Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Rabu, Jun 12

Wordless Wednesday : CACAT??

Salam 1 Malaysia..

entry yang menarik bagi diriku.. terkena pada diri ini juga sebenarnya.. selalu juga adik pempuan aku cakap.. aku tau juga la cerita ni.. ni detail sikit kot.. dari yang biasa aku dengar.. apakah bendanya?? meh nak share..

rasanya tak jelas artikel di atas.. aku taip semula la.. jadi WORDLESS WEDNESDAY ke?? arghh!! nak taip gak!! ^_^

Lesung pipit atau lekuk kecil pada pipi boleh menambah kecantikan atau ketampanan seseorang. Tetapi tidak semua orang bertuah punya lesung pipit.

Dalam kalangan masyarakat lama, ada yang percayakan mitos lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menekan hujung cili ke pipi bayi.

Namun ternyata motis itu tidak benar kerana lebsung pipit terjadi akibat kelainan otot pipi. Lesung pipit muncul di kedua-dua pipi atau hanya di salan satu pipi saja dan biasanya dilihat jelas ketika seseorang itu tersenyum, berbicara atau ketawa.

Ahli bedah plastik di Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas, Dr Joel Pessa berkata, lesung pipit disebabkan oleh kecacatan pada otot zygomaticus utama.

Ia muncul pada wajah akibat otot zygomaticus utama yang lebih pendek daripada ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua lalu menyebabkan sedikit lakukan pada pipi.

Ketika seseorang tersenyum atau berbicara, ada daya tarik pada kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat kesan penarikan kulit. Hal ini diketahui selepas beberapa pemerhati dan doktor pakar membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.

nota blog : maknanya pipi kanan aku ada kecacatan la.. otot zygomaticus utama lebih pendek.. mewarisi bonda.. pipi yang sama.. dalam adik beradik.. aku ngan adik lelaki je yang ada lesung pipit ni.. tapi adik lelaki lesung pipit kecik tu.. kanan kiri.. cacat pun cacat la.. manis tetap ada kot.. hah! perasan la tu.. ^_^

Jumaat, April 5

meNANGIS lah..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat yang barakah.. penghulu segala hari.. semoga dipermudahkan segala urusan.. semoga peroleh keberkatan.. entry yang tak seberapa hari ni.. memandangkan hari Jumaat.. kita share benda yang elok dan yang tak tau je la.. tak nak merepek hari ni.. keja waktu.. agak sibuk bape hari ni.. kerja!! kerja!! Jumaat waktu yang pendek.. 

tahukah anda menangis punya kebaikan?? meh nak share..

Kelebihan Selepas Menangis..



Membantu Penglihatan
# air mata dapat membantu penglihatan seseorang kerana cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan manusia kabur.

Meningkatkan Mood
# seseorang yang menangis boleh menurunkan tahap tekanan dan mengembalikan keceriaan dalam mood yang lebih baik.

Mengeluarkan Racun
# ahli biokimis Willian Frey melakukan beberapa kajian mengenai air mata dan mendapati air mata yang keluar daripada hasil menangis kerana emosi terganggu ternyata mengandungi racun. tetapi keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh menerusi mata.

Mengurangkan Tekanan Perasaan
# air mata ternyata dapat mengurangkan tekanan perasaan seseorang dan membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh tekanan perasaan seperti tekanan darah tinggi.

Mengeratkan Hubungan Silaturahim
# selain membawa kebaikan untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan silaturahim di antara teman yang menjadi pendengar setia.

Melegakan Perasaan
# Semua orang akan berasa lega dan lapang dada apabila menangis setelah didera dengan pelbagai masalah dan cubaan dalam kehidupan.



Isnin, Mei 28

sedikit TIPS..

Salam 1 Malaysia..

minggu terakhir bulan Mei.. pantas betul masa berlalu..dah nak masuk pertengahan tahun.. macam-macam berlaku dalam tempoh masa 5 bulan.. pahit.. manis.. masham.. masin.. ahakss!! tu la namanya kehidupan.. mana ada kehidupan tu sentiasa indah.. kan?? kan?? entry hari ni nak share TIPS menjaga buah pinggang.. info dari FB kawan aku.. sama-sama belaja di POLIMAS.. 1 rumah.. 1 bilik.. dia nak share tips ni sebab abang dia meninggal dunia menghidap sakit buah pinggang.. jadi aku nak share info ni untuk kita bersama..





Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.