Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Khamis, Mei 23

SUSU IBU..

Salam 1 Malaysia..

yeahhhhhhhh!!! last day bekerja minggu ni.. esok cuti!! esok hari Jumaat.. boleh la ke pasar pagi kat pekan.. lama betul la tak ke sana.. saje jalan-jalan cuci mata.. beli lauk dan sayur.. stok pun dah tak berapa nak ada.. esok buat bubur nasi berlauk pun sedap ni.. lama juga tak makan.. time sakit tekak ari tu.. badan sangat letih.. memang tak masak bubur nasi la.. lepas kenduri ari tu ada juga bonda menyuarakan teringin makan bubur nasi.. esok boleh la buat..

entry hari ni nak share khasiat susu ibu.. agak panjang artikelnya.. aku copy dari Harian Metro hari ni.. sangat berguna.. patutlah aku suka menyusu bonda.. kalau nak tau.. aku menyusu bonda sampai umo 4 tahun tau!! lepas 4 tahun.. jenuh bonda usaha tak moo bagi aku menyusu badan.. ahakss!! maybe sebab jarak aku ngan adik lelaki aku jauh kot.. sebab tu sedap je menyusu bonda selagi ada.. jarak kami 6 tahun.. tapi walaupun jarak tu jauh.. aku ngan adik-adik bawah aku agak rapat keakraban kami di banding dengan aku dan angah dan along..



KHASIAT SUSU IBU TIADA BANDINGAN

Makanan Terbaik Ini Diperakui Pakar Sains Perubatan

Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin

Iklan terpapar di media memperagakan pelbagai khasiat susu formula. Kita tidak menafikannya, bahkan rambang mata hendak memilih jenama terbaik buat anak kita yang masih kecil.

Namun ada ibu lebih cenderung memberikan susu badan. Mungkin sesetangah orang beranggapan ia cara tradisional. Tambahan pula, kini ramai kaum ibu yang bekerja dan tiada waktu untuk menyusukan anak sendiri.

Apa pun persepsi dan alasan diberikan, susu ibu adalah satu anugerah dan memiliki keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan sehingga banyak pihak bersetuju dengan kebaikannya untuk tumbesaran si anak.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman maksudnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Jika Kita lihat dari sudut ilmu sains kesihatan, fizikal tubuh bayi yang masih lemah memerlukan kepada bekalan yang konsisten dalam bentuk sumber protein dan kolestrol. Dua unsur utama ini terkandung dalam susu ibu di samping beberapa unsur zat lain.

Susu ibu tiada tandingan dan ia menggambarkan suatu kehebatan ciptaan Allah sehingga pakar sains perubatan di seluruh dunia tidak putu-putu menjalankan uji kaji dan penyelidikan ke atasnya.

Kita lihat fakta sebenar hasil kajian saintifik ini. Dari segi kandungan zat pemakanan dikatakan bahawa susu ibu mengandungi zat berkhasiat diperlukan bayi untuk proses tumbesarannya.

Susu ibu mengandungi enam kali ganda lebih banyak kandungan protein berbanding susu formula. Demikian juga dengan kandungan Vitamin A, susu ibu mempunyai lima kali ganda banyaknya.

Di samping itu, susu ibu memiliki 12 kali ganda karotena, tujuh kali gamda lebih kandungan vitamin E dan empat kali ganda antibodi. Fakta itu jelas membuktikan susu ibu adalah 'senjata' bagi melindungi bayi daripada serangan pelbagai penyakit.

Malah disahkan juga bahwa susu ibu mempunyai kadar garam lebih rendah berbanding susu formula.

Jadi ia tentunya lebih selamat buat bayi kerana kandungan susu yang ada zat garam tinggi akan memudaratkan iaitu akan meningkatkan proses pertumbuhan dalam kadar melepasi skala biasa, sekaligus mampu mengundang gejala penyakit obesiti.

Fakta saintifik yang lebih menarik ialah susu ibu tidak mengandungi sebarang bentuk bahan kimia dan ini akan mengelakkan bayi daripada terkena penyakit kancing dagu.

Retina Foundation Of The Southwest di Dallas, Texas, Amerika Syarikat melaporkan, kajian mereka mendapati susu ibu mengandungi asid lemak docosahexaenoic (DHA) dan arachidonic acid (AA).

Pakar di bawah tajaan badan itu juga menyatakan bahawa bayi mendapat DHA dan AA secara serentak lebih cemerlang pada sudut memori, malah lebih berupaya menyelesaikan masalah dan mampu menguasai kemahiran berbahasa berbanding yang mendapat DHA atau AA sahaja.

Laporan penemuan itu boleh kita ikuti lebih lanjut melalui Jurnal Perubatan Pembangunan dan Neurologi Kanak-kanak.

Seorang pakar dalam kajian itu, Dr Dennis Hoffman mengakui susu ibu mengandungi DHA dan AA pada kadar nisbah amat mengagumkan.

Beliau dipetik berkata "Bayi yang diberikan susu ibu akan mendapat khasiat terbaik untuk proses pengembangan minda dan saraf mereka".

Sebenarnya masih banyak lagi khasiat yang ditemui dalam susu ibu dan ini sebagai bukti sesungguhnya Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pernah mengeluarkan kenyataan yang memberitahu masyarakat dunia bahawa "Penemuan terkini menunjukkan pemberian susu ibu sepenuhnya selama enam bulan adalah cara pemakanan terbaik untuk bayi. Selepas itu, bayi perlu diberikan makanan tambahan. Namun pemberian susu ibu mesti diteruskan sehingga bayi itu berusia dua tahun ataupun lebih".

Inilah kebenaran dan inilah juga nikmat Allah yang wajib kita syukuri. Jadi jangan lepaskan nikmat itu begitu sahaja, sebaliknya manfaatkanlah ia demi pertumbuhan anak yang lebuh sihat seperti diakui pakar perubatan moden.

Benarlah firman Allah pada surah At-Tiin, ayat 4, bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

penulis ialah Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah.


InsyaAllah.. sekiranya Allah berikan aku peluang berkahwin dan mempunyai anak.. ingin ku berikan susu ibu secara berterusan selama 2 tahun dan lebih.. semoga Allah makbulkan doaku.. Amin..

Jumaat, November 23

Hari 'Asyura..

Salam 1 Malaysia..

Salam Jumaat yang indah dengan sinaran matahari yang menyinari.. Syukur.. Alhamdulillah.. masih bernafas di bumiMU ini Ya Allah.. masih berkesempatan menatap wajah-wajah insan tersayang di pagi hari.. namun jauh di sudut hati terasa rindu pada arwah abah.. 10 tahun meninggalkan kami.. Al-Fatihah..

sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu.. walaupun aku terasa ralat sangat hari ini.. bangun pagi yang terlewat.. sedar-sedar azan subuh.. niat di hati ingin berpuasa Hari 'Asyura.. 9 & 10 Muharram.. sebab hari ni masih bekerja.. boleh nak puasa 10 & 11 Muharram.. tapi hari cuti sabtu dan ahad.. banyak jemputan majlis perkahwinan.. kalau buat hari ni dan esok.. masih terkawal lagi.. tak de rezeki tahun ni.. cuba buat puasa sunat yang lain.. InsyaAllah..

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)



 sumber dari : FB Kumpulan Media Karangkraf

nota blog : Ya Allah.. KAU lembutkanlah hatiku ini untuk terus memperbaiki diri untuk taat kepadaMU Ya Allah..

Isnin, Julai 23

KONGSI bersama..

Salam 1 Malaysia..


23 Julai 2012 Bersamaan 3 Ramadhan 1433H.. kejap je kan.. InsyaAllah.. dapat tunaikan 3 hari berpuasa.. bile dah seminggu, lagi terasa cepat.. bak kate bonda.. "pejam.. celik.. pejam.. celik.. dah abis Ramadhan.." semoga aku dapat menempuh puasa tahun ini dengan sebaik mungkin.. dan alhamdulillah.. still bertahan dengan tak makan ubat gastrik.. cuma minum acai berry je.. syukur.. harap bertahan untuk 27 hari yang akan datang..

bagi ibu-ibu.. mesti memikir menu untuk berbuka.. tak kisah la beli atau masak.. tapi bagi aku walaupun simple tapi masak sendiri juga yang best.. seronok pula rasanya.. balik keje.. tunaikan yang wajib, lepas tu "ala-ala bersilat di dapur.." memasak ape yang patut untuk berbuka untuk bonda dan adik-adik.. hari pertama, memandangkan hari cuti hujung minggu, menu kami mee kari kerang.. dan semalam nasi goreng dengan ayam.. hari ni terasa nak masak kuetiow udang.. waktu berbuka rasa seronok bile semua ahli keluarga berkumpul.. ingin berkongsi bersama kawan-kawan jadual waktu berbuka bagi semua kawasan.. KLIK DI SINI.. dan juga kadar zakat fitrah 2012/1433H bagi setiap negeri.. Rukun Islam ke 5..


Jumaat, Jun 8

DEMAM telah KEMBALI!!

Salam 1 Malaysia..

Salam pagi Jumaat.. Penghulu segala hari.. semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan kita semua.. InsyaAllah.. cuaca yang redup.. sejuk.. berangin.. tenang je.. kalau kat kampung ni lagi best.. terasa sejuk ke tulang rasanya.. kat bandar ni.. dah kurang sikit nikmatnya.. 


yeahhh!!! malam ni dah bermula demam ok.. demam telah kembali.. apa lagi kalau bukan EURO 2012.. sangat di nanti-nantikan bagi peminat bola sepak.. aku?? boleh layan la.. tidak fanatik.. nasib la kat rumah ada 2 orang je kaum adam.. kalau ramai.. mau riuh rumah tu.. zoom in jadual jom!!

 
kalau nak tengok lagi jadual sempoi.. zoom in!! SELAMAT MENONTON!!

Jumaat, April 27

FUYOOO.. syoknya..

Salam 1 Malaysia..

salam pagi Jumaat.. penghulu segala hari.. 2 hari tak jengok blog.. BW pun tidak.. minggu ni terasa seperti pendek je masanya.. isnin kursus.. selasa ada kat opis.. rabu cuti.. khamis kursus lagi.. dan hari ni.. ada di opis.. pagi ni ada meting 5S.. adoyaiii.. gamaknya memang fail meja kene bikin di rumah la weekend ni..


malam tadi terpandang 1 status di FB.. dari ASTRO.. ~Sebagai tanda penghargaan, semua pelanggan Astro dijemput untuk menikmati lebih 130 saluran bermula dari 27 April-6 Mei! Terima kasih di atas sokongan anda!~ WOW!! FUYOOOOOOOO.. SYOKNYAAAAAA.. free kan.. belasah je la tengok HBO.. bintang dan yang lain-lain..

tengok sampai tertidur ok!! nanti aku BW blog-blog kawan-kawan.. tadaaaaaaaa!!

sumber : astro FB

Isnin, April 9

2011 : AARON AZIZ

Salam 1 Malaysia..

pagi ni mesti banyak entry pasal HERO filem 2011.. tak lain tak bukan.. AARON AZIZ.. Bintang Paling Popular ABPBH 2011.. penampilan yang sangat simple tapi tetap kacak.. layan artikel je la.. pagi ni rasa MONDAY BLUES la.. ahakss!!

sumber : gua.com TQ!

Giliran Aaron Aziz

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
 
HABUAN...Aaron menang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium).
 GENTING HIGHLANDS: Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, menepati ramalan apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.
Kemenangan Aaron sekali gus mengenepikan pemenang tahun lalu juga pelakon Shaheizy Sam serta tiga lagi finalis dengan undian tertinggi, Zizan Razak, Maya Karin dan Najwa Latiff.
Lima tahun tercalon sebagai calon Top 5 untuk kategori Pelakon Lelaki TV Popular, namun kemuncak kerjaya Aaron dilihat begitu ketara sejak tahun lalu.

Nora Elena, drama bersiri di TV3 yang sebenarnya menjulang nama Aaron sebelum mencipta fenomena menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali.

Melalui filem ‘box office’ berkenaan, bapa kepada tiga cahaya mata itu berganding dengan pelakon wanita hebat, Maya Karin dan Lisa Surihani.

Pelakon kacak kelahiran Singapura itu mencatat kemenangan berganda malam tadi apabila mengungguli kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Bagaimanapun, Aaron terpaksa akur di tangan Fizz Fairuz menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.
Kemenangan Aaron membolehkannya membawa pulang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium) tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press, Mohammad Azlan Abdullah yang diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid. Keseluruhannya ABPBH2011 mempertandingkan 16 anugerah kepada artis tanah air.

Seperti sebelumnya, ABPBH tidak pernah melupakan perjuangan insan seni terdahulu dan kali ini Datuk Sheila Majid dipilih sebagai penerima, Anugerah Artis Sepanjang Hayat.

Satu lagi anugerah khas yang baru diwujudkan tahun ini bersempena ulang tahun Jubli Perak (25 tahun) ABPBH iaitu Anugerah Seri Perak, yang menghimpunkan kembali bekas Bintang Paling Popular bermula 1990 hingga 2010, menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza dinobatkan pemenang.




SENARAI PEMENANG ABPBH 2011

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

Anugerah Khas:

Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid

PENGHORMATAN...Siti raih Anugerah Seri Perak.
 sumber : myMetro



nota blog : tertidur di tengah siaran.. terjaga waktu AARON AZIZ dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 2011

Ahad, April 8

masanya telah TIBA..

Salam 1 Malaysia..

ape program anda hari ini?? ada kemana-mana.. bersoping ke.. tengok wayang ke.. biasalah.. masih awal bulan.. poket masih tebal.. opsss!! beg duit.. tapi bagi orang gomen dah agak suam-suam kuku.. ke.. aku je yang rasa cam tu?? ahakss!! jemputan kenduri banyak ke? minggu ni tak de jemputan.. akan datang pun tiada.. hari ni rehat.. duduk di rumah diam-diam.. tak de mood nak keluar cuci mata.. bergolek-golek depan tv je la gamaknya..
malam ni ada sape-sape nak tengok ABPBH?? pejam celik.. malam ni ABPBH YANG KE 25.. tak pasan pun.. pencalonan kali ni pun boleh tahan.. tak kira lelaki atau perempuan.. MELETOP!! jangan lupa tau.. MENONTON.. siaran langsung.. malam ni jam 9 malam di TV3.. dan juga di radio HOTFM..



ABPBH 2011 berkonsepkan bandar atas air dengan tema Larger Than Life. wah!! mesti syok.. harap le mata ni larat nak celik.. nak tengok ABPBH.. nak tengok Aaron Aziz.. ahaks!! kalau nak tau lebih lanjut.. KLIK SINI.. & SINI..

 

Sabtu, Mac 31

AKHIRNYA.. keluar juga..

Salam 1 Malaysia..


YES!! Alhamdulillah.. Syukur padaMU Ya Allah.. akhirnya yang di nantikan telah keluar.. JPA dah keluarkan Pekelilingan Perkhidmatan Bil. 1/2012.. apa dia?? ahakss!! ape lagi kalau bukan Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.. siap ada perkiraan lagi.. senang la nak kira kan.. JOM KIRA!! berbunga hati sekejap.. Syukur.. Alhamdulillah..

nota blog : jangan lupa daftar E-FILING ya.. dah kene bayar income tax pula.. jangan buat-buat lupa.. 

60+ EARTH HOUR..

Salam 1 Malaysia..

marilah kita sama-sama menyokong EARTH HOUR.. 
hanya 1 jam sahaja.. 
8.30malam hingga 9.30malam pada hari ini.. 
31 Mac 2012..


 
BERJUANG UNTUK KEHIJAUAN BUMI
SOKONGLAH EARTH HOUR!!




Jumaat, Mac 30

PULANG berteman..

Salam 1 Malaysia..

bagiku hari ini masa berlalu begitu pantas.. sekejap je dah pukul 1.30 petang.. baru nak bernafas dalam lumpur.. sibuk minggu ni dengan keje yang melambak, kursus 2 hari.. siap skip setengah hari.. nasib la urusetia tak marah.. bersebab.. bukan saje-saje tak nak masuk kursus sebelah petang hari pertama.. hari ni bertungkus lumus.. ececece.. menyiapkan keje yang jemu sungguh untuk minggu ini.. bertapa di mesin fotostat.. 2 hari kursus, asal pukul 5 je bertapa di situ.. jadi kawan baik la lepas ni ya.. jangan meragam sudah.. 

dalam bulan ni, memang kerap lah balik lewat.. paling lewat pun 6.40 petang cam tu.. sebelum pukul 7.00 petang kene balik.. kalau tak aku panas punggung.. ahakss!! mane boleh lama-lama kat opis.. orang dah tak de sangat time tu.. kalau lepas 5.30 petang memang orang dah tak ramai.. sayu je rasa bile tengok orang balik.. haishhh!! cam kanak-kanak riang!! tapi itulah aku.. dan yang penting, bonda.. kesian bonda tunggu kat beranda rumah.. menunggu anak daranya pulang.. bile nampak dari jauh, tersenyum bonda.. mungkin hatinya akan tidak keruan bile anak daranya tak pulang lagi dari keje walaupun telah diberitahu akan pulang lewat.. orang tua, kerisauan.. dengan cerita zaman sekarang yang macam-macam..

semalam dalam 6.20 petang baru pulang.. perjalanan dari opis agak lancar.. walaupun aku merempit, tapi kalau jalan sesak dengan kereta yang pemandunya yang sesetengahnya mementingkan diri sendiri akan menjejaskan aktiviti merempit aku.. mau taknya.. dari 2 link menjadi 3 link.. haishhh!! abislah laluan motor.. kene blok!! tak boleh mencelah.. aku bukanlah merempit.. aku hanyalah pemandu motorsikal yang berhemah.. ahakss!!


masa berhenti di traffic light, tetibe ada seekor ladybird hinggap di lengan baju.. mula-mula ingat habuk.. nasib tak kuis buang.. 2 kali pandang baru perasan itu ladybird kecik.. dari batu 2 ladybird menemaniku hingga ke batu 5.. lama kan ladybird hinggap kat lengan baju.. aku bawa moto dalam 60km/j je semalam.. tapi elok je dia melekat kat lengan baju.. aku ada berenti di 1 traffic light, aku tengok ladybird dah kuarkan sayap.. dia terbang.. ke peha aku.. sekali aku masukkan gear, dia naik balik hinggap di lengan.. bile di traffic light di batu 5, dia terbang terus.. pulang ke rumah semalam bertemankan LADYBIRD.. aku siap berdialog dengan ladybird supaya jangan terbang.. jangan terkejut, dengan kucing pun aku berdialog.. rasa-rasa korang haiwan paham ke apa yang kita cakap erk??

sampai di rumah lebih kurang 6.50 petang.. letak beg dan terus anta adinda pergi klinik.. cuci kaki.. MC dah habis.. hari ni baru start keje.. kaki yang bengkak dah mengecut.. bengkak tu bengkak air.. harap hari ni makin ok.. gamaknya 1 minggu rutin balik keje anta adinda pergi klinik.. selagi kakinya tak sembuh dan sehingga doktor mengatakan tidak perlu cuci lagi..

nota blog : hari ini Klang dilanda banjir kilat.. banyak kawasan yang terjejas dengan banjir kilat.. harap cepat surut.. risau hujan akan turun lagi sebelah petang..

Ahad, Mac 25

menunggu dengan SABAR..

Salam 1 Malaysia..

apa khabar kawan-kawan semua?? ada baik ka? ape program hari ni.. aku pagi ni nak anta adindaku pegi klinik panel dia.. luka dah kering.. tapi still bengkak.. kesian plak minah tu.. dengkot-dengkot berjalan.. nasib le cik abe dia nak anta.. aku hanya peneman la kiranya.. pas tu nak pegi MAXIS.. (kalau sempat..) ayooo.. kompom la sim card rosak.. simcard lain masuk HP tu ok je.. boleh call & mesej.. huh! ni yang rasa nak tuka line.. ahakss!! mau tukar KU BERSAMAMU.. tapi caj mahal la pulak.. marah kang jiran sebelah partition opis.. 

semalam ada baca 1 kenyataan dalam surat khabar berita harian.. mengenai CUEPACS GESA JPA KELUAR PEKELILING.. hal ni menjadi tanda tanya juga kat opis aku.. nape masih tak de pekeliling.. terutama bahagian perkhidmatan la.. sebab dia orang nak buat "kew8" bagai.. kang bahagian kewangan pulak sambung part bayaran.. tapi sampai ke sekarang ni memang tiada pekeliling lagi.. dah ramai gak yang bertanya, nak tahu jadual baru gaji.. tapi nak buat macamane.. menang tak de lagi.. nampak gaya JPA kene kuarkan cepat la.. kalau tak bulan April ni tak dapat la gaji baru.. ahakss!! tunggakkan lagi dari bulan Januari.. mane yang gaji pokok banyak, sonok la hampa.. apa-apa pun.. semua telah diberi adil dan saksama.. InsyaAllah.. bersyukur dengan apa yang ada.. ALHAMDULILLAH.. Allah dah bagi rezeki.. SYUKUR.. lepas ni jangan nak mengeluh sangat ya.. (pesanan untuk diri ini yang adakalanya mengeluh..) moga sentiasa diberkati apa yang telah diberikan padaku.. Amin..


maaf lah.. kalau tak boleh baca.. try cari kenyataan ini kat berita harian online.. tak boleh pulak.. server slow kot.. ke talian sibuk.. maka ini je yang boleh aku pamerkan.. 

Khamis, Mac 15

4th Putrajaya International HOT AIR BALLOON Fiesta 2012

Salam 1 Malaysia..

15 Mac hingga 18 Mac 2012 
4th PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FIESTA 2012




bertemakan :
1 WORLD
1 MALAYSIA
1 FIESTA

Lokasi :
MONUMEN ALAF BARU
PRESINT 2, PUTRAJAYA



marilah kita pergi beramai-ramai.. setahun sekali je.. tahun lepas tak dapat pergi.. tahun ni tatau la dapat pergi ke tak.. harap dapatlah pergi.. banyak acara di adakan di sana.. JOM!! untuk mengetahui lebih lanjut acara di sana.. klik sini..







Selasa, Mac 13

Dirang DIBUNUH

Salam 1 Malaysia..

rasa sedih.. simpati.. tak terkata bila menonton berita TV3 malam tadi.. Ya Allah.. KAU lindungilah ahli keluargaku.. saudara maraku.. sahabat-sahabatku.. serta semua hambaMU dari kekejaman manusia.. Al-Fatihah kepada adik Nurul Nadirah Abdullah.. semoga rohnya dalam golongan insa-insan yang dikasihi.. disayangi Allah s.w.t.

sumber : myMetro

Oleh Salman Hamat, Mahaizura Abd Malik dan Mohd Fahmi Mohd Yusof
am@hmetro.com.my


PILU...Roselyn (tengah) ditenangkan ahli keluarga yang sedih
selepas menerima berita penemuan mayat Dirang, semalam.
JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.

“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.


“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.


“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.

Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.

Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.


Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.


Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.

aku harap orang yang bersalah itu dapat pembalasan.. semoga ahli keluarga arwah Dirang tabah dan kuat menghadapi ujian ini.. Al-Fatihah..




Isnin, Mac 12

SIMPAN bekalan ANDA!!

Salam 1 Malaysia..

14 Mac hingga 15 Mac ni ada gangguan bekalan air satu juta penduduk Selangor & KL.. maka untuk langkah terbaik, simpan bekalan air anda secukupnya.. untuk mengelakkan berlakunya pekara yang memudaratkan diri anda dan insan-insan tersayang.. kalau air tak cukup, boleh call syabas.. untuk belakan air bersih.. bekalan air akan terganggu selama hampir 36jam.. masa yang pihak Syabas nyatakan untuk servis 12jam.. tapi untuk menyalurkan air bersih kepada pengguna yang mengambil masa.. harap gangguan bekalan air ni tak la teruk sangat nanti.. aku risau sebab 2 anak dara kecik ada kat rumah.. kang haru biru bonda nak melayan dia orang punya ragam yang melibatkan air.. (paham-paham sudah la erk kawan-kawan..)


Gangguan Bekalan Air 14 Mac Ini

KUALA LUMPUR: Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.


Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.


"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Beliau berkata di Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.


Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya,Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.


K
awasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cera Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampungn Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.


Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.


Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.


Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.


K
atanya orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.


Beliau berkata hentitugas itu juga perlu dilakukan bagi penambahbaikkan pam di loji rawatan itu bagi mencapai tahap kapasiti kepada 950 jumlah liter sehari (JLH) berbanding 840 JLH sekarang. BERNAMA

 sumber : mforum2

Sabtu, Mac 10

B..

Salam 1 Malaysia..

B?? ape punya tajuk daaa.. ahakss!! 1 huruf je.. rentetan dari entry terdahulu.. dan semalam baru dapat keputusannya.. lama juga tu.. 3 bulan juga nak menunggu.. sampai sebenarnya aku dah terlupa.. sampai orang panggil suh ambik kad.. nampak tak.. dah lama.. dan inilah keputusannya..

yeahh!! nampak tak kumpulan darah jenis B..
masa ambik kad ni belek-belek senarai nama.. ramai gak kawan-kawan opis ni dalam kumpulan jenis B.. kawan-kawan rapat pun ada dalam kumpulan yang sama.. mak yong.. opss..!! dah bersalin.. pun dalam kumpulan B juga.. alhamdulillah.. boleh la menolong dan meminta tolong sekiranya berlaku kekurangan darah.. mohon pada Yang Esa.. moga kami sentiasa di lindungiNYA selalu.. Amin..

[nota : kesian kan aku.. dah tua cam ni baru tau darah kumpulan B.. ahakss!!]

Jumaat, Mac 9

TERGAMAK ke anda??

Salam 1 Malaysia..

hati tersentuh.. sayu.. sedih.. menangis dalam hati bila membacanya.. sebagai seorang anak, walaupun tidak sebaik mana.. tidak sehebat mana dengan bonda tersayang, namun aku masih punya hati dan perasaan dan juga masih punya rasa jutaan SAYANG pada bonda tercinta.. sehari tak menatap wajahnya terasa hidup ada kekurangan.. apa jua ku sanggup lakukan demimu bonda..

bagaimana anak insan ini TERGAMAK melakukan ibu sendiri sebegini rupa?? mungkin dia ada jawapan dan sebab tersendiri.. siapa aku untuk menilai serta menghukum insan itu.. aku sekadar berkongsi dengan teman-teman kisah seorang ibu yang di tinggalkan anak di hotel bajet di Kuala Lumpur..

sumber : Harian Metro 08/03/2012

Buang ibu di hotel bajet


Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya
 KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.


Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.


KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA.. 




Khamis, Mac 8

SBPA di BATALKAN!!

Salam 1 Malaysia..

sumber : Utusan Malaysia..

SBPA dibatalkan kembali kepada SSM - PM

08/03/2012 10:51am


PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.
Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini. - UTUSAN

Alhamdulillah.. syukur dengan apa adanya yang telah diberikan.. (^_^)

Sabtu, Februari 25

Le Tour De LANGKAWi 2012

Salam 1 Malaysia..

24 Februari 2012 : LTDL 2012 telah bermula.. kali ni ada 10 stage.. lokasi pada tahun ke dari Putrajaya turun ke selatan dan seterusnya ke pantai timur.. setiap tahun agak berbeza lokasi stage.. 

LTDL 2012..
hari ni dah stage ke 2.. Putrajaya ke Melaka.. ape lagi.. zoom in!!

panjang kan.. 151.0km..
StageDate
Start and Finish
Distance

Stage 1Friday, 24 February 2012
Putrajaya Individual Time Trial
20.3 km

Stage 2Saturday, 25 February 2012
Putrajaya - Melaka
151.0 km

Stage 3Sunday, 26 February 2012
Melaka - Parit Sulong
187.6 km

Stage 4Monday, 27 February 2012
Batu Pahat - Muar
169.4 km

Stage 5Tuesday, 28 February 2012
Ayer Keroh - Pandan Indah, Ampang
190.0 km

Stage 6Wednesday, 29 February 2012
Proton, Shah Alam - Genting Highlands
108.0 km

Stage 7Thursday, 1 March 2012
Bentong - Kuantan
205.8 km

Stage 8Friday, 2 March 2012Pekan - Cukai100.8 km

Stage 9Saturday, 3 March 2012Kemasik - Kuala Terengganu165.7 km

Stage 10Sunday, 4 March 2012Tasik Kenyir - Kuala Terengganu Loop116.9 km


TOTAL DISTANCE : 1415.5 km
jadi.. sape-sape yang terkena lokasi tu.. ape lagi.. jangan lepaskan peluang menonton di tepi jalan.. bagi sokongan kepada pelumba-pelumba basikal pasukan Malaysia dan juga antarabangsa.. setahun sekali beb.. nak tau lebih lanjut.. KLIK JE SINI.. 






Rabu, Februari 22

MALAYSIA vs JEPUN

Salam 1 Malaysia..

malam ni korang jangan lupa tau.. MALAYSIA vs JEPUN.. TV1 jam 8.45 malam.. marilah kita sokong MALAYSIA.. semoga pasukan kita menang.. chayok!! chayok!! haishhh!! silap.. MALAYSIA BOLEH!!

MALAYSIA
VS

JEPUN




rasa-rasa korang, pasukan mane yang menang??


Rabu, Februari 15

BERITA gembira!!

Salam 1 Malaysia..

pagi ni nak share dengan kawan-kawan blogger penjawat awam.. perkhabaran gembira dari CEUPACS.. moh kita baca sesame.. ;)

sumber : Berita Harian

Isu SBPA: CUEPACS lega
Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my
2012/02/15

PRESIDEN CEUPACS, Datuk Omar Osman bersama timbalannya Azih Muda (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng (kiri), pada sidang media di International Hotel, Kuala Lumpur, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid      
  • Kerajaan pada dasar setuju dengan 5 tuntutan kesatuan
  • Isu skim saraan baru dijangka dapat selesai lebih awal 
PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.

"Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.
"Berikutan itu, kita yakin perkara ini boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Lima tuntutan CUEPACS bukan satu perkara yang menyulitkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, di sini semalam.

Sebelum ini, CUEPACS mengumumkan lima tuntutan, iaitu mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar juga berkata, persetujuan kerajaan terhadap lima tuntutan CUEPACS itu akan memberikan keceriaan kepada kakitangan awam yang sebelum ini kurang puas hati dengan pelaksanaannya.

"Isu SBPA ini dapat diselesaikan secara perbincangan seperti yang diadakan hari ini kerana jika CUEPACS tidak dibawa dalam rundingan, ia akan terus menjadi isu di kalangan kakitangan awam," katanya.

Beliau juga memaklumkan satu bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS berhubung isu SBPA akan diadakan di ibu negara pada 17 dan 18 Februari ini bagi menyediakan kertas kerja komprehensif mengenai masalah skim baru itu.

"Bengkel ini akan dihadiri pelbagai pihak berkaitan, termasuk ahli akademik bagi membincangkan isu itu dan menyediakan satu kertas kerja komprehensif untuk penyelesaiannya," katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, pasukan petugas khas masih meneruskan perbincangan dan semua maklum balas serta cadangan yang diterima akan diteliti.

Kerajaan sebelum ini memberikan tempoh tiga bulan yang berakhir 16 April ini kepada pasukan berkenaan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan SBPA selepas menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kedua-dua pihak berbincang bagi menyelesaikannya.