sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah telah menjadi kebiasaan pada tiap-tiap tahun kawasan kariah rumah ku akan mengadakan Perarakan Maulidur Rasul bersama penduduk. majlis bermula jam 8.30pagi.. masing-masing berjalan dari rumah berbaris mengikut jalan rumah kediaman masing-masing.. paham tak eh! ayat aku ni.. berbaris ikut jalan masing-masing.. dah berkumpul, kami berjalan beramai-ramai sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
![]() |
| atas : banner dari jalan umah ku.. bawah : banner dalam masjid.. |
setiap jalan akan membawa bunga telur.. paling kurang 2 pahar.. 2 pahar sama dengan 50 batang bunga telur.. selain itu, kami bawa bunga manggar.. dari pasukan jalan umah ku, bunga manggar berwarna kuning dan bunga telur berwarna hijau.. lebih kurang 20 minit berjalan, berarak beramai-ramai menuju ke masjid.. Masjid At-Taqwa.. pasukan jalan umah ku ada extra peralatan.. ada kompang.. dah ketua kompang kanak-kanak menjadi penduduk jalan umah ku.. tu la kelebihan kami.. ahakss!! dulu ada pertandingan.. 2 tahun kebelakangan ni dah tak de pertandingan..
![]() |
| kami berarak ke masjid.. |
acara yang diadakan di masjid :
- bacaan ayat suci Al-Quran
- ceramah oleh Ustaz Mohamad b. Ahmad
- berzanji & marhaban
- majlis cukur rambut anak-anak kariah





