Rabu, November 14

CUTI punya cerita..

Salam 1 Malaysia..

sedar tak sedar.. hari ni.. hari terakhir di tahun Hijrah.. 29 Zulhijjah 1433H.. esok.. 1 Muharram 1434H.. Ya Allah.. pantasnya masa berlalu.. sebulan setengah untuk tahun Masihi pula.. banyak mana amalan yang telah aku lakukan.. banyak mana dosa yang telah aku lakukan.. merenung kisah-kisah hari yang berlalu..

semalam.. CUTI.. Deepavali.. dan sepeti biasa.. bila cuti.. segala aktiviti di rumah.. cam biasa la.. orang pempuan kan.. kalau cuti.. ada je benda nak buat.. satu.. satu.. dan akhirnya tak sedar dah tengahari.. masuk dapur pulak.. masak menu tengahari.. semalam masak lauk simple je.. sup ayam.. nasi putih.. sambal kicap.. dah.. lagi pun.. BONDA tak sihat sejak isnin petang tu.. badan suam-suam je panasnya.. lepas maghrib bawa bonda ke klinik.. tinggi gak suhunya.. Alhamdulillah.. dah kebah sikit pagi tadi sebelum pegi keje.. kalau tak.. asik memikir je bonda cam ne.. ni lega la sikit.. sebab adinda cuti 1 minggu.. sakan company dia.. cuti Deepavali + Awal Muharram.. senang hati sikit.. ada orang kat rumah..

aktiviti semalam.. tak kemana pun.. lepas zohor.. dalam kul 2 petang.. bawa kura-kura mandi.. fuhhh!! dengan cuaca yang tak menentu.. sebulan lebih gak tak mandi ea..

kasi shampoo.. kasi mandi si kura-kura.. dah boleh tulis nama kat badan kura-kura..

sesi mengelap.. ala kadar je kat kedai ni.. tapi ok la dengan harga kan.. RM8.. cuci + vakum dalam..

dah kat rumah.. kasi wangi pulak.. spray dalam sikit.. 


si kura-kura dah berkilat.. syok!! senang hatiku.. 

tapi.. ermmm.. kita ni hanya merancangkan.. tapi semuanya Allah yang tentukan.. tak sampai setengah jam..

hujan di petang hari.. tapi apa pun.. Syukur.. Alhamdulillah.. tak la lebat sangat.. bonda senyum je bile hujan turun.. parking berbumbung tak siap lagi.. terimalah wahai hati.. si kura-kura mandi lagi.. lepas hujan rede.. tenung-tenung si kura-kura.. nasib tak kotor mane.. malas nak lap-lap.. biarlah dia.. asal tak comot macam sebelum mandi dah la..

petang tu.. sebelum maghrib.. pegi petik pula pelam epal.. dah banyak yang tua-tua.. kang tak perasan.. abis jatuh busuk je.. musim hujan ni tak bape nak rajin ke pokok pelam tu.. dapatlah 10 biji petang tu.. yang pagi.. adalah dalam 6 biji.. kat pokok ada la sikit-sikit lagi.. rezeki kawan-kawan opis hari ni.. bawa pagi tadi bagi kawan-kawan rasa.. masam manis..


geram tak?? bulat-bulat.. pokok ni kat tepi jalan.. asal orang lalu je.. singgah petik.. tak pe la.. sedekah buah.. nak sedekah duit.. tak bape nak ada kan.. sikit sama rasa la kan.. moga murah rezeki lagi lepas ni.. Amin..

nota blog : moga bonda makin sihat hari ni.. selagi tak kebah demam tu.. selagi tu la aku dalam kerisauan.. Ya Allah.. KAU berikanlah kesihatan tubuh badan kepada bondaku Ya Allah..

3 ulasan:

izzah berkata...

kura-kura dah cantik..bila la sy nk mndikan si umaira sy plk ni yek...dh berdebu sakan dh diabaikan oleh tuan dia ni...hehe...

Masya berkata...

murahnya rm 8 hinggit jer... siap vakumm oklah tu.....

Acik Erna berkata...

assalam AH..cabar sekarang ni..lepas cuci kereta hujan pun turun he he
sedap manggatu kan..