Memaparkan catatan dengan label teratak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teratak. Papar semua catatan

Khamis, September 19

TESTING.. testing.. 1..2..3..

Salam 1 Malaysia..

Zulkaedah hampir ke pertengahan.. sekarang ni tak tau dah penerbangan yang ke berapa.. panggilan Haji telah tiba lagi.. bila dekat tarikh raya haji.. hati tertingat pada arwah abah.. ini bermakna hampir 12 tahun pemergiannya mengikut kalender Islam.. seminggu selepas hari raya haji arwah abah pergi menyahut panggilan Illahi.. Ya Allah.. KAU cucuri rahmat buat abahku.. Tempat dia bersama orang-orang yang beriman..


sesi uji kaji sedang di jalan dengan benda alah ni..  ini dia alatnya.. taraaaaaaaa


dah lama teringin nak ada benda ni.. kalau tengok kat FB.. banyak betul la makanan boleh masak guna benda ni.. PEMANGGANG AJAIB.. nama tak menahan!!




pemanggang ajaib ni bukan aku beli pun.. selamat duit! ahakss!! time balik hari raya ari tu along bawa benda ni.. hadiah katanya.. aku siap tanya.. hadiah untuk bonda ke untuk kita.. bonda pun potong Q along nak jawab.. bonda cakap.. "kalau bagi kat bonda.. bukan reti nak masak guna benda ni.. kamu la punya.." siap tanya.. suh bayar ke ni.. hahaha.. along kata.. FOC je la.. hadiah raya.. YESSS!! free..


eksperimen pertama.. ikan cencaru sumbat bakar.. tu dia.. buat yang simple je dulu.. kek ke.. nasi ke.. kemudian la.. kita buat yang simple.. nak tengok hasilnya..

bahan-bahan simple je..

ikan cencaru (belah belakang)
bawang besar
cili merah
garam & gula
asam jawa

semuanya agak-agak ya kuantitinya.. aku tak reti nak bagi detail.. semuanya di tumbuk.. asam jawa last sekali.. pastu sumbat dalam ikan.. dan ini hasilnya..



dah ready.. kita masukkan ikan dalam pemanggang ajaib.. opsss!! lupa la nak snap.. tapi ini hasilnya bila dah siap.. bape lama.. agak-agak je la.. asal nampak dah garing.. dah masak.. ok la kan.. boleh angkat.. ready untuk di makan..


hasilnya.. tidak mengecewakan.. so.. pas ni.. boleh buat eksperimen lagi.. (^_^) untuk makanan berkhasiat..



Selasa, Jun 11

tak LAMA lagi dah..

Salam 1 Malaysia..

2 Syaaban 1434H.. tak sampai sebulan lagi Ramadhan menjelma.. Ya Allah.. moga aku dipertemukan dengan bulan yang mulia itu.. tahun ni tahun yang agak tak berapa cun untuk rekod puasa aku.. puasa wajib tu.. Alhamdulillah.. cuma tak tau berapa markah yang di perolehi.. puasa sunat.. ermmm.. rekod tak cantik tahun ni.. entah kenapa diri ini.. semangat yang hilang bersama kemalasan terlampau.. Ya Allah.. bantulah hambaMU ini.. sedarkan diri ini dari lena yang agak panjang ini..


Alhamdulillah.. tak lama lagi ada jiran sebelah rumah.. bukan sebelum ni tak de jiran.. ada.. tapi jiran ni lain sikit.. makcik kesayangan senang cakap.. adik bonda.. tenang je tengok rumah ni.. hasil pilihan warna anak sulung makcik aku.. hambik!! hijau lemon ke apa namanya.. terkujat gak mula-mula tengok tukang tu cat.. hijaunya.. bile dah siap semuanya.. cantik pulak.. hati ku mula tertawan..


dari luar rumah ni nampak besar.. tapi sebenarnya tak la besar mana.. 4 buah bilik.. 1 bahagian ruangan solat.. 1 bahagian ruang tamu dan dapur yang agak luas.. orang jawa kene dapur yang luas.. kalau kenduri kendara mudah.. lagi-lagi kami yang berkeluarga besar.. progress dalam 80%.. sekarang tengah pasang tile kat bilik air.. rasanya hujung bulan ni.. sebelum puasa dah boleh pindah.. tak sabar rasanya.. tak la aku risau.. bila hari bekerja.. bonda ada kawan untuk berborak.. boleh tengok-tengok kan bonda.. kadang risau gak nak tinggalkan bonda time kita orang adik beradik pergi kerja..

raya tahun ni bertambah meriah.. ada jiran baru.. laman rumah pun jadi besar bila digabungkan.. terbayang-bayang suasana raya nanti.. haishhh!! sabar.. moga-moga dipermudahkan apa yang di hajati dan di impikan..

nota blog : memasang impian untuk membina teratak bonda 5 tahun akan datang.. moga murah rezeki kami adik beradik.. Amin..