Sabtu, Disember 31

sweet sour 2011

Salam 1 Malaysia..

diam tak diam.. pejam celik pejam celik.. begitu pantas masa berlalu.. 356 hari yang berlalu tidak di sedari.. 24 jam 1 hari.. 7 hari seminggu.. Ya Allah.. syukur padaMU.. aku masih bernafas di bumi MU.. 

begitu banyak dugaan.. ujian yang telah KAU berikan padaku.. untuk aku lebih dekat denganMU.. lebih kuat dan tabah mengharungi hidup ini.. mematangkan fikiran.. meningkatkan kepercayaan diri.. ujian demi ujian.. dugaan demi dugaan.. selama ku bernafas di bumiMU 30 tahun.. aku sentiasa berdoa.. agar sentiasa di berikan kesihatan tubuh badan.. tabah menghadapi kehidupan.. berdiri di kaki sendiri.. minimakan meminta pertolongan orang lain.. di berikan kekuatan hidup.. 

yang manis aku simpan buat kenangan.. yang pahit aku buang dan buat sempadan.. peritnya kehidupan 2011 mengajar aku erti kehidupan.. walau macamana susah sekali pun.. berdiri di kaki sendiri.. semoga aku terus kuat dan tabah menghadapi kehidupan yang mendatang.. teringat lagu spring.."pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran.. pahit getir yang pernah kulalui.. guruku sejati.."

Tiada ulasan: