Isnin, Julai 23

KONGSI bersama..

Salam 1 Malaysia..


23 Julai 2012 Bersamaan 3 Ramadhan 1433H.. kejap je kan.. InsyaAllah.. dapat tunaikan 3 hari berpuasa.. bile dah seminggu, lagi terasa cepat.. bak kate bonda.. "pejam.. celik.. pejam.. celik.. dah abis Ramadhan.." semoga aku dapat menempuh puasa tahun ini dengan sebaik mungkin.. dan alhamdulillah.. still bertahan dengan tak makan ubat gastrik.. cuma minum acai berry je.. syukur.. harap bertahan untuk 27 hari yang akan datang..

bagi ibu-ibu.. mesti memikir menu untuk berbuka.. tak kisah la beli atau masak.. tapi bagi aku walaupun simple tapi masak sendiri juga yang best.. seronok pula rasanya.. balik keje.. tunaikan yang wajib, lepas tu "ala-ala bersilat di dapur.." memasak ape yang patut untuk berbuka untuk bonda dan adik-adik.. hari pertama, memandangkan hari cuti hujung minggu, menu kami mee kari kerang.. dan semalam nasi goreng dengan ayam.. hari ni terasa nak masak kuetiow udang.. waktu berbuka rasa seronok bile semua ahli keluarga berkumpul.. ingin berkongsi bersama kawan-kawan jadual waktu berbuka bagi semua kawasan.. KLIK DI SINI.. dan juga kadar zakat fitrah 2012/1433H bagi setiap negeri.. Rukun Islam ke 5..


Jumaat, Julai 20

menunaikan PERMINTAAN..

Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah.. Syukur.. masih bernafas di bumiMU YA ALLAH.. 30 Sya'ban 1433H.. esok dah 1 Ramadhan 1433H.. InsyaAllah.. esok akan mula berpuasa.. di kesempatan ini.. aku memohon ampun dan maaf andai tersilap kata, terkasar bahasa samada disedari atau pun tidak.. kita sebagai hambaNYA adakalanya leka dan cuai.. ampun dan maaf yang ku pohon..

memandangkan minggu last makan bersama rakan-rakan opis.. jiran sebelah meja mengidam pula bile dah dekat-dekat nak puasa ni.. maka aku cube tunaikan permintaannya.. teringin makan SPAGHETTI BOLOGNESE.. adoyaiii!! western la plak.. ada masanya tekak ni agak payah nak terima.. dari hari ke hari lain, asik tertangguh je.. bile dah dekat nak puasa, kat opis ni selalu ada agenda makan-makan.. orang bersedekah.. "orang memberi kita merasa.." kan?? kan?? dan semalam.. akhirnya.. TERTUNAI juga PERMINTAAN dia.. siap bawa anak terunanya lagi.. 

kami ke FRUITY CAKE & CAFE.. 1st time pegi situ.. tatau ape yang ada.. ni semua gara-gara rakan seopis makan bulan lepas.. maka dia teringin bila kawan tu publish kat FB gamba spaghetti tu.. banyak menu rupenya.. ada set-set.. kami ni mane lah tau.. nasib la adik manis kat situ tunjukkan.. layankan je la gamba kami di situ.. aku.. dia.. & anak teruna..

nadia & anak teruna dak akid!!
menu kami.. set lunch..

Spaghetti Bolognese
Chocolate Peanut Royal
ice lemon tea
tak cukup dengan ni.. kami tambah dengan..

Apple Strudel
Twist Doughut
donut ni.. opkos la anak teruna punya.. zoom in sikit anak teruna dan donut..

geram akid tengok donut yang gebu dan lembut tu..
abis sampai ke rambut kene gula..
nampak tak muka excited orang mengidam?? dan akhirnya..
licinnnnnnnnnn...
terima kasih puan nadia.. belanja makan.. moga murah rezeki kamu.. dan dak akid bam-bam sihat selalu..

Khamis, Julai 19

khas UNTUKMU..

Salam 1 Malaysia..

harap cuaca cerah di petang hari.. setelah hujan yang agak lebat di pagi hari.. Syukur.. Alhamdulillah.. walaupun ada sedikit rasa risau memandu dalam keadaan hujan.. entry di petang hari yang simple.. tapi bermakna bagiku.. mungkin tidak pada orang lain.. [sila tekan X jika tidak mahu membaca entry ini] :p

2 hari lepas balik keje singgah ke kedai handphone walaupun pada masa itu sebenarnya aku kebasahan.. tapi tak la lencun.. masih di cover dengan baju hujan.. singgah ke kedai handphone bukan untuk beli handphone untuk aku, tapi untuk bonda tersayang.. dah nak dekat puasa, maka handphone itu perlu untuk bonda walau hakikatnya, bonda tak nak.. telefon rumah dan setengah tahun rosak.. report dah berpuluh.. tapi tiada tindakan.. tapi tak pe la.. asal internet masih boleh guna.. layankan aje.. telefon rumah tu pun yang biasa guna bonda.. 

taraaaaaaaaa.....

simple je handphone ni..
tak perasan masa beli.. boleh dengar radio tu..
macam-macam siri dah nokia ni.. NOKIA 100
ni lah handphone bonda..
kegunaan utama handphone bagi bonda lebih pada bulan puasa.. kenapa?? opkos la.. senang aku call bonda.. mau buka makan apa.. nak masak or beli.. kan?? kan?? dan yang lain-lain tu.. senang untuk along call.. kalau tak kene tunggu malam baru boleh call.. sebab malam je aku ngan adindaku ada di rumah.. siang keje.. harap ianya memudahkan bonda.. sempat bonda berseloroh.. "nanti jangan lupa belikan bonda beg kecik untuk simpan handphone macam kamu punya.." sengih je aku.. dan menjawab.. "sabtu ni kita pegi tesco beli ya.." tergelak bonda.. aku happy bile tengok bonda happy.. moga kegembiraan ini sentiasa ada bersama kita bonda.. SAYANG BONDA SELALU!!