Memaparkan catatan dengan label kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih. Papar semua catatan

Khamis, Mei 30

senang.. TAPI..

Salam 1 Malaysia..

hari ni dah Khamis.. yeahhh!! tak sabar menanti Jumaat.. Ya Allah.. entah kenapa badan aku minggu ni sangatlah lemau.. dengan kepala asik berdenyut.. tak pernah-pernah aku makan pain killer sampai 2 biji.. tak tahan sangat.. makan pas maghrib.. pingsan tak sampai setengah jam lepas tu.. nasib la pukul 11pm lebih sedar.. kalau tak.. mau bonda siram ngan air kot.. ahakss!!.. cuaca panas sangat kot ya.. tak tahan betul la.. tekak dah baik.. tapi suara ada sikit rock.. 

berbalik tajuk.. tu mukadimah yang di luar tajuk.. sorryyy.. tekak ni dah lama nak makan PUDING ROTI + SOS KASTARD.. padahal.. bukan la susah mana nak buat.. tapi memandangkan yang suka makan kat rumah tu tak bape ramai.. tu yang menjadi penyebab.. MALAS nak buat.. alasan bukan?? ye.. aku akui.. semanjak lepas raya.. aku sangat malas buat kek.. biskut.. dan sebagainya.. sampai bonda dah perli banyak kali.. kenapa oven tak berasap dan kenapa aku sangat malas masak benda-benda tu.. sedangkan.. haaa.. tekak ni nak makan macam-macam.. padahal.. boleh buat.. tapi.. ya.. MALAS.. tiada ubatnya..

taraaaaaaa... beli dengan anak buah.. RM12 untuk 1 set ni.. cukuplah untuk aku.. ayu.. ngan bonda.. yang adik lelaki tu.. ermmm.. kuih lembik-lembik cam ni.. dia kureng sikit.. paling-paling dia tanya.. "sedap ke??" kalau makan pun.. sepotong je la..

puas hati dapat makan.. tapi agak kecewa MALAS diri sendiri tak abis-abis.. semangat RAJIN.. datanglah kamu!! ni dah dekat nak puasa ni.. tengok apa pun kata sedap.. kene cakap dengan diri sendiri kot.. RAJIN!! RAJIN!! RAJIN!! barulah ada semangat kot.. jumpa lagi!!


Selasa, November 6

TEKAK punya ragam..

Salam 1 Malaysia..

dari minggu lepas cuaca yang sejuk.. dingin.. cam kat tanah tinggi pulak.. sedap je tido malam.. tak yah idupkan kipas.. nyaman sekali.. tapi tu la.. hujan yang ada masanya lebat sangat.. siap dengan petir.. guruh.. sabung menyabung.. seram.. takut.. dengan air naik.. mana yang tanah rendah.. pasti banjir.. nasib la arwah abah tambak tanah tapak rumah tinggi.. sama tinggi dengan jalan.. kalau jalan dah naik air.. kene la berjaga-jaga.. 



bile dah cuaca sejuk.. damai.. tenang ni.. mula la.. aktiviti hujung minggu.. lepak depan tv.. makan.. golek-golek.. tido.. bangun.. makan.. haaaa... cam tu je la.. nak keluar.. sangat la malas.. masak seawal pagi.. lepas tu.. yehaaaaa.. aktiviti yang sangat membahagiakan.. santai di depan tv bersama bonda.. sangat HAPPY.. sambil tengok tv.. sambil kodek HP.. apa lagi.. FACEBOOK.. sekali terpandang 1 status pasal DURIAN CREPE.. tanya punya tanya kat status tu.. ada yang tak berbooking lagi.. wah!! lama dah teringin makan ini benda.. cari-cari yang jual dekat-dekat area klang.. payah gak nak dapat.. sekali ada ni.. korbankan waktu la pegi beli dan ambik.. di Rantau Panjang.. Rantau Panjang, Klang ya.. bukan Rantau Panjang, Kelantan..

sekali bonda ajak pegi barang dapur pula.. ha.. senang la.. sekali jalan.. tapi kene ambik DURIAN CREPE dulu la.. baru soping barang dapur.. kali ni keluar berdua dengan bonda.. adinda pegi date!! nyampah!! dia dah tengok SKYFALL 007 tak bawa aku sekali.. tak pe.. esok cuti.. nak pegi.. sorang-sorang pun.. sorang-sorang la.. esok bawa bonda checkup.. cuti merehatkan badan & mau cuci mata.. ahakss!! akhirnya.. dapat juga aku merasa DURIAN CREPE ni.. tadaaaaaaaa

buka je penutup dia.. semerbak bau durian.. fuhh!! makin tak sabar nak makan.. tapi tahan nafsu sikit.. nak bagi sejuk.. kakak tu pesan makan ketika sejuk-sejuk.. baru nikmat.. 5 ketul dalam 1 bekas.. RM10.. aku beli 2 bekas..

nampak gebu tak?? sangat gebu.. sekali NGAP!! perghh.. nikmatnya.. dengan sejuk-sejuk.. gigit perlahan-lahan.. menikmati.. setiap gigitan..

tengok!! krim dia.. menggebukan dan menyedapkan gigitan..

nampak tak durian tu.. melekat betul la rasa durian tu.. D24 kot.. telan je la.. yang PASTI.. SEDAP.. MANTOP!!

gara-gara dah merasa.. semalam order lagi durian crepe ni.. 2 bekas lagi.. penangan betul la.. makan rasa puas.. lepas tu.. dah ok dah.. semua ni gara-gara kawan lama publish di FACEBOOK.. aku TERGODA.. haishhh!!!


Jumaat, Mei 11

berbungkus DAUN PISANG..

Salam 1 Malaysia..

selamat tengahari kawan-kawan blogger.. sekejap je dah di penghujung minggu.. dah hari Jumaat yang mulia.. pantas masa berlalu.. dah masuk pertengahan bulan 5.. kalau tak silap lagi 70 hari ke bulan Ramadhan Al-Mubaraq.. cepat sungguh.. puasa ganti masih berbaki.. Ya Allah! cuai sungguh aku.. selalu lepas puasa 6, terus sambung dengan puasa ganti.. tahun ni aku slow sangat.. kisahnya hari tu sebab di serang gastrik.. lepas tu, penyakit "M" pun datang.. haisshhhh!!! kene ganti.. kene ganti.. bile nak start ni??

hari ni masa solat subuh.. tibe-tibe pinggang sebelah kiri sakit.. aduhhh!! ujian Allah beri.. tetibe teringat tajuk Al-Kuliyah petang ni.. SAKIT TAPI REDA.. mungkin sebab semalam angkat kotak yang penuh dengan kertas untuk dijual.. gara-gara 5s.. uhhh!! masih menyalahkan benda lain.. sebenarnya, aku yang cuai.. masa mengangkat kotak-kotak tu tak ingat pinggang ada masalah.. jadi.. hambikkkk!!! kan dah kene makan ubat tahan sakit.. cam ne rupe ubatnya.. kalau rajin next entry la gamaknya.. tu pun kalau rajin la.. sekarang sawang mula bercambah pada blog aku.. ahaksss!! cam bizi beno.. mood yang terbang.. tu yang bersawang.. haishhhhh!!! berusaha!!!

memori daun pisang!!
korang pernah dengar kuih TEPUNG TORAK?? LEMPER?? aku baru pertama kali jumpa tepung torak tu.. kalau lemper tu. aku tau sebab tu kuih orang jawa.. tapi sekarang pun semakin di lupakan.. kalau jumpa pun di kenduri perkahwinan.. tapi sekarang pun dah makin pupus.. ayat tak menahan.. PUPUS.. 

lontong ke yang di atas??
berbungkus daun pisang 2 jenis kuih ni..
sekali pandang kuih TEPUNG TORAK ni seperti lontong.. tapi kecik je.. comel.. ikat hujung dan pangkal yang sangat kemas.. haishhh!! kalau aku yang bungkus, memang hancur la gamaknya.. awak tangan tak berseni.. nak disuruh bungkus benda yang kecik molek ni.. hancus..

ni la kuih TEPUNG TORAK.. cam lontong kan.. kemas je ikatannya..

zoom in dalam kuih ni.. tepung torak.. rasanya lemak manis.. bahannya.. tepung beras.. gula.. garam.. santan kelapa.. air daun pandan.. sedap la kuih ni.. lagi sedap masuk dalam peti ais.. nyum!! nyum!!

sebijik cam lontong kan??
kuih LEMPER pulak kegemaran adinda bongsu.. bahan utama beras pulut.. yang lecehnya buat inti dia.. orang dulu-dulu reti la.. orang moden, tak bape reti.. maka kami beli je di pasar malam.. 5 biji RM2.. sama harga macam kuih tepung torak.. 5 biji RM2.. bonda kate, baik kamu beli dari nak suruh bonda buat.. ahaksss!! senyum je la kami.. zoom in kuih lemper..

ni la kuih lemper.. intinya ada sedikit rasa pedas.. tapi SEDAP!!
orang tua-tua kata.. walaupun ada pelbagai jenis kuih moden.. kuih lama usah dilupakan.. maka.. cintailah kuih tradisional.. ahaksss!!

Ahad, Disember 18

LOMPAT TIKAM??

Salam 1 Malaysia..

apa sejarahnya nama makanan ni yang diberi nama lompat tikam?? namanya agak pelik bukan.. tapi tu la realiti.. sejenis nama kuih.. LOMPAT TIKAM.. bagiku ianya seperti bubur sum sum.. cuma ianya punya 2 warna.. hijau dan putih.. bubur sum sum 1 warna.. putih.. biasanya bubur sum sum di buat selepas acara majlis perkahwinan..

benonya nak cite.. aku dah cube makan kuih ni.. rasanya lebih kurang bubur sum sum la.. aku beli kat kedai makan.. regenya RM2 je.. 1 bekas kat bawah ni.. kalau simpan dalam peti ais dan makan.. sedap!! pagi-pagi kedai makan tu dah jual lompat tikam ni.. masa aku beli.. dah nak abis dah kuih ni.. len kali nak beli lagi la.. sedap!


inilah dia.. kuih LOMPAT TIKAM

" Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung. "

sesiapa yang nak mencuba kuih lompat tikam ni.. sila KLIK DI SINI. selamat mencuba!