cahaya matahari yang sangat cantik.. pagi hari bekerja, aku akan melihat cahaya matahari yang cantik di kala menyusuri highway Setia Alam.. memang clear la.. sebelum sampai Sekolah Tenby.. lepas tol Setia Alam pun masih kelihatan sinaran mentari yang cantik.. dek kerana ralit menyaksikan keindahan ciptaan Allah s.w.t sampai berlaki insiden yang buat aku gelak sorang-sorang dalam kereta..
kereta menyusur ke laluan SMARTAG.. aik! awat tak berbunyi.. sekali terpampang di skrin.. "TIADA SMARTAG" tengok smartag.. TERBALIK DAAAA.. adehhh.. undur.. betulkan smartag.. jalan.. sambil gelak sorang-sorang.. sempat lagi memerhati kete belakang.. fuhh!! lega.. ada 1 je.. kalau tak, mesti dah kene sesumpah dengan pemandu kete belakang.. awat tetibe jadi BLUR!!
selasa lepas cuti umum bagi penduduk negeri Selangor dan pekerja yang bekerja di negeri Selangor.. sempena Keputeraan Sultan Selangor.. tapi.. hari yang sangat meletihkan bagi aku.. isnin petang baru sampai rumah.. banyak kain baju kotor.. tu belum lagi kain baju yang basah.. rendam dulu dalam besen.. bagi buang pasir-pasir halus.. mandi pantai kali ni sangat best.. pasirnya yang halur.. air yang jernih.. trip yang best ke Port Dickson kali ni walaupun hanya 2 hari 1 malam.. boleh repeat balik resort tu.. sebab pantainya yang cantik dan tak ramai orang.. dari pagi sampai ke petang.. mesin basuh beroperasi.. kesian dia.. tapi aku terpaksa.. nasib la ampaian banyak.. cuaca elok di pagi hari.. kering juga separuh kain baju..
gambar dari google..
masak pun simple je hari tu.. ikan kembung goreng.. sayur taugeh dengan udang dan daun kucai.. nasi putih.. letih sangat tak larat rasanya tengahari tu nak masak macam-macam.. lepas zohor.. tetibe cam ada mood nak buat kek kukus coklat.. petang lepas Asar, adinda bongsu pegi kait buah mangga muda pulak.. ha.. ape lagi.. cicah dengan kuah rojak pulak.. ha!! lama tak makan, belasah lagi.. haishhh!!! macam-macam makan hari tu.. malam.. meragam la perut ni.. ambik!!
makan tak ingat.. sangat sedap.. masam manis pedas.. sampai menjilat jari.. mabeles!! pada kawan-kawan yang dah request suh bawa ke opis.. kene hujung minggu ya.. nak kait buah mangga muda ni, pokoknya sangat tinggi.. kene pujuk adinda aku suh petik kan.. sabar ya kawan-kawan opis..
3 ulasan:
sedapnya makan colek tu...
sedaptu.. nasib tak mengidam..
memang dah bercuti meman penatler nak mendobi...
sedap makan mangga ngan kuah rojak...terliur da nih..
Catat Ulasan