Memaparkan catatan dengan label berita terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita terkini. Papar semua catatan

Jumaat, April 12

apa kata anda.. seorang RM450..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat yang tenang.. Penghulu segala hari.. pagi-pagi jadi rutin harian aku.. baca paper metro.. belek punya belek.. apa yang menarik.. jumpa artikel ni..


MashaAllah.. mahalnya la hai.. bayangkan kalau anta anak 3 orang kat taska.. terkebil-kebil jap mata ni.. 2 orang pun dah RM900 dah dekat sebulan gaji.. tak agak la.. alasan mereka.. gaji minima pekerja RM900.. kos operasi.. bla.. bla.. bla.. cam tu.. sorang kene jaga 2 orang je la.. kalau dah RM450 sorang.. kat kawasan aku sorang baby pun RM300.. cam ni gaya yuran taska.. minima je la bilangan anak 1 keluarga.. ke.. aku yang salah paham dengan arkitel ni?? toing! toing!

jadi.. apa pendapat anda dengan yuran taska begini?? seorang RM450..

nota blog : perang bendera makin meriah!! petang ni bawa bonda ronda kampung la.. bulan ada.. dacing ada.. roket ada.. bintang ada.. macam-macam ada..

Sabtu, Mac 31

AKHIRNYA.. keluar juga..

Salam 1 Malaysia..


YES!! Alhamdulillah.. Syukur padaMU Ya Allah.. akhirnya yang di nantikan telah keluar.. JPA dah keluarkan Pekelilingan Perkhidmatan Bil. 1/2012.. apa dia?? ahakss!! ape lagi kalau bukan Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.. siap ada perkiraan lagi.. senang la nak kira kan.. JOM KIRA!! berbunga hati sekejap.. Syukur.. Alhamdulillah..

nota blog : jangan lupa daftar E-FILING ya.. dah kene bayar income tax pula.. jangan buat-buat lupa.. 

Selasa, Mac 13

Dirang DIBUNUH

Salam 1 Malaysia..

rasa sedih.. simpati.. tak terkata bila menonton berita TV3 malam tadi.. Ya Allah.. KAU lindungilah ahli keluargaku.. saudara maraku.. sahabat-sahabatku.. serta semua hambaMU dari kekejaman manusia.. Al-Fatihah kepada adik Nurul Nadirah Abdullah.. semoga rohnya dalam golongan insa-insan yang dikasihi.. disayangi Allah s.w.t.

sumber : myMetro

Oleh Salman Hamat, Mahaizura Abd Malik dan Mohd Fahmi Mohd Yusof
am@hmetro.com.my


PILU...Roselyn (tengah) ditenangkan ahli keluarga yang sedih
selepas menerima berita penemuan mayat Dirang, semalam.
JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.

“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.


“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.


“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.

Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.

Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.


Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.


Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.

aku harap orang yang bersalah itu dapat pembalasan.. semoga ahli keluarga arwah Dirang tabah dan kuat menghadapi ujian ini.. Al-Fatihah..




Jumaat, Mac 9

TERGAMAK ke anda??

Salam 1 Malaysia..

hati tersentuh.. sayu.. sedih.. menangis dalam hati bila membacanya.. sebagai seorang anak, walaupun tidak sebaik mana.. tidak sehebat mana dengan bonda tersayang, namun aku masih punya hati dan perasaan dan juga masih punya rasa jutaan SAYANG pada bonda tercinta.. sehari tak menatap wajahnya terasa hidup ada kekurangan.. apa jua ku sanggup lakukan demimu bonda..

bagaimana anak insan ini TERGAMAK melakukan ibu sendiri sebegini rupa?? mungkin dia ada jawapan dan sebab tersendiri.. siapa aku untuk menilai serta menghukum insan itu.. aku sekadar berkongsi dengan teman-teman kisah seorang ibu yang di tinggalkan anak di hotel bajet di Kuala Lumpur..

sumber : Harian Metro 08/03/2012

Buang ibu di hotel bajet


Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya
 KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.


Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.


KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA.. 




Sabtu, Februari 25

Le Tour De LANGKAWi 2012

Salam 1 Malaysia..

24 Februari 2012 : LTDL 2012 telah bermula.. kali ni ada 10 stage.. lokasi pada tahun ke dari Putrajaya turun ke selatan dan seterusnya ke pantai timur.. setiap tahun agak berbeza lokasi stage.. 

LTDL 2012..
hari ni dah stage ke 2.. Putrajaya ke Melaka.. ape lagi.. zoom in!!

panjang kan.. 151.0km..
StageDate
Start and Finish
Distance

Stage 1Friday, 24 February 2012
Putrajaya Individual Time Trial
20.3 km

Stage 2Saturday, 25 February 2012
Putrajaya - Melaka
151.0 km

Stage 3Sunday, 26 February 2012
Melaka - Parit Sulong
187.6 km

Stage 4Monday, 27 February 2012
Batu Pahat - Muar
169.4 km

Stage 5Tuesday, 28 February 2012
Ayer Keroh - Pandan Indah, Ampang
190.0 km

Stage 6Wednesday, 29 February 2012
Proton, Shah Alam - Genting Highlands
108.0 km

Stage 7Thursday, 1 March 2012
Bentong - Kuantan
205.8 km

Stage 8Friday, 2 March 2012Pekan - Cukai100.8 km

Stage 9Saturday, 3 March 2012Kemasik - Kuala Terengganu165.7 km

Stage 10Sunday, 4 March 2012Tasik Kenyir - Kuala Terengganu Loop116.9 km


TOTAL DISTANCE : 1415.5 km
jadi.. sape-sape yang terkena lokasi tu.. ape lagi.. jangan lepaskan peluang menonton di tepi jalan.. bagi sokongan kepada pelumba-pelumba basikal pasukan Malaysia dan juga antarabangsa.. setahun sekali beb.. nak tau lebih lanjut.. KLIK JE SINI.. 






Rabu, Februari 15

BERITA gembira!!

Salam 1 Malaysia..

pagi ni nak share dengan kawan-kawan blogger penjawat awam.. perkhabaran gembira dari CEUPACS.. moh kita baca sesame.. ;)

sumber : Berita Harian

Isu SBPA: CUEPACS lega
Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my
2012/02/15

PRESIDEN CEUPACS, Datuk Omar Osman bersama timbalannya Azih Muda (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng (kiri), pada sidang media di International Hotel, Kuala Lumpur, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid      
  • Kerajaan pada dasar setuju dengan 5 tuntutan kesatuan
  • Isu skim saraan baru dijangka dapat selesai lebih awal 
PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.

"Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.
"Berikutan itu, kita yakin perkara ini boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Lima tuntutan CUEPACS bukan satu perkara yang menyulitkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, di sini semalam.

Sebelum ini, CUEPACS mengumumkan lima tuntutan, iaitu mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar juga berkata, persetujuan kerajaan terhadap lima tuntutan CUEPACS itu akan memberikan keceriaan kepada kakitangan awam yang sebelum ini kurang puas hati dengan pelaksanaannya.

"Isu SBPA ini dapat diselesaikan secara perbincangan seperti yang diadakan hari ini kerana jika CUEPACS tidak dibawa dalam rundingan, ia akan terus menjadi isu di kalangan kakitangan awam," katanya.

Beliau juga memaklumkan satu bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS berhubung isu SBPA akan diadakan di ibu negara pada 17 dan 18 Februari ini bagi menyediakan kertas kerja komprehensif mengenai masalah skim baru itu.

"Bengkel ini akan dihadiri pelbagai pihak berkaitan, termasuk ahli akademik bagi membincangkan isu itu dan menyediakan satu kertas kerja komprehensif untuk penyelesaiannya," katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, pasukan petugas khas masih meneruskan perbincangan dan semua maklum balas serta cadangan yang diterima akan diteliti.

Kerajaan sebelum ini memberikan tempoh tiga bulan yang berakhir 16 April ini kepada pasukan berkenaan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan SBPA selepas menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kedua-dua pihak berbincang bagi menyelesaikannya.

Isnin, Januari 30

AWAN NANO!! nano..nano.. nano..

Salam 1 Malaysia..

seperti yang telah diketahui.. betapa meriah malam ANUGERAH JUARA LAGU KE 26 pada malam tadi.. memang MANTOP suara mereka.. itulah anugerah dari Allah s.w.t. pada hambaNYA.. persembahan permulaan dari Jamal Abdillah.. Awie & Sheila Majid.. 

Anugerah Juara Lagu memulakan pertandingan dari persembahan Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia.. Jaclyn Victor - Sedetik Lebih & Yuna dengan lagu Gadis Semasa.. seterusnya Kekanda Adinda.. Kalau Berpacaran.. Cinta Muka Buku.. dan Karma.. Kisah Hati.. Sungai Lui.. Yuna dengan lagu Penakut.. Hafiz dengan lagu Awan Nano dan gabungan 3 suara Shila Amzah.. Ning Baizura & Jaclyn Vistor dengan lagu Seribu Sesalan..

dan keputusannya.. Persembahan Terbaik jatuh kepada ALYAH dengan lagu KISAH HATI.. Vokal Terbaik dengan gaya yang sempoi.. HAFIZ.. tempat ketiga di anugerahkan kepada lagu KARMA nyanyian FAIZAL TAHIR.. Naib Juara Anugerah Juara Lagu jatuh kepada lagu SERIBU SESALAN dan Juara Anugerah Juara Lagu jatuh kepada AWAN NANO nyanyian HAFIZ!!

Juara Anugerah Lagu Ke 26..
Karya Ciptaan M.Nasir Lirik Budi Hikayat..
Nyanyian Hafiz dengan lagu AWAN NANO..

sebelum keputusan di umumkan.. persembahan dari Black.. Hazama & Azlan Typewriter dengan lagu Hidup Sederhana (Basikal Tua), Balik Kampung & Chow Kit Road.. memang menarik persembahan dari finalis Anugerah Juara Lagu dan juga dari artis jemputan pada malam tadi.. pakaian Hafiz sangat sempoi.. suar track dan tshirt je.. berkaki ayam.. TERBAIK dari Hafiz & Alyah!!

Rabu, Januari 25

BUMI Berdepan Ribut Solar Terkuat

Salam 1 Malaysia..

membaca tajuk surat khabar kosmo ari ni dengan perasaan takut.. RIBUT SOLAR TERKUAT.. bagaimana keadaannya nanti.. mari kongsi membaca info ini..

GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu
menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.
Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.
Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.
Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.
Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.
Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.
Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.
Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. - Agensi

sumber : Kosmo

Isnin, Januari 16

PERHATIAN: bank susu ibu HARAM!!

Salam 1 Malaysia..

susu ibu.. ANUGERAH yang tak terhingga..




BANK SUSU IBU HARAM


Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan

PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.

Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.

Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.
Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.

Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.

“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.
“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.

Menurut muzakarah itu, tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan dan perbuatan membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi perkara yang dilarang dan berdosa.

“Bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.

“Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan mengesahkan pesakit tiada harapan sembuh dan pesakit dibenar pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan diteruskan adalah dibenar Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing,” katanya.

Muzakarah juga memutuskan dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian apabila disahkan pakar dan adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat.

sumber : berita harian online

TAHNIAH! Datuk Lee Chong Wei

Salam 1 Malaysia..

hujung minggu kali ni aku tak kemana-mana.. gara-gara badminton.. dari hari jumaat lagi bonda penonton setia di depan TV.. bonda sangat suka sukan badminton dan bola.. pada mulanya semalam nak pegi derma darah, tapi cancel saat akhir memandangkan kesihatan diri yang tak berapa nak sihat plak semalam.. bekpes semalam pun bonda yang buat bersama adik bongsu.. tapi memasak hidangan tengahari tetap aku.. simple je.. nasi putih + sambal sotong + tauhu goreng.. =)

perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Juara, Bukit Jalil untuk single lelaki tak la sangat mendebarkan bagiku.. final single lelaki bagi aku yang mendebarkan masa sabtu malam ahad.. tak sanggup rasanya aku nak menonton saat itu.. Datuk Lee Chong Wei VS Chen Long.. sengit betul.. berdebar gile.. dengan bantal di sisi.. ;)

semalam Datuk Lee Chong Wei VS Kenichi Tago.. sekejap je perlawanan tu.. cam kesian plak tengok Kenichi Tago.. nasib la Lee Chong Wei tu tak macam Lin Dan.. dengan gaya dia yang menggeramkan.. ahaks!! apa-apa pun.. TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI!!

senyuman seorang pemenang..
KUALA LUMPUR - Selepas menutup tirai 2011 dengan tiga kekalahan berderet, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei membuka langkahnya pada tahun Olimpik 2012 dengan memahat dua kemenangan berturut-turut apabila merangkul kejuaraan kelapan Terbuka Malaysia di Stadium Juara, Bukit Jalil semalam.

Kemenangan mudah 21-6, 21-13 ke atas bintang muda Jepun, Kenichi Tago membolehkan jaguh No. 1 dunia itu menyamai rekod kejohanan milik legenda badminton negara, Wong Peng Soon iaitu muncul juara sebanyak lapan kali. 

Malah, Chong Wei bukan saja berjaya menumbangkan dua musuh terbesarnya dari China, Lin Dan dan Chen Long dalam tempoh seminggu tetapi juga bakal meraikan Tahun Baru Cina dengan angpau paling besar selepas mengumpul AS$105,000 (RM329,000) hasil daripada dua gelaran yang diraih, Terbuka Malaysia dan Korea, dua minggu lalu. 

Dia menambah hadiah kemenangan kepada AS$30,000 (RM94,000), iaitu seminggu selepas membawa pulang AS$75,000 (RM235,000) dari Seoul hasil kejayaan menumbangkan seteru ketat, Lin Dan di final. 

"Ini adalah kemenangan paling mudah yang pernah saya harungi daripada lapan perlawanan akhir yang saya sertai tetapi yang lebih penting saya gembira dapat menerima penghormatan menyamai rekod lapan kejuaraan milik legenda Malaysia.

"Mungkin ia adalah kemenangan yang amat banyak tetapi saya rasa saya masih mahukan satu lagi gelaran sebelum bersara, saya akan mencari kejuaraan kesembilan tahun depan," kata Chong Wei sejurus tamat perlawanan yang hanya berlangsung selama 37 minit.

Biarpun di atas kertas Tago, 22, bukanlah pemain yang terlalu lemah; menghuni ranking ke-12 dunia dan pernah bergelar naib juara All England, namun di atas gelanggang, jaguh muda Jepun itu jelas bukan tandingan Chong Wei, yang terlalu jauh meninggalkannya dalam semua aspek permainan.

Turut menyaksikan perlawanan itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta pengurusan tertinggi Maybank dan BAM. Sementara itu, Tago sendiri mengakui, bahawa faktor penonton sebenarnya tidak terlalu memainkan peranan, sebaliknya dia akur pemain Malaysia itu memang jauh lebih unggul.

"Memang dia memiliki kelebihan penonton tetapi saya sudah bersedia dengan semua itu kerana saya telah melihat keadaan di stadium ketika dia menentang Chen Long malam tadi. Pada saya, kekalahan saya hari ini adalah kerana dia jauh lebih hebat daripada saya setiap kali kami bertemu.

"Selepas kalah dalam semua 11 pertemuan kami, saya perlu bekerja lebih keras dan akan terus berusaha untuk mencari jalan bagaimana saya dapat mengalahkan dia dan Lin Dan, satu hari nanti," kata Tago.

Bagi Chong Wei, membuka tahun baru dengan dua kemenangan besar dan mengalahkan dua pencabar paling sukar telah melonjakkan motivasinya untuk menghadapi musim 2012 yang amat genting, terutama dengan Sukan Olimpik bakal menanti, Julai ini.

Bagaimanapun akui Chong Wei, selepas dua kemenangan ke atas Lin Dan dan Chen Long dia harus lebih berhati-hati terhadap pemain-pemain China itu kerana mereka mungkin akan bangkit dengan lebih kuat.

Sementara itu, Terbuka Malaysia 2012 meninggalkan kenangan yang amat manis buat beregu wanita Denmark, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl apabila merangkul kejuaraan Siri Super pertama dalam karier mereka dengan mengejutkan pilihan kedua Korea, Ha Jung Eun-Kim Ming Jung 21-19, 21-18.

Beregu lelaki juga menampilkan pemenang tidak diduga, pasangan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu yang menundukkan Cho Gun Woo-Shin Baek Choel 16-21, 21-16, 21-16, manakala juara dunia dan pasangan No. 1 dunia, Zhang Nan-Zhao Yunlei menumpaskan rakan senegara, Xu Chen-Ma Jin 21-12, 21-9 untuk muncul juara beregu campuran.

Gelaran kedua China pada Terbuka Malaysia menjadi milik pemain No. 1 dunia, Wang Yihan dalam perseorangan wanita selepas menumpaskan Wang Xin 21-19, 21-11.

sumber : Utusan Malaysia Online

Isnin, Januari 9

weehuu!! Dr. Ezani Farhana JUARA!!

Salam 1 Malaysia..
inilah dia.. Juara MasterChef Malaysia.. Dr. Ezani Farhana Binti Md Monoto

rentetan dari entry semalam MCM FINAL.. seperti yang diketahui.. malam tadi jam 9.00 malam di channel 104 Astro Ria.. telah berlangsung MasterChef Malaysia Santapan Terakhir.. dan pemilik kejuaraan itu tidak lain tidak bukan.. Dr. Ezani Farhana Binti Md Monoto.. perbezaan hanya 7% dari Wahidan Bin. Hj. Ag Supain.. dengan bantuan 5 orang rakan di dalam MasterChef Dr. Ezani dapat menyiapkan hidangan untuk 40 orang jemputan.. diantaranya daripada peserta MasterChef sendiri dan juga chef-chef jemputan dalam pertandingan MasterChef dan chef jemputan luar..

dua peserta berjalan penuh keyakinan

DARI EZANI :
Salad Nusantara Dengan Kekapis
Lamb Cutlets Dengan Medley
Kek Ubi Bit Berempah

DARI WAHIDAN :
Udang Dan Kekapis Di Perap Dengan Citrus
Siakap Beromakan Sos Kantan Dan Tuhau

Fillo Kastrad Krim Bersama Buahan
apa macam?? sedap-sedapkan.. mau cuba?? meh tengok resepi DI SINI.. memang menarik la.. kalau nak cube ala-ala masterchef kan.. =)

kreadit : Astro

Sabtu, Disember 31

OSBON: jawa pun jawalah.. janji rock!!

Salam 1 Malaysia..

MARI BERGEMBIRA.. BERSAMA-SAMA.. DI MAHARAJALAWAK MEGA.. nyanyian kumpulan bawel.. i like!

malam tadi Final Maharajalawak Mega.. di Stadium Malawati, Shah Alam.. peserta yang ke final.. SYOK.. SAEHU.. OSBON & BOBOI.. peserta membuat 2 persembahan.. yang aku nantikan.. seperti biasa.. OSBON & BOBOI.. persembahan yang santai dan sangat mencuit hati.. tu yang aku suka tengok.. dan keputusannya.. adalah.. JENG! JENG! JENG! no.4. SYOK.. no.3. SAEHU.. no.2. BOBOI dan JUARA OSBON..

OSBON!! TERBAIKKKK..
JAWA PUN JAWALAH.. JANJI ROCK!!
hadiah yang di menangi oleh OSBON wang tunai berjumlah RM350,000.00 dan trofi.. BOBOI pula membawa pulang RM250,000.00 berserta trofi.. kumpulan SAEHU pula membawa pulang RM150,00.00 bersama trofi dan SYOK wang tunai RM50,000.00 dan trofi..

juri yang ada malam tadi.. cam biasa.. chef wan.. zainal abidin.. dan siti nurhaliza.. ditambah pula juri jemputan.. sang ombak rindu.. aaron aziz.. wow!! hensem betui la mamat ni.. senyuman dia.. perghhh...

NEW YEAR : NEW MYKAD??

Salam 1 Malaysia..

berita malam tadi memaparkan mykad baru di tahun 2012.. menarik!! jadi.. kene la tukar.. ada pict lagi dalam mykad.. ciri-ciri pun dan di tambah untuk faktor-faktor tertentu.. info seterusnya sila baca di bawah..

sumber : Utusan Malaysia Online

Antara ciri-ciri baru MyKad struktur baru yang akan digunakan mulai Januari 2012



KLUANG 15 Okt. — Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. — Bernama

KETUA Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said menunjukkan kad pengenalan baru yang akan mula dikeluarkan pada 3 Januari.

Sabtu, Disember 24

23 feb 2012??

Salam 1 Malaysia..



sama cantik.. sama padan..
Lisa & Yusry..
hari ini telah di umumkan.. yusry & lisa secara rasminya akan berkahwin tahun depan.. alhamdulillah.. maka ramailah jejaka-jejaka di luar menggeget jari ya.. mau taknya.. si gadis comel cantik.. manis.. nak berkahwin.. dengan yusry.. majlis akan diadakah pada 23 Februari 2012..  sila bawa bertenang ya.. doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..





Khamis, Disember 22

MARI! MARI! not baru.. syiling baru..

Salam 1 Malaysia..

mari! mari! tengok.. not baru.. syiling baru.. cantik kan?? menarik warna dan corak dia.. yang paling menarik.. RM20.. warna kuning woo.. sangat cantik! tak sabo nak ada duit ni.. duit syiling pun design baru.. cantik! cantik! cantik!

SUMBER : HARIAN METRO
inilah dia.. Not & Syiling Baru..

BNM perkenal not, syiling baru

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.

Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.

Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.

Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.


Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.


Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.

Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.


Selasa, Disember 20

masih dapat ke?

Salam 1 Malaysia..

selak-selak paper hari ni.. tetibe terpandang ruangan bisnes yang cam menarik.. selalu tang bisnes.. terus je skip.. tapi hari ni.. dua kali pandang.. tahun ni tak excited la gamaknya.. sebabnya.. aku dah tutup saham.. tapi ada gak kebaikkannya.. dulu aku buat saham asb-maybank.. dek kerana keadaan agak terdesak nak siapkan istana takeshi.. aku jual semua saham aku.. banyak bagi aku.. mungkin sikit pada korang.. lebih kurang 30K.. sedih..sedih..sedih.. (cam upin ipin..)

Pengagihan Pendapatan 2011  : 7.65 sen seunit : bonus 1.15 sen seunit

tengok pengagihan pendapatan 2011 ni.. pendapatan seunit 7.65 sen.. bonus 1.15 sen.. hasilnya.. 8.80 sen.. seunit ya kawan-kawan.. lebih kurang je rasanya cam tahun lepas.. tahun lepas 7.5 sen seunit untuk pendapatan dan bonus 1.15 sen seunit.. kira ada untung tahun ni la ye.. agak-agak tahun ni aku masih ada dividen ke erk?? jeng! jeng! jeng! kene update buku la bulan 1 nanti.. ada rezeki.. ada la.. aku stop dari saham lebih kurang bulan 3.. kot la ada dalam RM200 ke.. jadi la.. keh! keh! mood masih mengharap.. 


BERITA HARIAN METRO :
KIRA-KIRA 7.3 juta pemegang yang kini melanggan 95.9 bilion unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menerima durian runtuh berikutan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Agihan pendapatan itu lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji berkata, peruntukan bagi agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu, sementara bagi bayaran bonus pula, PNB memperuntukkan pembayaran RM628.29 juta.

“Sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.

“Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan,” katanya ketika mengumumkan mengumumkan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Kuala Lumpur, semalam.


Beliau berkata, pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan setiap pemegang unit.


“Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB berakhir 31 Disember ini.

“Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan purata pegangan minimum bulanan pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2001 hingga 2011,” katanya.


Sehubungan itu, semua urus niaga ASB di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai esok hingga 2 Januari tahun 2012. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari tahun depan.

Isnin, Disember 19

patut ke macam ni??

Salam 1 Malaysia..

pagi-pagi dah baca paper.. terbaca 1 artikel yang tatau nak cakap ape.. terkedu pun iye.. mane taknya.. seorang bapa dipercayai merekrut 2 orang anak mencuri kereta.. bijak tak bertempat nampaknya.. Ya Allah.. minta di jauhkan keturunanku cam ni.. 

sumber : Harian Metro
" KUALA TERENGGANU: Seorang bapa dipercayai merekrut dua anak lelaki bagi mengikut jejaknya menjalankan aktiviti mencuri dan menjual kenderaan secara berkumpulan meskipun seorang daripada anaknya masih di bawah umur dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, berikutan kes kecurian kenderaan meningkat kebelakangan ini, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas menjejak dalang kejadian itu.
Menurutnya, hasil maklumat, serbuan dilakukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu terhadap sebuah rumah di Kampung Dusun Berliku, Besut, pada 4 Disember lalu.

“Dalam serbuan jam 7 malam itu, dua beradik berusia 17 dan 21 tahun ditahan. Soal siasat membawa kepada penemuan dua Proton Wira, satu Proton Waja dan sebuah lori di rumah berkenaan dipercayai dicuri.
 “Polis juga menjumpai geran Proton Wira daripada suspek,” katanya pada sidang media di IPK, semalam.  "
 sumber : Harian Metro

Jumaat, Disember 16

iPhone 4s!!

Salam 1 Malaysia..

malam tadi siap ada lintas langsung lagi.. majlis pelancaran iphone 4s.. dahsat kan.. punyalah ramai orang yang datang untuk majlis pelancaran iphone 4s di Malaysia.. ada yang dapat FREE lagi.. syok nya.. sape la yang nak bagi aku iphone 4s ni.. muahahaha.. untung benar kalau dapat free.. mahai betul!! idak le mampu nak beli semata-mata iphone 4s ni.. tapi lau orang bagi.. aku ambik!! (^_^)

ni le rupenya iPhone 4s tu.. amatlah cantik.. elegan gitu..
harga iphone 4s ni.. pelbagai.. ikut bape GB.. paling kecik kalau tak silap 16GB.. paling beso kalau tak silap 64GB.. perghhh.. dahsat betul la.. dah tu.. ikut warna plak.. warna putih lain.. warna hitam lain.. tapi kalau citarasa aku.. opkos warna hitam kan.. nampak elegan gitu.. kalau nak tau terperinci.. KLIK DI SINI.


Khamis, Disember 15

apakah BR1M ??

Salam 1 Malaysia..

minggu ni agak heboh dengan BR1M.. apakah BR1M?? Bantuan Rakyat 1 Malaysia.. khas untuk rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3K dalam 1 keluarga.. ianya bertujuan meringankan beban rakyat.. meh baca mengenai BR1M  DI SINI.

kalau ada sapa-sapa yang belum apply.. sila apply sebelum lewat.. borang tiada?? meh aku bagi link.. klik DI SINI. mudahkan?? segalanya di hujung jari..

aku pun belum isi form lagi.. pas tu anta cepat-cepat tau! ramai orang kat LHDN tu.. kang jenuh plak menunggu 1 hari.. ape-ape pun.. SELAMAT MENGISI BORANG BR1M..


contoh borang yang aku dah print