Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan

Isnin, Jun 10

sangat RAKUS!

Salam 1 Malaysia..

dah petang baru nak ber entry.. ada ke perkataan ber entry?? hah! belasah je la asal boleh di fahami.. kompom rosak bahasa.. kene cop di dahi dengan blogger lain.. merosakkan bahasa.. maaf!!

tengok tajuk entry ni.. hah!! terkujat tak?? aku sangat rakus 3 hari ni.. kenapa?? ya.. aku rakus nak tau ending cerita SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA.. sebab?? cerita tu buat 1 ruangan dapur rumah ku setiap hari Jumaat jam 9.00pm menjadi riuh.. dengan gelak tawa aku dan adik ku.. nakal si Firash.. manja di Firash.. oh!! sweet.. dengan memek muka yang.. ishhh.. tak tau nak cakap.. "mula la tu.. ha.. mula la tu.. berangan tak sudah.." sibuk menyakat je adik aku ni.. tak boleh tengok aku over sikit! "hai.. tak kan dah beralih arah kot.. Aaron Aziz nak letak mane.. Ady Putra nak letak mane.. " gelak tawa 2 beradik ni.. gamat ruang dapur rumah.. kalau malam kami 2 beradik memang suka tengok tv kat dapur.. sambil lipat kain.. sambil basuh kain dalam mesin basuh.. buat apa yang patut.. 

berbalik tajuk.. punyalah payah nak dapat novel ni.. pegi pesta buku kat SACC MALL tak dapat.. pegi MPH Setia Alam tak dapat.. akhirnya.. beli ONLINE.. puas hati.. tapi kene sabar la.. 1 minggu menunggu.. dah dapat.. hah! terus belek bab.. last cite ni kat mane.. pas tu sambung baca.. RAKUS kan?? ha.. tu la kerakusan aku dengan novel ni.. hahahaha.. buruk betul la perangai ni..

harga RM30 dapat diskaun RM3 percuma penghantaran.. jimat sikit.. dapat RM27..

bile sambung bab yang belum di tayangkan.. maka.. cepatlah proses menghabiskan pembacaan novel ni.. sengih jangan cakap la.. adik aku siap warning.. "jangan cite yang belum ditayangkan.." baik bos kecik!! dengki la tu.. baca TEDUHAN KASIH tak abis-abis lagi.. hujung minggu ari tu.. selamat sudah.. tapi harus repeat bab depan-depan.. ada sedikit pengolahan.. tapi tetap BEST!! jiwa mula remaja?? ahakss!! makin berusia diri ni.. tapi novel tetap diminati..


sesuai la watak Firash Arshad & Syafa Aqira tu dengan Izzue Islam & Tiz Zaqiah.. nakalnya.. manjanya.. tinggal bape episod je lagi.. tak silap dalam 4 episod lagi kot.. semuanya ada 13 episod.. tengah berkira-kira nak baca novel mane coz ada 3 lagi yang belum baca.. ^_^

nota blog : semakin hari semakin suka pulak dengar lagu KITA Forteen ni.. layan la hero muda ni.. walaupun dah kawin.. nakal kamu! jangan muntah hijau ye kawan-kawan.. sekadar suka-suka je.. hiburkan hati tapi tak la keterlaluan.. ;)

Rabu, Januari 9

2 malam LAGI..

Salam 1 Malaysia..

dah rabu!! yehaaaaa!! pagi-pagi sekarang pegi keje aku AGAK tension.. jalan betul-betul sesak.. banyak sangat kete atas jalanraya.. ni yang rasa nak merempit kembali.. tapi tu la.. abangchik pula sekarang dah guna motor aku tu.. kadang tu.. naik lenguh gak kaki kanan ni.. padahal kete auto.. kalau manual.. hah! jangan kata la.. minggu ni sangat-sangat la tension sejak sekolah Sri Tenby Eco Park dah mulakan sesi persekolahan.. huh! jalan dah jadi 4 link pun.. jem! pengguna yang tak alert ke.. ape ea?? dah dekat dengan sekolah baru nak ke kiri.. mula la stuck! dalam jem sempat lagi ea.. ushar-ushar.. kot ada rezeki ternampak Aaron Aziz.. ahaks!! anak dia sekolah kat situ.. tapi tak pernah pun nampak.. driver anta anak sekolah kot.. haishhh!! jangan buat andaian ya nani.. udah-udah la tu.. angan-angan je kot ternampak Aaron Aziz.. ahakss!!


novel ni kan.. sangat la santai.. aku gelak sorang-sorang baca novel ni.. semua hasil tulisan HERNA DIANA ni.. sangatlah best! kelakar.. aku sekarang kalau nak beli novel.. suka beli yang cam cite kelakar-kelakar.. tak nak baca novel yang kene memikir.. penat! baru suku aku baca.. hujung minggu ni agak-agak leh katam kot.. terbaik!!

2 malam lagi.. Adam & Hawa akan berakhir di 134 Astro Mustika.. fuhh!! kejap je ea.. dah 80 episod.. kira terbaik juga la adaptasi novel ke drama kali ni.. tak banyak lari dari novel walaupun ada yang di tambah untuk menyedapkan lagi cerita.. tak kisah yang di tambah.. jangan dikurangkan.. hah! ambik!! pandai la aku komen ea.. macam reti nak buat novel.. baca je reti..


episod semalam bukan main romantik lagi Am ya.. OKSIGEN!! hahahaha.. tersengih-sengih tengok bersama bonda.. yang tak menahan.. malam tadi aku ni.. siap rakam 2 cerita.. Adam & Hawa dah tentu la.. setting bersiri.. MELETOP pun aku rakam gara-gara nak tengok Aaron Aziz menyanyi.. ahakss!! ilang akal kejap.. FINATIK ke?? ntah.. suka cara dia kot.. dah tu.. siap buka twitter lagi kat handphone.. huh! sangat sengal malam tadi.. tergelak bile teringat.. KERJA GILA!!

lepas abis Adam & Hawa.. 1 lagi drama bersiri hasil adaptasi dari novel juga.. karya Aisya Sofea.. SEHANGAT ASMARA.. aku tak katam lagi novel ni.. ada dalam koleksi.. tapi tak katam.. kawan-kawan kate sebenarnya novel ni lagi best dari Adam & Hawa.. tak pe.. kita tunggu.. best ke tak.. bape bintang untuk Adam & Hawa.. bape bintang untuk Sehangat Asmara.. kan?? kan?? fuhh!! banyak dah merapu.. semua gamba dari cik google ya.. CPU masih demam.. hope petang ni dah ok.. doakan ya kawan-kawan.. sekian.. peace yaw!!

nota blog : agak geram dengan orang HQ.. suka suki nak tukar format.. plus asik kate aku tak anta report.. ate.. tiap-tiap bulan aku anta report tu bagi kat sape?? adehhh.. tak paham.. asik tuka-tuka format je memanjang.. pening!!

Khamis, November 29

minggu yang HANGAT..

Salam 1 Malaysia..

minggu yang suam-suam kuku mood untuk bekerja.. dengan cerita yang kurang enak.. ohh!! apakah.. biasa la kalau kat opis ni.. hot-hot biasanya isu internet la.. nak block itu.. nak block ini.. haishhh!! kisahnya.. bile on benda tu.. kerja-kerja tak siap ke?? rasanya.. semua clear.. tapi nape lah nak sekat-sekat sedang zaman sekarang SEGALANYA DI HUJUNG JARI.. ermmmm.. wait & see je la.. kalau nak block.. yeaaa.. aku rela melanggan apa yang patut dengan internet ni.. ohh!! tiada sedikit hiburan time keje adalah seperti ada yang tak kene 8 jam di opis.. untuk orang lain tak tau la.. tapi untuk aku.. kene ada sedikit hiburan.. paling tidak.. online radio.. cukup!

dan.. minggu ini.. banyak betul program.. banyak betul cerita.. yang HANGAT.. yang menjadi bualan untuk kaum adam.. dan ada juga kaum hawa.. 


game bermula ahad lepas.. Malaysia tewas dengan Singapura.. 0-3.. oh!! peminat sangat-sangat mengutuk.. jurulatih.. pemain.. lagi-lagi pada apek yang nak kawin.. macam-macam yang peminat tak puas hati.. adat permainan.. ada kalah ada menang.. 

malam tadi.. Malaysia menang 4-1 dengan Laos.. macam-macam pujian pagi ni.. sampai aku pun terleka dengan celoteh JOHARA sampai terlupa mendengar zikir terapi Hafiz Hamidun dalam kete.. game seterusnya.. Malaysia vs Indonesia.. ntah apa pula usalan.. komen peminat HARIMAU MALAYA.. adakah mampu MALAYSIA mengekalkan kejuaraan AFF SUZUKI pada tahun ini?? kita nantikan..

dan minggu yang agak HANGAT juga bagi..





babak-babak yang di nantikan oleh peminat novel ADAM & HAWA.. kemuncak.. jangan sampai ada yang meroyan ea.. ALAMAK!! tapi yang pasti babak yang menarik itu akan bersambung minggu depan.. ahaks!! dalam drama ni.. ada tambahan untuk watak JOHAN.. dan peminat fanatik menyampah dengan watak Johan.. ala-ala gila talak dengan AIN.. yang pasti.. ADAM & AIN dalam mood honeymoon ea.. sengih-sengih tengok cite ni dengan bonda.. angah mesti akan repeat episod minggu ni.. 1 episod pun dia tak tengok minggu ni.. tapi ada anak-anak buah pula kat rumah tu.. alamat katun memanjang je la..

jemputan majlis perkahwinan dan berkhatan sana sini.. dah duduk kawasan kampung.. tak boleh lari la kan dari menghadiri majlis.. minggu ni.. jiran depan rumah.. sambut menantu anak sulung.. minggu lepas sebelah perempuan.. dekat je.. dan untuk orang jawa seperti aku.. kenelah rewang.. tunjuk muka ni ea.. kang kate tak bercampur dengan jiran tetangga pulak.. walaupun masih anak dara.. dan hajat nak ke MAHA terpaksa aku tahan.. InsyaAllah.. panjang umur.. murah rezeki.. tahun depan boleh pegi kot.. tiap-tiap tahun ada kan??


makanan untuk pengantin mesti masak special kan?? abis ke pengantin makan?? eh! pasti tak.. bersopan santun pengantin makan kan.. yang makan lebih-lebih.. orang sebelah-sebelah pengantin la kan.. dan budak-budak kecik yang tukang angkat gelas dan pinggan.. kalau kat kampung la.. mane pakai katering kan.. masak gotong royong.. tu la istimewanya duduk di kampung.. apa yang penting.. kerjasama.. meriah.. SELAMAT PENGANTIN BARU REZA & PASANGAN..

nota blog : menghitung hari untuk berehatkan diri bersama keluarga tersayang di sana..


Khamis, September 20

sudah ada GENG!!

Salam 1 Malaysia..

MORNING!! hari ni dah 04 Zulkaedah 1433H.. pantas je dah tuka bulan islam.. lagi 2 bulan menuju ke tahun baru hijrah.. cepatnya la hai.. apa perubahan aku tahun ni?? kene check balik ni.. ada perkembangan yang positif ke tak ni.. ishhh!! meningkatlah usia lagi kan.. kene jadi insan yang lebih baik.. ok!!


catatan untuk hari ni.. berkisar kisah drama ADAM & HAWA.. kisahnya.. pasal drama ni gak aku tuka ke beyond.. dan seperti biasa.. bonda opkos akan bebel.. tuka-tuka astro ni.. sebab... mesti nanti haru biru nak aja bonda guna remote baru.. hehehe.. tu la bonda ku.. kalau kita tuka ke.. beli ke.. benda baru.. 1st.. kene tahan telinga.. sebab.. nanti mesti bonda akan tanya macam-macam.. get ready sebelum beli or tuka benda-benda kat rumah.. bonda kate.. ape yang lainnya beyond ni.. bonda tengok sama je.. dengan senyuman aku jawab.. orang nak tengok cite drama ADAM & HAWA kat mustika HD.. bonda kate "tu je?? ermm.. korang yang bayar bil.. suka hati la..".. YES!! bonda setuju.. 1st & 2nd episod tak dapat tengok.. 3rd episod baru dapat tengok.. dan seterusnya InsyaAllah.. penangan betul novel ADAM HAWA ni.. di tambah dengan.. pelakonnya.. haishhh!!! layan selagi boleh.. bukan fanatik sangat ye..

 hero yang ada daya tarikan tersendiri untuk penonton..
heroin yang agak keras hati dalam cerita ini..


dan malam tadi.. akhirnya.. (nak tergelak pun ada.. ) bile cite adam & hawa dah nak abis.. bonda bersuara.. "la.. nape dah nak abis.. nape la astro buat tayangan setengah jam je.. buat la sejam cam cite lain.." spontan aku memandang bonda.. " hah!! dah suka cite ni ke??" bonda tersengih je.. YES!! aku sudah ada geng kat rumah tu tengok cite ADAM & HAWA!!! maka senang la hati aku bile menonton.. tak la berebut remote alih cite lain.. sayang bonda!! cite ni dah makin tak sabar untuk di tonton.. wink! wink!


credit : FB ADAM & HAWA

Isnin, Ogos 27

apa mau bikin?? ADAM HAWA..

Salam 1 Malaysia..

sedikit rasa terkilan dengan astro.. geram pun ada.. malam ni dah mula cite ADAM HAWA.. tapi aku tak dapat tengok lagi.. ape la astro ni.. suka suki nak tuka channel tau! mula-mula kata tayang kat astro bella.. lastly.. tuka kat mustika HD.. sangat geram.. adehhh.. sabo la duhai hati.. mau tukar ka tak mau ka.. kene tambah 20 hengget la pulak.. tungguuuuuuuu...


harap jalan ceritanya sama macam dalam novel.. kalau tidak.. pasti kecewa.. yang penting.. pelakon-pelakonnya.. MANTOP!! terbaik!!! selamat menonton ADAM HAWA kepada pelanggan mustika HD!! bermula malam ni.. jam 10 malam.. jangan lupa tau!!!

Khamis, Mei 3

LAST episod CBE..

Salam 1 Malaysia..

pantas! cepat! ala.. dah abis.. tu la perkataan yang keluar dari mulut ku bile tengok cerita yang seronok dah nak abis.. oh! drama melayu.. terpengaruh sangat ada masanya.. kalau cite best dan menarik, memang akan sedaya upaya tak nak terlepas peluang.. kalau terlepas peluang sangguh cari kat youtube atau vplay.. asal yang online la senang cite.. fuhhhh!!! dahsat kan??

khusyuk!!
ummi rindu kamu berdua!!

malam ni.. last episod CINTA BUAT EMELDA.. dahsat la pengaruh cite ni pada aku.. memang jarang la terlepas episod.. eh! tak pernah rasanya.. terlepas babak pertama tu adalah.. time tu biasanya nak simpan moto dalam garaj.. weekend mesti aku repeat dalam youtube atau mediaprimatv.blogspot. emosi sungguh menonton cite ni.. kadang tu khusyuk pun ia.. ahaksss!! siap bonda lempar bantal kat aku la sebab khusyuk beno.. haishhh!! dahsat betul..


apa yang akan terjadi pada Emelda?? adakah kebahagiaan menjadi milik Aril Fatah & Emelda?? wahhh!! banyak persoalan ni.. hope happy ending la.. tak mau macam cite Tentang Dhia.. tak puas hati betul ending cam tu.. terlebey sudah!! lepas cite ni.. next week cite SEINDAH SAKURA la pulak.. Fahrin Ahmad & Fasha Sandha..


nota blog : sukar menjaga hati orang dan memuaskan hati orang.. adakalanya hati dan diri sendiri terabai.. moga Allah s.w.t. sentiasa memberikan aku petunjuk dan melindungi diri ini..

Jumaat, April 20

TERIKUT sudah!

Salam 1 Malaysia..

semenjak.. dua menjak ni.. terikut sudah dengan bonda.. TERMINAT dengan Fizo Omar.. ahakss!! agak termeroyan gak la.. (ada ke perkataan termeroyan?? belasah je la..) sejak cite SOFFIYA la terjebak ngan bonda suka tengok lakonan fizo omar ni.. sekali pandang.. biasa je la.. dua kali pandang.. terpaut sudah!! ahaksss!! ampun bonda.. anakmu dah termeroyan fizo omar!!!

bile ditambah lagi cerita CINTA BUAT EMELDA.. adehhh.. memang payah nak lepas la.. tapi part tengah-tengah cite tu mestilah tak tengok.. solat.. dalam cite tu.. mak aiii.. mia tu sangat manja dengan fizo.. sweet la.. cam betul-betul ayah dan anak.. bahagia je tengok.. (mula lah berangan-angan..)

smart jerk!

cite cinta buat emelda ni cam ramai peminat dia.. maybe sebab drama.. kalau filem mungkin tak best.. tapi bagi aku cite ni setiap episod ada je detik buat kita tertanya-tanya.. dengan keletah Mia Sara Nasuha.. comel banget!! geram je tengok dia.. pandai dan bijak berkata-kata.. bonda siap cakap, macamana budak kecik tu boleh hafal dialog.. terang hatinya.. cerdik.. 

alahai comelnya kamu mia..
bile babak Emeriz dengan Azida.. perghh.. adakalanya geram je ngan Emeriz.. ada masanya geram dengan Azida.. ego campur jual mahal.. berjaya lakonan mereka.. watak mereka menjadi.. aku tak pernah baca pun novel KASIH ANTARA KITA.. bile cite cinta buat emelda ni best.. aku rasa tak perlu kot aku baca.. nanti macam filem ombak rindu.. asik nak bezakan je.. ni pun dah ada terbaca pasal drama bicara hati banyak tak sama dengan novel.. baik tak yah baca novel tu.. ahakss!!

lakonan yang mantap CINTA BUAT EMELDA..
tinggal bape episod je dah nak abis cite tu.. youtube dah blok.. maka kene tengok kat online blog je la.. kot ada.. payah betul kalau dah suka tengok sesebuah drama ni.. nak kene follow je.. haishhh!!!

sumber gambar : MiG Online

Jumaat, Mac 30

bunga-bunga SYURGA..

Salam 1 Malaysia..

mula bersiaran 9 Mac 2012.. episod pertama aku tak tengok sangat sebab masa tu di landa sakit kepala penangan minum IPOH WHITE COFFEE.. aku kalah betul bile minum air nescafe 3 in 1.. kalau bancuh sendiri tak pe.. masih stabil.. tapi 3 in 1, memang kalah.. mula la kepala berdenyut-denyut..

episod kedua.. tengok sambil melayan diq icha.. merengek sebab mulutnya sakit.. bengkak di gusi sebab luka.. sambil tu dok sebut nak belon.. malam-malam mane ada belon sayang.. nak pegi kedai malam-malam memang la ummi tak nak.. mata ni kalau memandu malam, silau.. seronok cite BUNGA-BUNGA SYURGA ni.. ada kisah sedih.. lucu.. tapi pengorbanan insan yang bergelar "abah" sangat mulia..

episod ketiga tak dapat tengok.. aku terpingsan awal.. letih sangat kot.. balik keje pun dah lewat.. 6.30 petang dari opis.. nasib jalan tak jem.. memang hanyut la lepas isyak.. time drama mula, masih boleh tengok.. bile dah iklan part 1, aku dah mula hanyut.. sedar tak sedar kul 10.30 malam.. meh layan sinopsis cite bunga-bunga syurga..



Bunga–Bunga Syurga mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.
Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.
Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh.
Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.
Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.
Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.
Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar?

Para PelakonBunga-Bunga Syurga dibintangi oleh Johan Asari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Eyka Farhana, Rozita Che Wan, Eizlan Yusuf, Bea Ramesan, Eira Hazali, Amirul Danial dan Lazizah. 

sumber : sedut.org 

Isnin, Mac 26

CINTA buat EMELDA..

Salam 1 Malaysia..

hari ni.. petang ni.. episod 1 buat CINTA BUAT EMELDA.. tapi 1 je aku cam tak bape nak tengok.. time cite tu.. 7.00malam hingga 8.00malam.. gamaknya memang tengok ulangan online la.. jarang tengok dari mula sampai habis.. para pelakon best gak la.. pelakon bonda aku suka.. FIZO.. ahaks!! moh la layan sinopsis cite ni sikit.. kot ada sape-sape berminat nak menonton..


Saksikan “Cinta Buat Emelda” menerusi slot Akasia, yang akan menayangkan pelakon hebat, Almy Nadia, Fizo Omar, adik Mia Sara Nasuha, Erry Putra, Rabecca Nur Al-Islam, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Diana Amir, Rykal Iskandar dan ramai, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikannya boleh menonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Diadaptasi dari novel ‘Kasih Antara Kita’, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania. Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mulai renggang. Walaupun tiada lagi persefahaman di antara Emeriz dan Emelda, namun Emeriz begitu menyayangi Dania.

Tanpa diduga, Emelda bertemu Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania. Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil mengimbas kembali waktu lalunya. Rupa paras Emelda menyerupai seseorang yang dikenalinya. Di benak fikiran Aeril, siapakah Emelda? Namun bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak 7 tahun yang lalu.

Aeril begitu berminat untuk mendekati dan menyelami sisi kisah hidup wanita bernama Emelda. Pada masa yang sama, Emelda gusar jika ia berlaku dan Aeril mahu merampas Dania daripadanya. Namun Emelda terpaksa akur apabila Aeril meminta penjelasan daripada Emelda mengenai Dania. Emelda mengaku bahawa Dania adalah anak Aeril.

Meskipun pada mulanya Aeril menjadi serba salah setelah mendapati Dania adalah anaknya, namun lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania mula memanggil Aeril, ‘Papa’. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda walaupun Emelda tidak bersetuju.

Emelda telah menolak hasrat Aeril untuk mengahwininya, namun Aeril masih tetap dengan pendiriannya. Aeril menghantar rombongan meminang ke rumah Emelda tanpa pengetahuan keluarga Emelda. Aeril juga memberanikan diri memberitahu keluarga Emelda bahawa dia merupakan ayah kandung kepada Dania.

Emelda akhirnya terpaksa akur dengan hasrat Aeril dan sanggup memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah. Meskipun hatinya tidak pernah terbuka untuk insan yang bernama Aeril Fatah, namun demi Dania dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh. Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril Fatah menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril Fatah mengenai kehidupan silamnya 7 tahun lalu? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?

Selasa, Mac 6

LAST episod : Ariana Mikhail

Salam 1 Malaysia..

ada sape-sape yang mengikuti cite ARIANA MIKHAIL?? aku rasa ramai gak blogger yang mengikuti cite tu.. termasuk lah aku.. (*_*) mula-mula cam tak layan.. tapi lame-lame terlayan.. apo nak di kato.. dah follow.. sayang beno kalau tertinggal even 1 episod.. mula la skodeng blog mediaprima nak tengok..

MIKHAIL .. ARIANA ..
malam ni last episod!! jangan ketinggalan tau.. nanti kerugian.. cam rugi wang besar je gayanya.. pas ni kan.. mesti ramai ibu-ibu.. mama-mama nak letak nama anak dia Ariana.. Mikhail.. biasa la.. yang mane dah jatuh cinta dengan watak deme ni.. tak pe.. ada makna nama-nama tu.. maka, boleh letak ya.. ibu-ibu.. mama-mama.. jangan lupa tau!! malam ni.. ARIANA MIKHAIL.. cinta pertama.. cinta selamanya..

Cerita bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.. Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris daripada Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia.

Isnin, Februari 27

BETUL ke??

Salam 1 Malaysia..

korang pasan tak iklan TV3 tu.. cite BFF yang di siarkan hari ahad dah bertukar ke hari selasa jam 10.30 malam.. ke aku silap tengok?? cite BFF ni nak gantikan cite PELANGI KASIH ke?? dah nak abis erk?? alahai.. nape dah nak abis.. cite yang aku adalanya skip.. terpaksa tengok kat blog.. minggu ni cube nak tengok.. tapi mata ni kadang-kadang layu awal, cam ne.. huwaaa!!!!


Sahabat yang setia sentiasa bersama kita samada dalam keadaan senang atau susah. Semangat setia kawan yang ikhlas ini merupakan dorongan kepada kita untuk berdepan dengan pelbagai hidup. Apabila usia kita semakin matang dan memerlukan seorang teman hidup, apakah persahabatan itu akan kekal atau menjadi teman tapi mesra selama-lamanya?

Terbaru di TV3, “BFF…Teman Tapi Mesra” terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan persahabatan Iskandar dan Shahidah yang terjalin sejak zaman kanak-kanak. Iskandar telah mengahwini Shahidah hanya untuk membebaskan sahabat karibnya daripada kongkongan ibu bapa yang tidak merestui cita-cita Shahidah. 

Bakal bersiaran pada setiap Ahad jam 9.00malam mulai 15 Januari 2012, BFF…Teman Tapi Mesra diarahkan Amy Maziah dan hasil nukilan skrip oleh Maizura Mohd Ederis. Drama bersiri selama 8 episod ini membariskan bakat-bakat muda seperti Sari Yanti, Munif Isa, Irfan Roslan dan Syatilla Melvin. 

Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Masing-masing merupakan sumber kekuatan untuk mengharungi pelbagai masalah dalam hidup. 

Selepas tamat SPM, Iskandar sudah diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota. 

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam tekanan akibat kongkongan ibu bapanya. Lantas, dia terfikir hendak membebaskan Shahidah dengan cara melamarnya sebagai isteri. Demi kebebasan dan minat yang membara terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka. 

Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka tinggal berasingan dan merahsiakan status mereka daripada orang sekeliling. Iskandar meneruskan kerjayanya sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.

Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Hanya berbual tentang impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar. 

2 tahun sudah berlalu, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga.  Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana ibu Shahidah meninggal dunia. 

Hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat. Lalu Iskandar sedar bahawa Shahidah bukan lagi sebagai teman baik tetapi pasangan hidup yang lengkap. Iskandar telah jatuh cinta kepada teman baiknya sendiri. 

Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran? Jangan ketinggalan untuk menonton kesudahan kisah Shahidah, Iskandar dan Emran menerusi ‘BFF…Teman Tapi Mesra’

SEDAP TAK?? kek secret recepi..
hari ni makan kek secret resepi.. sangat sedap.. i like!! sempena besday big bos.. happy belated birthday to you BOS!!

Sabtu, Februari 25

SANGAM.. hujan.. PELARIAN..

Salam 1 Malaysia..

tajuk entry apakah ini?? ambik sini sikit.. sane sikit.. situ sikit.. sedang entry ditaip, hujan turun membasahi bumiMU YA ALLAH.. Syukur Alhamdulillah.. atas kurniaanMU.. sekarang ni kat tv3 tengah ditayangkan cite SANGAM.. pasti bonda-bonda korang tengah tengok kan?? mesti ada yang tengah layan perasaan.. cite ni terhangat di waktu dulu.. sampai ke la ni orang tak jemu tengok.. percintaan yang dahsat sekali.. haishhh!!! aku pun tengok juga.. sambil taip entry.. ahakss!! aktiviti petang tak banyak agenda.. cadang nak pegi tesco tadi, nak bayar bil dan cuci-cuci mata.. kot ada yang menarik.. sekali HUJAN turun.. sudahnya bergolek depan tv sambil tengok sangam plus BW kejap.. pagi tadi BW sebelum memasak.. menu ari ni, sangat simple.. KARI IKAN SENANGIN dengan tomato, nasi putih.. cukup!!

cerita terhangat zaman dolu-dolu..
malam ni korang jangan lupa plak tonton PELARIAN slot cerekarama di TV3 jam 10.00malam.. tengok iklan macam sedey je cite tu.. adehhh... tajuk pun dah nampak pahit getir kan.. pelarian.. sebelum tu kita baca sinopsis dia dulu..

para pelakon yang MANTOP!!
PELARIAN
Mengisahkan tentang tiga beradik, Muhamad, Miza dan Bobok mencari ibu mereka yang meninggalkan mereka untuk mencari suaminya. Pengembaraan Muhamad, Miza dan Bobok bermula apabila mereka pergi ke bandar untuk mencari ibu mereka, Ramlah yang turut membawa sama adik mereka yang cacat iaitu Yusoff. Tiga beradik ini melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam usaha untuk mencari ibu yang masih tidak dapat dipastikan nasib mereka. Muhammad mendapat perlindungan di Yayasan Rabiah manakala Miza terjerumus di lembah kota.
Para pelakon, Vanidah Imrah, Sharifah Amani, Aeril Zafrel, Azhan Rani dan Talha Harith.

aksi si kecik yang ku nantikan..

Khamis, Februari 23

PATAH SERIBU hatiku..

Salam 1 Malaysia..

malam ni jam 9.00malam di Astro Ria.. telemovie PATAH SERIBU.. lakonan Sharnaaz Ahmad..Shila Amzah.. Jihan Raja Lawak.. Reza Mohd dan ramai lagi..tapi patah seribu hatiku dengan percintaan Sharnaaz & Shila Amzah.. ahaksss!! moga berkekalan la ye.. Sharnaaz & Shila.. dah ramai orang suka kat Sharnaaz ni, sebab dah banyak lakonan dia ditayangkan buat masa ni.. mau taknya.. TV9 - Ariana Mikail.. Astro Prima - Bicara Hati.. ada je tiap-tiap minggu.. layannnn...

pegang tangan Sharnaaz tak lepas tu.. ahakss!!
Drama Patah Seribu mengisahkan tentang Bella (Shila Amzah) yang dibesarkan dalam suasana mewah sejak kecil yang mula merasakan hidupnya kosong apabila mendapati rakan-rakannya hanya rapat dengannya kerana wang dan kedudukan.
Dia berkenalan dengan Azu (Shaarnaz Ahmad) yang merupakan seorang penjual buah berangan namun Azu enggan melayannya sehinggalah pengutip cukai haram datang memeras ugutnya di gerai.
Kasihan dengan Azu, Bella membayar sejumlah wang kepada penjahat tersebut dan sejak itu dia semakin rapat dengan Azu dan pelbagai kisah menarik terjadi sepanjang perkenalan mereka.

kalau tak dapat tengok malam ni, mesti ada ulangan dia.. lau tak de gak, gamaknya youtube la.. 

[nota : ari ni mood nak menaip entry tak de.. tergamam.. sedih.. dengan berita kematian adik Faris Nur Daniel.. moga tenang dirimu di sana.. Al-Fatihah.. masih mengikuti dari masa ke semasa untuk hari ini dari blog Mazidul..] 




Isnin, Februari 20

apa CELOP!!

Salam 1 Malaysia..

lewat lagi pagi ni.. haishhh!!! pukul 8 lebih baru masuk opis.. nasib la keje tak banyak pagi ni sebab dah setelkan hari jumaat lepas.. minggu lepas boleh dikatakan tiap-tiap hari balik lewat.. OT?? oh!! tidak.. sepanjang aku bekerja tak penah claim ot.. topup mane yang tak cukup waktu sudaaaa...

wow!! cite SLOT AKSI malam ni cam menarik je.. jujur.. cite slot aksi yang lepas memang 1 episod pun aku tak penah tengok.. tau tau dah abis last week.. ahakss!! kali ni barulah aksi.. MEREMPIT!! muahaha.. bukan menggalakkan ok.. tapi baru la best!! tapi tatau la jalan cite dia cam ne kan.. malam ni baru leh tau.. HANGAT ke TAK HANGAT.. 


tajuk cite tak menahan.. siap bonda tanya lagi.. hah!! APA CELOP?? ape maksudnya?? selambe je bangchik jawap.."bahasa orang muda.." tergelak aku.. boleh la aku tengok cite cam ni.. kalau yang drama mengisi slot aksi lepas tu ala-ala zaman dulu, cam ne hati aku nak tengok.. ahaksss!! sedikit info cite APA CELOP.. lakonan Kamal Adli.. Taiyuddin Bakar.. Amanda Misbun.. Ika Nabella.. Azad Jasmin.. Wan Sharmila.. dan ramai lagi..
Terbitan Excellent Pictures, drama bersiri 13 episod tersebut merupakan cetusan idea Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bertindak sebagai pengarah dan digarap oleh Meor Shariman sebagai penulis skrip. APA CELOP memaparkan pelbagai dilema dan masalah pelumba-pelumba haram yang menjalani kehidupan mereka di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Sabtu, Februari 11

GLAMOUR lagi..

Salam 1 Malaysia..

jam 10 malam ni.. korang tengok tau tv3 slot cerekarama.. penggambaran di kampungku lagi.. IJAM NON YANKEE.. lakonan Awal Ashaari, Nealofa.. Faezah Elai dan ramai lagi.. arahan suami Faezah Elai, Heykal Hanafi.. tengok tau! jangan tak tengok!!

part ni : berlakon kat kedai kat kampungku..
dah banyak drama buat penggambaran kat kampungku.. terasa bangga la plak.. cewah!! bukan aku berlakon pun.. muahahaha.. ari tu Jalaluddin Hassan, Dato Rahim Razali.. dan yang terbaru tu.. GEMERSIK KALBU.. terpampang lencana sekolah rendahku.. bangga sekejap.. ahakss!! majulah kampung..

Selasa, Februari 7

vanilla coklat VS bicara hati

Salam 1 Malaysia..

malam ni nak tengok vanilla coklat atau bicara hati?? adoyaiii.. dua-dua cita ni dah menarik hati.. vanilla coklat dah mula ke kemuncak kot.. Amir ngan Zara dah nak berbaik-baik.. nakal si Amir dah menawan hatiku la plak.. kacak rupenya.. dulu tak pasan pulak.. ahakss!! so sweet.. tak sabar nak tengok malam ni!!


bicara hati.. pun dah menarik.. sampai bonda pun dah tengok siaran ulangan pada hari sabtu pukul 1.. Tengku Syahran dah mula sayang dan suka.. Zahlia masih jual mahal.. masih was-was dengan cinta Tengku Syahran.. agak perlahan cerita ni bagiku, mungkin sebab aku dah baca novelnya kot.. 



mana satu pilihan korang?? adoyaii.. tapi yang pasti mesti VANILLA COKLAT.. sebab bicara hati ada ulangan siaran hari sabtu.. aku?? akan tengok dua-dua cerita ini di youtube.. ahakss!! nanti bonda tumpang sekali.. jangan lupa ya kawan-kawan!! sape yang berminat la.. =)

Khamis, Januari 19

pelangi kasih.. JANGAN KETINGGALAN!!

Salam 1 Malaysia..

berakhir sudah BUNGA APRIL.. tak berapa nak mengikuti cerita ni.. yang selalu tengok kat rumah tidak lain tidak bukan.. bonda.. kadang-kadang siap bergaduh (gaduh-gaduh manje) dengan adik lelaki.. adik lelaki nak tengok bola, cite omputih.. bonda nak tengok bunga april.. aku cam biasa la.. lau dah solat isyak memang tak kuar bilik dah.. =) sebagai memenuhi slot samarinda tv3 menggantikan bunga april, bermula malam ini akan ditayangkan dram PELANGI KASIH.. 

Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Nabila Huda, Puteri Sarah, Beto Kushairy, Johan Ariff Asa’ri, Wati Sadali, Fathil Dani, Abu Bakar Juah dan ramai lagi, drama bersiri 25 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Mohamed Feroz Kader dan penulis skrip Zahirah Hassan. JOM! baca sinopsis cite ni..

Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin (Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.


Zafrul (Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka berumur 2 tahun lebih tua daripada Azlin dan Sofea banyak membantu mereka dalam pelajaran. Malah, Zafrul yang cemerlang dalam pendidikan menjadi teladan kepada Azlin dan Sofea untuk berjaya.

Setelah tamat pengajian di universiti, Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global Sdn. Bhd. Di bawah pengurusan dua wanita muda in,i GREEN GLOBAL SDN.BHD meningkat dengan pantas. Azlin memang cekap dalam pentadbiran dan perhubungan dengan pelanggan. Sementara Sofea begitu bijak membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dan melabur dalam bidang hartanah.
Hubungan erat Azlin, Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan untuk mengahwini Azlin. Sofea terluka kerana cintanya kepada Zafrul dipermainkan. 

Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus. 


Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa’ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea. 

Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk ‘menghapuskan’ Sofea dan Omar dari dunia korporat. 

Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin? Saksikan kesudahan Pelangi Kasih jam 10.30 malam di slot samarinda!!

sumber : tv3 & gua.com.my

Ahad, Januari 8

ada perasan tak??

Salam 1 Malaysia..

korang ada tengok cite GEMERSIK KALBU tak?? aqasha ngan ayu raudhah.. korang suka tak?? mane best antara gemersik kalbu & tentang dhia.. bape bintang nak bagi.. bagi aku cam biasa je cite ni.. adaptasi novel.. sekarang cam tren.. novel di adaptasi menjadi drama.. filem.. ok gak.. dari cite yang kita tak penah tau.. dan novel tu pun akan mendapat permintaan kan.. makin laris la.. =)



ni nak cite.. korang pasan tak.. time cite gemersik kalbu ni dah abis.. kan kuar penghargaan.. kat situ sekali pasan ari tu.. kuar lencana sekolah rendah aku daa.. wah!! dah banyak drama belakon kat kampung ku.. pekan pun termasuk.. cantik kampung ku.. tu yang leh wat drama kat situ.. ahaksss!! bangga kejap..




ni kira kali kedua SKBK terkenal 1 Malaysia.. pertama.. yang iklan.. ada 4 orang budak pakai baju cina.. india.. melayu.. iklan tu aku tak bape ingat.. jalan citenya.. yang ni plak.. drama.. bangga kejap.. walaupun aku dah belas tahun tinggalkan SKBK.. last jejak Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar bulan 5 tahun lepas.. chayok! chayok!

Selasa, Januari 3

BICARA HATI @ Astro Prima

Salam 1 Malaysia..

malam nanti.. jangan lupe menyaksikan.. adaptasi dari sebuah novel.. BICARA HATI hasil karya DAMYA HANNA.. sekarang banyak betul cerita, tak kisah la drama ke filem ke.. dari adaptasi novel.. tapi benonya memang best pun.. mau taknya.. masa baca novel mula la nak bayangkan.. sape hero yang sesuai.. sape heroin yang sesuai dalam novel tu.. kih!kih!kih! dunia khayalan kejap kan..



Sinopsis
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. 

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


BICARA HATI akan di tayangkan pada malam ni.. Selasa 3 Januari 2012.. jam 9.00 malam di Astro Prima.. Hero dalam drama ini sape lagi.. salah sorang hero aku gak walau dia tak de six pack.. ahaksss!! Sharnaaz Ahmad dan heroin pula Cristina Suzanne Stockstill.. cerita mengisahkan Tengku Syahran dan Zahlia.. jangan ketinggalan!!!

Sharnaaz Ahmad : Tengku Syahran
Cristina Suzanne Stockstill : Zahlia