Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan

Selasa, September 10

untuk KAMU..

Salam 1 Malaysia..

fuhhh!! bersawang blog.. sapu-sapu sikit.. lap-lap sikit.. kasi bersih.. kasi ada mood.. lama tak update.. setting pun banyak lari.. mau taknya.. dekat 2 tahun tak tukar wall.. kene tukar design ni.. sudah bohsan..

10 September 2013.. dah besar anak buah sulong.. 1st day UPSR.. untuk MUHAMMAD HADZRUL AMIRUL BIN MOHD HASNI.. kejap je abang dah 12 tahun.. dah Mak Yang sudah makin terasa tua.. opsss!!! teringat Mak Yang masa abang lahir.. arwah atok excited betul.. dapat tau abang lahir.. arwah atok terus call Mak Yang.. bagi tau nak ke Melaka esok.. Mak Yang pulak kat Jitra punya la tak sabar nak cuti hujung minggu.. walaupun 2 hari.. Mak Yang sanggup balik Klang.. anak buah punya pasal.. anak buah sulong.. mau tak excited.. kan?? kan??

Nenek.. Pak Ngah.. Mak Ngah.. Mak Yang.. Achik.. & Mak Usu doakan abang dapat jawab exam dengan tenang dan lancar.. buat sebaik boleh tau abang!! dapat 5A.. adalah yang menunggu untuk abang.. apa?? suprise la.. Mak Yang tak moo bagi tau.. nanti tak suprise la kan..


nampak berbeza sungguh abang sejak berkhatan.. (budak berbaju kuning tu la anak buah sulung aku..) dulu halus.. sekarang.. tu dia.. makan apa semua sedap katanya.. selalu menyakat dia.. kalau abang masuk asrama.. ha.. tau le.. makan cam ne.. sekarang ni.. tiap-tiap hari ayam je kojenya.. tak de ayam.. telo.. itu le dia.. moga doa ibu ngan ayah dan kami semua termakbul.. untuk melihat abang berjaya di dunia dan juga di akhirat.. CHAYOK!



Khamis, Disember 20

mengorak LANGKAH..

Salam 1 Malaysia..

redup je cuaca hari ni.. tarikh pun cantik je.. 20.12.2012.. 20122012 cantik?? berganda pulak tarikhnya.. ramai tak orang nikah hari ni?? apa ada pada nombor.. yang penting.. pengisian hari dengan amalan yang penting.. kan?? maaf kalau silap..

TAHNIAH kakak a.k.a Nurul Atiqah Bt.Jufri.. akhirnya.. dapat juga buktikan anda mampu.. Syukur.. Alhamdulillah.. 5A 2B 1C.. aku dulu pun.. takat 2A je.. ahaksss!! yang lain tak yah sebut la.. (padahal dah tak ingat..) haishhh!! teruk betul.. apa yang A dalam 5 subjek pun.. aku tak ingat sangat.. Sains.. Matematik.. A.. tapi agak hairan.. Bahasa Melayu dia boleh dapat B.. hairan aku.. padahal suka membaca.. tak pe.. ni tak pergi tuisyen berbayar ni.. kalau pergi agaknya dapat 7A kot.. tak pe kakak.. SPM nanti buat sebaik mungkin.. ni langkah pertama.. moga terus berjaya ke masa hadapan.. mak & ayah mesti bangga walaupun kakak tak dapat 8A.. nak bagi hadiah apa ya??

[bergaya dengan topi baru..]

nota blog : pulun siapkan kerja sebelum cuti panjang.. rindunya kat kawan-kawan di utara..