nak jadi, sekelip mata je boleh jadi.. moh layan gamba SI KUDA MERAH..

habis rebeh cup moto ni.. (eja betul ke.. belasah je la..)
terkeluar dari kedudukannya..
kene tukar.. ganti yang baru..
habis idung si kuda merah..
pecah di sini juga..
atas pun pecah juga..

moga lepas ni adindaku lebih berhati-hati semasa memandu.. semua ini adalah pengalaman hidup.. dengan pengalaman kita makin matang dalam kehidupan..

nota blog : pagi ni kene anta adinda pegi klinik kesihatan untuk rawatan lanjut luka dia.. masuk lewat sikit..

Khamis, Mac 22

malang tidak BERBAU..

Salam 1 Malaysia..

malang tidak berbau.. musibah datang tanpa dipinta.. datang untuk menguji.. redha dengan ujianNYA.. tapi mungkin juga kejadian berlaku disebabkan oleh kecuaian.. hal terjadi sewaktu adindaku pulang dari kerja.. di laluan motor federal highway di shah alam.. 20/03/2012 jam 5.40petang.. 

Syukur Alhamdulillah.. adinda hanya cedera di kaki.. motor rosak sikit kat bahagian kiri.. berlaku sedikit pergeselan diantara motor adinda dengan sebuah motor pemandu motor yang lain.. orang yang terlibat telah meletakkan motor di tepi bahu jalan tanpa sebab.. mencari sesuatu di bawah pokok.. ntah apa yang dicari, adinda tak pasti.. mungkin juga adinda yang memandu tanpa berhati-hati.. kejadian spontan.. dan pastinya lepas kejadian menjadi BLUR..

nasib la bangchik & angah keje kat shah alam.. terus call dia orang minta tolong.. risau gak coz adindaku itu pempuan.. kang jadi ape-ape aku menyesal tak sudah.. dah la dah petang masa tu.. doa banyak-banyak tiada apa-apa yang teruk berlaku.. bonda jangan cakap la.. riak wajahnya dah menunjukkan kerisauan.. aku cuba tenangkan bonda.. "jangan risau.. ayu ok.." tu je la yang mampu aku katakan..

semuanya selesai dalam pukul 8.30 malam.. aku dan bonda tertunggu-tunggu pesakit di rumah.. tak juga sampai.. nasib la ramai yang sudi menolong.. jasa baik kalian amat dihargai.. motor tu aku tak tengok lagi sebab masih kat shah alam.. harap tak teruk mane.. pas ni adindaku.. berhati-hati memandu ya.. kali ni dah 3 kali kamu kemalangan.. harap lepas ni lebih berhati-hati.. MC 3 hari.. next week baru keje.. baru je sebulan keje.. dah MC 3 hari.. harap tiada apa-apa tindakan.. zoom in!! ( sape-sape yang tak nak tengok.. sila klik X.. ngeri..)


pedihnya.. hanya dia yang tau..

kesian adindaku.. tak sampai hati semalam nak tengok luka dia.. berkerut-kerut muka dia menahan sakit.. nasib la doktor ke nurse semalam dah suntik bahu dia.. pagi semalam risau dia demam je.. nasib tak demam.. moga cepat sembuh adindaku.. postpone lagi la gamaknya nak tengok cite 7 PETALA CINTA..


nota blog : hari ni dan esok kursus Fail Meja.. maaf lau tak sempat melawat rumah kawan-kawan.. ada masa, akan menziarah ke rumah anda..