Isnin, Oktober 15

kelahiran OKTOBER..

Salam 1 Malaysia..

dah petang bru nak bersiaran.. hari ni badan tak berapa nak sihat.. gagahkan diri juga ke opis.. gara-gara petang jumaat lepas ada keje tak setel lagi.. kalau tak.. mau aku MC.. sakit sangat rasa perut ni.. dah lama tak jadi cam ni.. ujian untuk ku.. 


bulan OKTOBER.. bulan yang aku nantikan.. pasal ape?? usiaku akan bertambah lagi.. haishh!! makin tua.. tapi orang kata.. apa ada pada nombor.. yang penting.. kehidupan perlu diteruskan selagi aku bernafas.. cube membahagiakan insan-insan yang bermakna pada diriku.. dan tahun ini.. ada 2 kelahiran baru.. bertambah geng la untuk meraikannya..

05 Oktober 2012 : Syukur Alhamdulillah.. ZAIRA RIZQA BT. ZAIDI selamat di lahirkan di Hospital Melaka.. Tahniah aku ucapkan kepada teman maya ku.. selama hampir 4 tahun kami berkawan secara maya.. tidak berkesempatan lagi untuk bertemu mata.. InsyaAllah.. sementara dia cuti berpantang.. niat di hati ingin bertemu sekali gus bersua muka dengan baby girl.. untuk Zaidi & Rozilawaty.. Tahniah atas kelahiran anak sulung anda berdua.. moga Zaira menjadi anak yang solehah.. sangat gebu.. ummi Zaira kecik je.. kurus tinggi.. Zaira lahir.. 3.2kg.. normal.. tak sangka aku.. ummi Zaira pun tak sangka.. kuasa Allah.. sape yang tahu.. ummi Zaira pun kelahiran Oktober.. senang la abah sambut nanti kan??


1st day Zaira Rizqa..
pipi yang kemerah-merahan..
sangat comel Zaira Rizqa..
ini ummi Zaira Rizqa.. kecik je kan..

08 Oktober 2012 : kelahiran MUHAMMAD AMEER FIRAS B. MOHD. NOR SHAHLAN melalui proses pembedahan.. Firas di lahirkan tak cukup bulan.. tapi Syukur.. Alhamdulillah.. sehingga hari ini.. berkembangan Firas sangat positif.. hanya beberapa hari bergantung sepenuhnya dengan mesin pernafasan.. sejak hari sabtu dikhabarkan telah boleh bernafas sendiri.. Firas lahir dengan berat 1.2kg.. ayah Firas pun tak berani nak pegang lagi.. moga Firas cepat besar.. sihat.. kesian ibu Firas.. ada masanya menangis rindu Firas.. cepat besar ya Firas.. Tahniah untuk Lan & Azi.. Firas masih di nicu untuk pemantauan.. aku pun tak pernah tengok Firas.. harap sangat Firas cepat membesar dan sihat..

begitulah kebesaran Allah s.w.t. kita sebagai hambaNYA hanya mampu merancang.. segala perjalanan hidup kita telah di tentukan.. hanya padaMU aku memohon.. hanya padaMU aku meminta.. ku berserah padaMU YA ALLAH..

2 ulasan:

@e_da berkata...

seronoknya tgk org dah selamat bersalin...sy masih mnghitung hari....huhu

Unknown berkata...

ummi zaira kurus tinggi? tinggi tu mesti typing error..
kikiki