Memaparkan catatan dengan label weeding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label weeding. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 17

Corat Coret 12052013

Salam 1 Malaysia..

JUMAAT yang indah.. hujan di pagi hari.. elok berdoa.. moga Allah makbulkan doa yang di pohon..

Syukur Alhamdulillah.. Majlis Persandingan Abangku telah selamat berlangsung di teratak bonda ahad lepas.. 12.05.2013 Selamat Pengantin Baru Angah.. Semoga Berkekalan Hingga Ke Syurga.. suka duka di hari persandingan angah.. sentiasa tersemat di hati ini.. tanpa di sedari air mata mengalir di saat angah duduk di atas pelamin.. bukan aku seorang yang menangis rupanya.. bonda.. pakcik.. makcik.. adik sepupu.. adik beradik juga merasainya.. sebak.. syahdu.. hanya padaMU Ya Allah.. ku berserah..

 pelamin mempelai..

bertemakan merah putih.. majlis kenduri nampak ceria.. dalam kesederhanaan kami meraikan majlis perkahwinan angah.. ala kadar kata orang.. tetap meriah dengan kehadiran para tetamu dan juga saudara mara.. terima kasih atas kesudian mereka yang hadir..

bersiap sedia untuk bergerak.. secara kebetulan pengapit warna baju lebih kurang.. 
kalau tak.. mesti nampak janggal..

apalah yang makcik aku buat tu ea.. tabur bunga rampai ke apa ea?? lupa sudah..

pilihan warna daripada pengantin.. merah putih.. nampak berseri.. kedua mempelai..

beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan di hari bersejarah ini.. bersama family sabah dan family ku..
 bersama kedua ibu bapa pengantin perempuan..

bersama rombongan pengantin perempuan.. ada yang dari sabah ada yang dari sini.. 

inilah family ku.. abang ipar ngan 2 orang anak buah lelaki ntah kemana.. ini je yang sempat di snap time angah bersanding.. yang lain ada pada kamera abang ipar.. tak sempat nak colek.. gamaknya kene pegi Melaka la ambik.. 

doa kami untuk angah.. semoga dapat membimbing isteri dan berkekalan hingga ke Syurga.. Amin.. berbahagia bersama anak-anak tersayang..

terasa rindu sangat-sangat pada adik dan kakak.. harap mama bagi kakak ngan adik time cuti sekolah nanti.. ummi nak bawak adik ngan kakak jalan-jalan..





Khamis, Mei 16

si COMEL di hari perkahwinan..

Salam 1 Malaysia..

agak lama tak ber entry.. baru nak tarik nafas lega.. Syukur Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. tapi rumah masih berkecah.. weekend ni harus kemas.. tak lalu dah mata memandang.. lantai jangan cakap la.. melekit semacam bile memijak..

1st time mata bertemu mata.. sangat peramah baby girl ni.. tak senyum sambil lidah terkeluar sedikit.. alahai.. comel sangat kamu Zaira Rizqah.. mekasih la sudi datang ke teratak ummi ya sayang.. semua ni kenangan terindah.. nanti ada masa.. ummi datang Kuala Pilah ya.. tapi sayang.. sempat snap gamba 2 keping je.. ummi tak sempat nak snap gamba dengan mama ngan papa Zaira.. bateri abis la pulak.. aduh!! rugi!! zoom in la gamba si comel Zaira Rizqah..


walaupun usianya baru 7 bulan.. tapi sonok bermain dengan dia.. mama ngan papa makan, dia steady je dengan ummi walaupun 1st berjumpa.. good girl la Zaira.. panjang umur.. murah rezeki kita jumpa lagi!!

Khamis, November 29

minggu yang HANGAT..

Salam 1 Malaysia..

minggu yang suam-suam kuku mood untuk bekerja.. dengan cerita yang kurang enak.. ohh!! apakah.. biasa la kalau kat opis ni.. hot-hot biasanya isu internet la.. nak block itu.. nak block ini.. haishhh!! kisahnya.. bile on benda tu.. kerja-kerja tak siap ke?? rasanya.. semua clear.. tapi nape lah nak sekat-sekat sedang zaman sekarang SEGALANYA DI HUJUNG JARI.. ermmmm.. wait & see je la.. kalau nak block.. yeaaa.. aku rela melanggan apa yang patut dengan internet ni.. ohh!! tiada sedikit hiburan time keje adalah seperti ada yang tak kene 8 jam di opis.. untuk orang lain tak tau la.. tapi untuk aku.. kene ada sedikit hiburan.. paling tidak.. online radio.. cukup!

dan.. minggu ini.. banyak betul program.. banyak betul cerita.. yang HANGAT.. yang menjadi bualan untuk kaum adam.. dan ada juga kaum hawa.. 


game bermula ahad lepas.. Malaysia tewas dengan Singapura.. 0-3.. oh!! peminat sangat-sangat mengutuk.. jurulatih.. pemain.. lagi-lagi pada apek yang nak kawin.. macam-macam yang peminat tak puas hati.. adat permainan.. ada kalah ada menang.. 

malam tadi.. Malaysia menang 4-1 dengan Laos.. macam-macam pujian pagi ni.. sampai aku pun terleka dengan celoteh JOHARA sampai terlupa mendengar zikir terapi Hafiz Hamidun dalam kete.. game seterusnya.. Malaysia vs Indonesia.. ntah apa pula usalan.. komen peminat HARIMAU MALAYA.. adakah mampu MALAYSIA mengekalkan kejuaraan AFF SUZUKI pada tahun ini?? kita nantikan..

dan minggu yang agak HANGAT juga bagi..





babak-babak yang di nantikan oleh peminat novel ADAM & HAWA.. kemuncak.. jangan sampai ada yang meroyan ea.. ALAMAK!! tapi yang pasti babak yang menarik itu akan bersambung minggu depan.. ahaks!! dalam drama ni.. ada tambahan untuk watak JOHAN.. dan peminat fanatik menyampah dengan watak Johan.. ala-ala gila talak dengan AIN.. yang pasti.. ADAM & AIN dalam mood honeymoon ea.. sengih-sengih tengok cite ni dengan bonda.. angah mesti akan repeat episod minggu ni.. 1 episod pun dia tak tengok minggu ni.. tapi ada anak-anak buah pula kat rumah tu.. alamat katun memanjang je la..

jemputan majlis perkahwinan dan berkhatan sana sini.. dah duduk kawasan kampung.. tak boleh lari la kan dari menghadiri majlis.. minggu ni.. jiran depan rumah.. sambut menantu anak sulung.. minggu lepas sebelah perempuan.. dekat je.. dan untuk orang jawa seperti aku.. kenelah rewang.. tunjuk muka ni ea.. kang kate tak bercampur dengan jiran tetangga pulak.. walaupun masih anak dara.. dan hajat nak ke MAHA terpaksa aku tahan.. InsyaAllah.. panjang umur.. murah rezeki.. tahun depan boleh pegi kot.. tiap-tiap tahun ada kan??


makanan untuk pengantin mesti masak special kan?? abis ke pengantin makan?? eh! pasti tak.. bersopan santun pengantin makan kan.. yang makan lebih-lebih.. orang sebelah-sebelah pengantin la kan.. dan budak-budak kecik yang tukang angkat gelas dan pinggan.. kalau kat kampung la.. mane pakai katering kan.. masak gotong royong.. tu la istimewanya duduk di kampung.. apa yang penting.. kerjasama.. meriah.. SELAMAT PENGANTIN BARU REZA & PASANGAN..

nota blog : menghitung hari untuk berehatkan diri bersama keluarga tersayang di sana..


Jumaat, Oktober 5

30.09.2012 punya CERITA..

Salam 1 Malaysia..

dah bulan Oktober dah.. kejapnya lahai.. dah masuk 3 bulan terakhir untuk tahun ni.. alamak!! usiaku akan berganjak untuk tahun ini juga.. opsss!! dah tua la gamaknya.. tinggal bape hari lagi.. dah ready ke?? yang perlu ready untuk pertanyaan.. "bile nak kawin.." hehehe.. tu soalan biasa la.. apa lagi yang mampu aku perkatakan.. hanya mampu tersenyum dan menjawap.. "tolong doakan untuk saya.. mungkin doa kamu termakbul dari doa saya.." tu je la yang mampu aku jawap.. kan?? nak wat cam ne lagi.. usaha.. tetap la kan.. belum lagi rasanya angkat bendera putih.. hehehe.. berdoa.. setakat ni.. tak penah putus lagi.. lagi.. nak buat cam ne?? sape ada petua.. meh share dengan ku.. 

kisah hari terakhir bulan September.. hari ahad yang agak meletihkan.. mane tak nya.. 3 kenduri kawin kene pegi.. rumah pertama.. opkos la.. rumah kakak sepupu.. anak buah aku kawin.. haishh!! anak buah dah kawin tu.. makcik tak kawin lagi.. ahakss!! tak pe.. jodoh mereka dah sampai.. aku ni.. benonya dah pangkat nenek.. opsss!! nenek u.. nenek muda la erk.. sebab masih muda.. muda ke?? ahakss!! muda la.. baru 3 siri.. kan?? kan??

cantik pelamin anak buah aku ni..
Selamat Pengantin Baru Shahril & Sofea..
tak dapat tunggu pengantin.. nak ke rumah kawan baik pulak..

rumah kedua.. kawan dari sekolah menengah.. sampai la sekarang.. kira kawan berjimba di hujung minggu setiap bulan.. sorang dah berkurang.. tinggal lah kami ber empat.. 3 dara.. 1 teruna.. 21 Oktober ni.. sorang bertunang.. moga dipermudahkan segala urusan kamu ely.. tak pe.. sape dah ready.. kami doakan yang terbaik.. kawan tetap kawan kan.. hope suami dia orang OK!! moga kekal hubungan sahabat hingga ke akhir hayat..

cantik tak??
Selamat Pengantin Baru.. Zahanim & Nazrul..
ambik berkat sikit!!

ely & pja.. di pelamin..
last post..
with AMMAR..

rumah ketiga.. majlis kenduri kawin anak kawan sekerja.. perghh... umah ni aku dah tak boleh makan.. dah full tank.. cuma minum.. dah letih pun iye.. mane tak nya.. kuar rumah dari jam 9 pagi.. perghh.. berlengas badan jangan cakap.. nasib la adinda tak buat muka monyok.. dan last destinasi aku dan adinda.. ahakss!! TUTTI FRUITY.. bodek adinda yang lepas gaji.. dapat la makan eskem.. sedap..sedap..sedap.. dan akhirnya.. pulang ke rumah dengan kepenatan.. minggu ni ada 2 jemputan.. minggu depan ada 2 jemputan.. banyak dah majlis kenduri kawin bila dah dekat-dekat cuti sekolah kan.. get ready je la.. asal hujung minggu.. tak masak.. :p

selamat berhujung minggu kawan-kawan..

Selasa, Februari 14

segalanya telah TERTULIS..

Salam 1 Malaysia..

12022012 : majlis perkahwinan jiran sebelah rumah merangkap anak sepupu bonda berlangsung dengan meriahnya.. anak ke 7 dari 10 orang adik beradik dan merupakan anak perempuan yang terakhir melangsungkan perkahwinan dalam keluarga itu.. ayat tak boleh blah, cam ayat buku.. ahaks!! pengantin lelaki plak anak nombor 2 dari 5 orang adik beradik.. kalau korang nak tau.. umah 2 mempelai ni dekat je.. kalau jalan kaki tak sampai 5 minit pun.. selang 3 buah rumah je.. tu la orang kata.. KALAU DAH JODOH.. dekat ke.. jauh ke.. akhirnya berkahwin juga..

Majlis Perkahwinan Azman & Zuhaili
kalau orang jawa majlis kenduri perkahwinan 3 hari 2 malam.. hah! jangan pelik plak.. hari Jumaat dah mula tau masak memasak.. biasanya kalau kat kampung aku sekarang hari Jumaat tuan rumah akan buat majlis kenduri kesyukuran mohon majlis perkahwinan berjalan lancar.. umah sepupu bonda pun cam tu gak.. majlis pernikahan pula pada hari sabtu sebelum zohor.. Alhamdulillah.. tema baju nikah kaler ungu lagi.. tema majlis perkahwinan warna biru.. cantik tau pelamin dia orang.. zoom in!!

cantik tak??


Tersenyum pengantin..
SELAMAT PENGANTIN BARU MAN & ELI
anak sepupu bonda pengantin pempuan ya.. tapi pengantin lelaki tu pun ada gak kaitan sedara ngan bonda.. dah nama 1 kampung, 1 jalan kan.. opkos ada berkait-kait walau sikit kan.. tu la penduduk kampung aku.. pengantin lelaki ni sebenarnya sangat pemalu.. dia berkawan dengan angah dari sekolah rendah sampai sekarang.. tapi angah tak dapat nak hadir majlis perkahwinan dia.. kaki angah tak baik lagi.. tapi dah nampak berkurangan.. Alhamdulillah.. yang bestnya majlis kali ni.. ada CEMPULING.. korang tau tak cempuling tu ape?? meh aku tunjuk..

ni la.. kumpulan cempuling.. ada lagu-lagu gak yang di nyanyikan..
mungkin cempuling tu berasal dari bahasa jawa.. selain itu, pengantin di arak dengan paluan kompang.. meriah.. ye la.. pengantin pempuan tu kira yang last dalam family dia.. ada 2 orang abang yang belum kawin.. zoom plak kompang dari kampung ku.. ni team pemuda.. ramai yang masih bersekolah..

pasukan kompang..
dan biasa lah kan.. kalau pegi majlis perkahwinan opkos ada ole-ole kan.. simple je ole-ole dari pengantin.. taraaaa...

bunga telur ada.. roti ada.. gula-gula ada.. & gelas kecik..
TQ pengantin..