Memaparkan catatan dengan label hari ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari ibu. Papar semua catatan

Ahad, Mei 13

AKU rela HIDUP denganmu..

Salam 1 Malaysia..

13 MEI 2012 adalah hari ibu di Malaysia.. SELAMAT HARI IBU!! hari yang bermakna untuk semua insan yang bergelar BONDA.. IBU.. MAMA.. UMMI.. MUMMY.. dan apa jua gelaran untuk wanita yang yang mempunyai anak.. sungguh bertuah insan-insan ini.. untuk aku?? belum tiba masanya.. tapi panggilan UMMI dari kakak chia & adik icha cukup bermakna bagi ku.. ummi sayang kamu berdua!! tetibe mood berubah menjadi sedih la pulak sebab rindu sangat dengan dia orang..


SELAMAT HARI IBU.. BONDA.. tiada apa yang mampu aku berikan untukmu melainkan kasih sayang.. perhatian.. akan ku jaga dirimu selagi hayat dikandung badan.. setiap nafasmu.. adalah kekuatanku.. tiada apa yang ku punya di dunia ini melain dirimu setelah arwah abah menghadap Ilahi.. kau segalanya bagiku.. kasih sayangmu.. tiada bandingan.. (tidak mampu untuk menaip dengan lebih banyak.. air mata bergenang.. teringat arwah abah..)


KASIHNYA IBU

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

 bonda.. terima kasih kerana sudi bersahabat denganku.. sesungguhnya ku terharu kerana merasakan rahmat Allah melalui kasih sayangmu.. ADIK SAYANG BONDA!!
nota blog : hadiah ape yang nak aku berikan?? bawa bonda pegi shopping la petang ni..