Khamis, November 29

minggu yang HANGAT..

Salam 1 Malaysia..

minggu yang suam-suam kuku mood untuk bekerja.. dengan cerita yang kurang enak.. ohh!! apakah.. biasa la kalau kat opis ni.. hot-hot biasanya isu internet la.. nak block itu.. nak block ini.. haishhh!! kisahnya.. bile on benda tu.. kerja-kerja tak siap ke?? rasanya.. semua clear.. tapi nape lah nak sekat-sekat sedang zaman sekarang SEGALANYA DI HUJUNG JARI.. ermmmm.. wait & see je la.. kalau nak block.. yeaaa.. aku rela melanggan apa yang patut dengan internet ni.. ohh!! tiada sedikit hiburan time keje adalah seperti ada yang tak kene 8 jam di opis.. untuk orang lain tak tau la.. tapi untuk aku.. kene ada sedikit hiburan.. paling tidak.. online radio.. cukup!

dan.. minggu ini.. banyak betul program.. banyak betul cerita.. yang HANGAT.. yang menjadi bualan untuk kaum adam.. dan ada juga kaum hawa.. 


game bermula ahad lepas.. Malaysia tewas dengan Singapura.. 0-3.. oh!! peminat sangat-sangat mengutuk.. jurulatih.. pemain.. lagi-lagi pada apek yang nak kawin.. macam-macam yang peminat tak puas hati.. adat permainan.. ada kalah ada menang.. 

malam tadi.. Malaysia menang 4-1 dengan Laos.. macam-macam pujian pagi ni.. sampai aku pun terleka dengan celoteh JOHARA sampai terlupa mendengar zikir terapi Hafiz Hamidun dalam kete.. game seterusnya.. Malaysia vs Indonesia.. ntah apa pula usalan.. komen peminat HARIMAU MALAYA.. adakah mampu MALAYSIA mengekalkan kejuaraan AFF SUZUKI pada tahun ini?? kita nantikan..

dan minggu yang agak HANGAT juga bagi..





babak-babak yang di nantikan oleh peminat novel ADAM & HAWA.. kemuncak.. jangan sampai ada yang meroyan ea.. ALAMAK!! tapi yang pasti babak yang menarik itu akan bersambung minggu depan.. ahaks!! dalam drama ni.. ada tambahan untuk watak JOHAN.. dan peminat fanatik menyampah dengan watak Johan.. ala-ala gila talak dengan AIN.. yang pasti.. ADAM & AIN dalam mood honeymoon ea.. sengih-sengih tengok cite ni dengan bonda.. angah mesti akan repeat episod minggu ni.. 1 episod pun dia tak tengok minggu ni.. tapi ada anak-anak buah pula kat rumah tu.. alamat katun memanjang je la..

jemputan majlis perkahwinan dan berkhatan sana sini.. dah duduk kawasan kampung.. tak boleh lari la kan dari menghadiri majlis.. minggu ni.. jiran depan rumah.. sambut menantu anak sulung.. minggu lepas sebelah perempuan.. dekat je.. dan untuk orang jawa seperti aku.. kenelah rewang.. tunjuk muka ni ea.. kang kate tak bercampur dengan jiran tetangga pulak.. walaupun masih anak dara.. dan hajat nak ke MAHA terpaksa aku tahan.. InsyaAllah.. panjang umur.. murah rezeki.. tahun depan boleh pegi kot.. tiap-tiap tahun ada kan??


makanan untuk pengantin mesti masak special kan?? abis ke pengantin makan?? eh! pasti tak.. bersopan santun pengantin makan kan.. yang makan lebih-lebih.. orang sebelah-sebelah pengantin la kan.. dan budak-budak kecik yang tukang angkat gelas dan pinggan.. kalau kat kampung la.. mane pakai katering kan.. masak gotong royong.. tu la istimewanya duduk di kampung.. apa yang penting.. kerjasama.. meriah.. SELAMAT PENGANTIN BARU REZA & PASANGAN..

nota blog : menghitung hari untuk berehatkan diri bersama keluarga tersayang di sana..


Jumaat, November 23

Hari 'Asyura..

Salam 1 Malaysia..

Salam Jumaat yang indah dengan sinaran matahari yang menyinari.. Syukur.. Alhamdulillah.. masih bernafas di bumiMU ini Ya Allah.. masih berkesempatan menatap wajah-wajah insan tersayang di pagi hari.. namun jauh di sudut hati terasa rindu pada arwah abah.. 10 tahun meninggalkan kami.. Al-Fatihah..

sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu.. walaupun aku terasa ralat sangat hari ini.. bangun pagi yang terlewat.. sedar-sedar azan subuh.. niat di hati ingin berpuasa Hari 'Asyura.. 9 & 10 Muharram.. sebab hari ni masih bekerja.. boleh nak puasa 10 & 11 Muharram.. tapi hari cuti sabtu dan ahad.. banyak jemputan majlis perkahwinan.. kalau buat hari ni dan esok.. masih terkawal lagi.. tak de rezeki tahun ni.. cuba buat puasa sunat yang lain.. InsyaAllah..

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)



 sumber dari : FB Kumpulan Media Karangkraf

nota blog : Ya Allah.. KAU lembutkanlah hatiku ini untuk terus memperbaiki diri untuk taat kepadaMU Ya Allah..

Khamis, November 22

KELU untuk berkata..

Salam 1 Malaysia..

petang yang agak suram di luar sane.. baru nak bersiaran.. dah lewat petang pun kan.. mood masih terumbang ambing.. debaran di dada makin berkurangan.. Syukur Alhamdulillah.. agak tersentak bile pensyarah komen di status FB menyatakan tanda-tanda sakit jantung.. kebelakangan ni aku perasan ada masanya jantung ni berdegup laju.. berdebar-debar.. Ya Allah.. InsyaAllah.. aku akan buat medical checkup.. cume sekarang masih tak punya kekuatan untuk buat medical checkup.. atau debaran ini tanda sekeping surat tiba semalam di rumah.. aku selalu cam tu.. kalau ada sesuatu yang akan terjadi.. pasti ada debaran yang tak menentu..

surat yang aku tunggu selama 2 minggu selamat tiba.. apakah?? ha.. cerita pegi cameron highland la ape lagi kan.. speed tak ingat kot sebab di waktu pagi yang tenang.. meluncur laju si kura-kura tanpa disedari melebihi had laju.. eh! bukan aku yang drive.. nak buat macamana kan.. dah buat salah.. terima la dendanya kan.. OH!! AES.. flash kamera dia kuat betul.. bayangkan dalam waktu 7 pagi tetibe kami terkena flash seperti ada petir di depan.. memang terkejut.. nasib la tak de kereta lain waktu tu.. terus si driver slow down tekan minyak.. masing-masing berpandangan.. lidah kelu untuk bersuara.. suasana yang sunyi di dalam kereta.. si driver sengih-sengih.. spontan aku bersuara.. "dah terkena".. 

surat cinta dari AES

bersiaplah simpan duit nak melayang ni.. bayar kat jpj atau mahkamah je.. balai polis tak boleh.. ada sedikit ketakutan di situ.. sebab.. seumur hidup ada lesen.. inilah kali pertama dapat surat saman.. nasib la bonda tak marah.. sebab dah terangkan awal-awal.. bukan aku yang drive.. fuhhh!! tapi kene kasi clear awal la.. roadtax menghampiri due.. kang haru biru pulak.. si kura-kura.. kepada kawan-kawan.. berhati-hati ya.. peringatan untuk diri sendiri sekali lagi..

nota blog : sorry awak.. saya terkasar bahasa sikit bila bincang hal saman ni petang ni dengan awak.. maafkan saya ya!! saya yang malas nak memikir hal ini.. nak selesai cepat je.. maaf ya awak..

Rabu, November 21

Wordless Wednesday : tak pasal-pasal..

Salam 1 Malaysia..






selalunya.. aku sentiasa berhati-hati bila nak menjawab phone.. asal nombor tak kenal.. memang tak angkat la.. tapi ntah kenapa.. kali ni.. bukan nombor yang keluar kat skrin handphone.. PRIVATE NUMBER.. aku boleh angkat.. dan tatau cam ne.. aku ikut je katanya.. dia mintak nombor kad atm maybank aku.. dengan rela hati bagi.. haishh!! blur!! kenapa jadi cam tu.. bile dah letak phone.. baru tersedar.. kenapa aku bagi nombor kad atm.. siap yang 3 nombor di belakang kad lagi.. Ya Allah.. dan terus bertindak call MAYBANK.. blok kad.. Alhamdulillah.. berjaya..

tak pasal-pasal.. kene buat kad lain.. dari kad atm kaler kuning.. ke kad atm buah ceri.. dan sekarang.. kad atm MU.. lain dari yang lain.. siap tanya kat kerani bank.. "dah tak de kat ceri ke.." dan beliau menjawab.. "yang ni limited edition.. nak ni ke nak ceri.." sengih-sengih aku jawab.. yang ni pun boleh la..

so.. peminat MU.. pemegang akuan maybank.. bertukarlah kad.. selagi stok masih ada.. [eh! ke kad ni dah lama.. aku je yang tak tau.. haishh!! sory kalau dah tertinggal bas ea bab kad atm maybank ni.. (^_^)]


nota blog : ini bukan WW lagi dah.. dah banyak ayat ni.. ampunkan ku kawan-kawan..

Selasa, November 20

aduhai.. anak MAK..

Salam 1 Malaysia..

sudah masuk waktu tengahari dan sebentar lagi waktu rehat a.k.a waktu makan tengahari.. hari ni tak makan tengahari sebab pagi tadi dah makan mehun sup.. masih kenyang rasanya.. kalau lapa.. makan la biskut jacob.. 

ada sapa-sapa tengok SELAMI JIWA bersama Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah dan artis jemputan Fizo Omar dan seorang tetamu perempuan.. sory.. tak ingat nama tetamu tu.. yang teringat namanya Nurul Hana.. tajuknya.. ADUHAI.. ANAK MAK.. yang best tu.. Fizo Omar memang mengaku dirinya anak mak.. program selami jiwa ni memang aku suka tengok.. walaupun setengah jam.. tapi kali ni.. musim kedua ni.. memang seronok la topik-topiknya.. masa awal muharram pun terbaik.. tetamu yang di jemput oleh Dato' semuanya ada kisah tersendiri dengan tajuk pada musim ini..


macam-macam kerenah juga sape merasakan dirinya anak mak.. dan yang utama mesti orang akan kate.. MANJA.. tu salah satu la.. bagi Fizo.. banyak kepada tanggungjawab.. suka la cara dia bercakap pasal isu ni.. dengan usikan Dato' buat kami yang menonton di rumah pun tergelak.. lagi-lagi bab JODOH.. Dato' ada juga menyelitkan doa untuk melembutkan hati anak mak.. "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir " baca dan hembus pada orang yang berkenaan.. gamba kat handphone pun boleh.. dengan niat yang betul ya.. jangan niat lain pulak.. banyak ilmu yang aku dapat dalam menonton program SELAMI JIWA ni.. terbaik!! 

nota blog : TAHNIAH!! kak cik.. dapat 1A 2B 2C.. Syukur.. Alhamdulillah.. harap lepas ni belajar rajin-rajin lagi ya.. target PMR pulak 3 tahun akan datang..

Isnin, November 19

gadis dan.. BUNGA..

Salam 1 Malaysia..

5 Muharram 1434H.. cuaca yang sejuk hari ini.. rasanya sampai ke petang.. memandangkan sejak subuh tadi hujan gerimis.. dan sewaktu entry di taip.. langit gelap seperti waktu maghrib.. dan gerimis halus.. dan sejuk.. mesti rasa lapar kan?? kan?? haishh!! makan lagi.. bile sejuk.. teringat kenangan di cameron highland.. sambung part 3 cerita di sana.. sebagai kenangan..

membelek sakan bunga di sana.. tapi 1 pun tak beli.. yang di beli kaktus.. 6 pasu kecik 10 hengget.. bahagi 3 orang.. sorang 2 pasu.. hero?? opkos dia tak nak kan.. nanti cuti panjang dia nak bawa gepren dia plak.. ni dah bawa kami.. beruntung la juga.. ada pilot.. kalau tak.. jangan harap la bonda-bonda kami lepaskan kami ke cameron highland.. mekasih pilot.. next time nak bawa kami ke mana??

gadis dan bunga.. wahh!! sakan posing je.. layan pict kami yang tak seberapa ni.. dengan gaya yang ntah apa-apa.. yang penting.. HAPPY..

opss!! 18sx sudah!! gaya si pink ni.. buat gelak je.. kami bile beraksi.. cam ni la gamaknya.. sampai tukang snap gamba jenuh tunggu aksi kami yang ntah apa-apa..

beberapa keping gamba yang sempat di snap untuk kenangan..

suka pict ni!
dan last aksi..


gadis dan bunga.. tak dapat di pisahkan bile bertemu.. tapi bab nak menjaga.. haishhh!! aku sangat kurang rajin.. siram ok.. tapi bab nak bagi baja.. trim-trim.. mak aiii.. sangat MALAS.. teringat kata adinda.. "memang sesuai la beli rumah pangsa.. tak yah tanam pokok-pokok sangat.." yea!! tu semamangnya.. tanam untuk cuci mata saje.. (^_^)

kalau rajin.. update entry ke pasar cameron plak.. kalau rajin.. kalau tak.. berakhir di sini saje kisah cameron highland.. sekadar cuci mata di sana.. next trip rasa cam nak ke legoland.. tapi kalau tak tercapai.. nak ke belah selatan juga.. harap boleh la tertunai hajat di hati..

nota blog : berapa A la kak chik dapat ea dalam keputusan UPSR hari ni?? harap sesuatu yang menggembirakan hati ayah dan mak.. InsyaAllah..


Jumaat, November 16

kami.. dan.. STRAWBERRY..

Salam 1 Malaysia..

hari kedua di bulan Muharram 1434H.. perasaan masih tak menentu.. risau.. mengenangkan bonda tersayang yang tak berapa sihat.. lepas demam.. terjatuh pula di dapur.. semalam bawa pegi berurut.. malam tadi mengadu sakit 1 badan.. Ya Allah.. KAU berikanlah ibu ku kekuatan dan kesihatan tubuh badan Ya Allah.. KAU permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah.. bila bonda tak sihat.. sejujurnya.. aku sangat-sangat susah hati.. tiada lain di hati ini setelah pemergian abah tersayang.. hanya bonda tempat ku menumpang kasih.. love u bonda so much!!!

today.. wah!! omputih la pulak.. nak sambung entry cuti-cuti Malaysia aku.. yang tak seberapa.. part 1 dah aku cite.. ni part 2 pulak ea.. kami di BIG RED STRAWBERRY FARM.. bersantai-santailah kami di atas bukit.. baru terasa sejuknya walaupun waktu tu.. dekat pukul 1 petang ya.. dah la parking sikit punya tinggi di lereng bukit.. nasib bukan aku yang drive kete.. kalau tak.. haishhh!! memang jenuh mendaki la kawan-kawan.. HERO sorang tu la yang pikul tanggungjawab menjaga kami 3 anak dara ya.. TQ ya!! moh la.. layan gamba kami yang ada rasa cam kanak-kanak riang di saat itu..

welcome.. welcome.. 


pokok strawberry yang tak bape nak menggeramkan..

tak banyak buah yang ada pada pokok-pokok strawberry masa lawatan ari tu.. cam tak puas hati gak sebetulnya.. tapi apakan daya.. layan yang mane ada la kan.. nak ke tempat lain.. kaki dah terasa lenguh mendaki di ladang teh.. tu la.. rajin sangat buat senaman.. (sebaliknya ya kawan-kawan).. 

buah pun tak menggeramkan.. kecik-kecik je..

dan ada gak tanaman sayur-sayur kat sini.. antaranya.. namanya je aku kurang tau.. tapi menggeramkan tanaman ini..

cantik kan?? salad ape ntah..

ni ntah apa namanya.. daun cam keras sikit..

yang ni macam yang salad mula-mula tu kot.. warna je yang beza..

yang ni je yang tau.. sebab ada tag ya.. PARSLEY.. 

dan yang terbaik dari ladang.. ni la dia..

eskem malaysia.. strawberry.. 1 batang singgit ya.. nyum! nyum! nyum!

dan... amat rugi kalau tak makan benda ni di sini kot.. ala-ala Dato' Siti Nurhaliza & Dato' K ni.. STRAWBERRY COKLAT..



mabeles!! tak puas makan.. buat kat rumah tak same pulak.. lihatlah jari kami berempat.. pelbagai saiz dan warna.. ahaksss!! 

wah!! entru penuh dengan gambar pulak kali ni.. kenangan 2012.. tahun depan.. dah berkurang klik kami.. tapi harap hubungan persahabatan akan berkekalan ya.. InsyaAllah.. kalau rajin.. akan menyusul entry part 3 cuti-cuti malaysia kami.. zassss!!!

sebelum tu.. gamba kanak-kanak riang kami yang tak sedar diri.. tersenyum sendiri bile tengok gamba ni.. sebagai kenangan kami di sini..

 

Rabu, November 14

CUTI punya cerita..

Salam 1 Malaysia..

sedar tak sedar.. hari ni.. hari terakhir di tahun Hijrah.. 29 Zulhijjah 1433H.. esok.. 1 Muharram 1434H.. Ya Allah.. pantasnya masa berlalu.. sebulan setengah untuk tahun Masihi pula.. banyak mana amalan yang telah aku lakukan.. banyak mana dosa yang telah aku lakukan.. merenung kisah-kisah hari yang berlalu..

semalam.. CUTI.. Deepavali.. dan sepeti biasa.. bila cuti.. segala aktiviti di rumah.. cam biasa la.. orang pempuan kan.. kalau cuti.. ada je benda nak buat.. satu.. satu.. dan akhirnya tak sedar dah tengahari.. masuk dapur pulak.. masak menu tengahari.. semalam masak lauk simple je.. sup ayam.. nasi putih.. sambal kicap.. dah.. lagi pun.. BONDA tak sihat sejak isnin petang tu.. badan suam-suam je panasnya.. lepas maghrib bawa bonda ke klinik.. tinggi gak suhunya.. Alhamdulillah.. dah kebah sikit pagi tadi sebelum pegi keje.. kalau tak.. asik memikir je bonda cam ne.. ni lega la sikit.. sebab adinda cuti 1 minggu.. sakan company dia.. cuti Deepavali + Awal Muharram.. senang hati sikit.. ada orang kat rumah..

aktiviti semalam.. tak kemana pun.. lepas zohor.. dalam kul 2 petang.. bawa kura-kura mandi.. fuhhh!! dengan cuaca yang tak menentu.. sebulan lebih gak tak mandi ea..

kasi shampoo.. kasi mandi si kura-kura.. dah boleh tulis nama kat badan kura-kura..

sesi mengelap.. ala kadar je kat kedai ni.. tapi ok la dengan harga kan.. RM8.. cuci + vakum dalam..

dah kat rumah.. kasi wangi pulak.. spray dalam sikit.. 


si kura-kura dah berkilat.. syok!! senang hatiku.. 

tapi.. ermmm.. kita ni hanya merancangkan.. tapi semuanya Allah yang tentukan.. tak sampai setengah jam..

hujan di petang hari.. tapi apa pun.. Syukur.. Alhamdulillah.. tak la lebat sangat.. bonda senyum je bile hujan turun.. parking berbumbung tak siap lagi.. terimalah wahai hati.. si kura-kura mandi lagi.. lepas hujan rede.. tenung-tenung si kura-kura.. nasib tak kotor mane.. malas nak lap-lap.. biarlah dia.. asal tak comot macam sebelum mandi dah la..

petang tu.. sebelum maghrib.. pegi petik pula pelam epal.. dah banyak yang tua-tua.. kang tak perasan.. abis jatuh busuk je.. musim hujan ni tak bape nak rajin ke pokok pelam tu.. dapatlah 10 biji petang tu.. yang pagi.. adalah dalam 6 biji.. kat pokok ada la sikit-sikit lagi.. rezeki kawan-kawan opis hari ni.. bawa pagi tadi bagi kawan-kawan rasa.. masam manis..


geram tak?? bulat-bulat.. pokok ni kat tepi jalan.. asal orang lalu je.. singgah petik.. tak pe la.. sedekah buah.. nak sedekah duit.. tak bape nak ada kan.. sikit sama rasa la kan.. moga murah rezeki lagi lepas ni.. Amin..

nota blog : moga bonda makin sihat hari ni.. selagi tak kebah demam tu.. selagi tu la aku dalam kerisauan.. Ya Allah.. KAU berikanlah kesihatan tubuh badan kepada bondaku Ya Allah..

Isnin, November 12

nun mengHIJAU..

Salam 1 Malaysia..

12 November 2012.. YEAH!! cuti persekolahan bermula.. maka dengan ini.. jalan raya di waktu pagi sangat lengang.. dengan senyuman di pagi.. sambil mendengar radio era.. mood bekerja pun baik-baik saje.. sampai di opis pun.. parking kete tak banyak kereta.. haishhh!! mereka bercuti juga ke?? jeng! jeng! jeng!.. al maklum.. kan minggu ni.. keje 3 hari.. 2 hari cuti.. selang-selang pulak tu.. kalau ikutkan kehendak hati.. mau je aku cuti.. tapi apakan daya.. cuti tinggal 8 hari je lagi.. maka.. ku tahan napsuku untuk bercuti..

entry sepatutnya di publish minggu lepas.. tapi tak berkesempatan transfer gamba dalam pc.. 03 November 2012.. di awal subuh hari.. bergerak menuju ke tanah tinggi cameron highland.. tak tido sane pun.. balik hari je.. saje jalan-jalan cuci mata.. kunun nak bergerak kul 5 pagi.. alih-alih.. dekat kul 6 gak bergerak.. ambik orang di sana.. ambik orang di sini..  baru gerak.. berenti sekejap di area rawang.. untuk solat subuh.. dan terus bergerak hingga ke tapah.. 

lokasi pertama.. ceh!! macam banyak lokasi je.. padahal.. 3 je lokasi yang di tuju.. opkos la.. LADANG TEH.. wah!! syok!! syok!! menghijau.. betul-betul FRESH mata ni.. se awal pagi.. rasanya dalam pukul 10 dah sampai ke ladang teh.. kereta pun tak banyak lagi.. bas ada la 3 buah bas.. kesemua bas tu datangnya dari MUAR.. budak-budak sekolah bersama cikgu.. sonok bukan main mereka.. kami tumpang tengok ragam mereka je la.. 


di sini.. segalanya bermula..


 segar cahaya matahari menyinari pagi kami..

CAMERON VALLEY 

dan seterusnya.. pemandangan yang sangat menyegarkan mata.. Ya Allah.. betapa indahnya ciptaanMU ini.. Syukur.. Alhamdulillah.. masih di kurniakan nikmat melihat ciptaanMU..

dari atas tempat parking kereta..

dari tempat bersantai sambil minum teh..

betapa indahnya.. mengHIJAU..

sangat suka gambar ni..

zoom in sikit daun teh..

dan.. sedikit aksi kami yang tak seberapa..


baru terperasan.. dua keping gamba kami aksi ala-ala cam nak terbang.. MOTIP?? apa pun tak boleh!! asal kami HAPPY di sana..

esok cuti ya kawan-kawan.. HAPPY DEEPAVALI kepada yang beragama Hindu.. kemana ya esok??? (sambil garu-garu dagu yang berlapis-lapis..)

nota blog : bile pulak nak sampai Cameron lagi ni.. ermmmm...


sambung part seterusnya..

Selasa, November 6

TEKAK punya ragam..

Salam 1 Malaysia..

dari minggu lepas cuaca yang sejuk.. dingin.. cam kat tanah tinggi pulak.. sedap je tido malam.. tak yah idupkan kipas.. nyaman sekali.. tapi tu la.. hujan yang ada masanya lebat sangat.. siap dengan petir.. guruh.. sabung menyabung.. seram.. takut.. dengan air naik.. mana yang tanah rendah.. pasti banjir.. nasib la arwah abah tambak tanah tapak rumah tinggi.. sama tinggi dengan jalan.. kalau jalan dah naik air.. kene la berjaga-jaga.. 



bile dah cuaca sejuk.. damai.. tenang ni.. mula la.. aktiviti hujung minggu.. lepak depan tv.. makan.. golek-golek.. tido.. bangun.. makan.. haaaa... cam tu je la.. nak keluar.. sangat la malas.. masak seawal pagi.. lepas tu.. yehaaaaa.. aktiviti yang sangat membahagiakan.. santai di depan tv bersama bonda.. sangat HAPPY.. sambil tengok tv.. sambil kodek HP.. apa lagi.. FACEBOOK.. sekali terpandang 1 status pasal DURIAN CREPE.. tanya punya tanya kat status tu.. ada yang tak berbooking lagi.. wah!! lama dah teringin makan ini benda.. cari-cari yang jual dekat-dekat area klang.. payah gak nak dapat.. sekali ada ni.. korbankan waktu la pegi beli dan ambik.. di Rantau Panjang.. Rantau Panjang, Klang ya.. bukan Rantau Panjang, Kelantan..

sekali bonda ajak pegi barang dapur pula.. ha.. senang la.. sekali jalan.. tapi kene ambik DURIAN CREPE dulu la.. baru soping barang dapur.. kali ni keluar berdua dengan bonda.. adinda pegi date!! nyampah!! dia dah tengok SKYFALL 007 tak bawa aku sekali.. tak pe.. esok cuti.. nak pegi.. sorang-sorang pun.. sorang-sorang la.. esok bawa bonda checkup.. cuti merehatkan badan & mau cuci mata.. ahakss!! akhirnya.. dapat juga aku merasa DURIAN CREPE ni.. tadaaaaaaaa

buka je penutup dia.. semerbak bau durian.. fuhh!! makin tak sabar nak makan.. tapi tahan nafsu sikit.. nak bagi sejuk.. kakak tu pesan makan ketika sejuk-sejuk.. baru nikmat.. 5 ketul dalam 1 bekas.. RM10.. aku beli 2 bekas..

nampak gebu tak?? sangat gebu.. sekali NGAP!! perghh.. nikmatnya.. dengan sejuk-sejuk.. gigit perlahan-lahan.. menikmati.. setiap gigitan..

tengok!! krim dia.. menggebukan dan menyedapkan gigitan..

nampak tak durian tu.. melekat betul la rasa durian tu.. D24 kot.. telan je la.. yang PASTI.. SEDAP.. MANTOP!!

gara-gara dah merasa.. semalam order lagi durian crepe ni.. 2 bekas lagi.. penangan betul la.. makan rasa puas.. lepas tu.. dah ok dah.. semua ni gara-gara kawan lama publish di FACEBOOK.. aku TERGODA.. haishhh!!!