Jumaat, April 6

KACAK.. segak.. tampan..

Salam 1 Malaysia..

sejak kebelakangan ni aku rasa la.. ni pendapat aku.. penonton akan menonton drama.. filem.. teater.. telemovie.. berdasarkan raut wajah.. terutama haruslah HERO kan.. heronya harus KACAK.. SEGAK.. TAMPAN.. ini adalah satu pekara yang penting untuk menghasilkan satu drama/filem/teater/telemovie.. kalau jalan ceritanya menarik sekali pun, kalau heronya tak menarik perhatian penonton.. mesti rating nya ala-ala suam-suam kuku.. wahh!! pandailah aku buat analisis.. (sebab aku pun adakalanya cam tu.. ahakss!!) HEROIN pun sama gak.. ni cite hero sebab kebanyakkan drama/filem/teater/telemovie ni di tonton oleh kaum HAWA.. kebanyakkan tau.. bukan memang.. ye la.. ibu-ibu di rumah yang suri rumah sepenuh masa.. bile waktu petang kebanyakkannya masa mereka di depan tv.. kebanyakkan tau.. bukan semua.. ampun kalau silap taip dan pemikiran..

dan ianya akan seperti menjadi musim.. kalau hero tu yang sedap meletop.. hero tu je.. pasan tak?? haishh!! ke aku je yang pasan.. waktu tu memang laku habislah hero tu.. meletop la senang cakap..

hero TENTANG DHIA
HERO drama/filem/teater/telemovie
 
HERO cinta buat emelda

HERO cinta elysa
APA CELOP!!
NUR KASIH..
tengah HOT.. BICARA HATI..
tidak di sangkal lakonannya.. SHAHEIZY SAM..
dan mereka semua KACAK.. SEGAK.. & TAMPAN.. bakat dan raut wajah kene seiring jika mahu ke dunia lakonan.. tapi yang penting BAKAT.. raut wajah adalah bonus.. ramai lagi pelakon yang kacak.. segak.. tampan.. kang jemu lak orang tengok entry aku ni.. MANA SATU PILIHAN HERO ANDA?? ADA TAK DALAM ENTRY NI?? peace yaw!!


Khamis, April 5

TIDAK disangka..

Salam 1 Malaysia..

masa berlalu begitu pantas.. sekejap je dah masuk suku tahun pertama.. tugas hakiki di pejabat pun dah melambak-lambak.. tak berhenti-henti.. silih berganti.. dengan program yang banyak.. dengan fail meja yang tak terusik.. macam tak cukup masa je 8 jam 1 hari di opis.. wahhh!! ayat tak boleh blah erk.. kunun sangat sibuk.. padahal sempat lagi menaip entry.. berBW ke rumah kawan-kawan.. haishhh!! BW seperti aktiviti rutin la pulak ya.. 

rabu lepas sempat menghadirkan diri ke mesyuarat 5S.. secara paksa rela terjebak menjadi kumpulan 5S.. ohhh!! sungguh aku tak rela.. kunun jadi ketua zon.. gamaknya memang habis kalah la zon aku.. dengan kertas yang melambak-lambak tersadai ni.. sape nak SISIH.. SUSUN.. SAPU.. SERAGAM & SENTIASA AMAL?? harap ahli zon sama-sama bantu membantu ya.. melalut sudahhh!!

TQ cik google..

 tajuk cam ape.. blank!! kisahnya ada insan bermurah hati memberi kad prabayar.. Ya Allah.. syukur.. macam tau-tau je kredit nak abis.. ahakss!! terima kasih la banyak-banyak.. bukan RM30.. malah RM60.. tapi teringat pepatah.. TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA.. pokok pangkalnya KEIKHLASAN.. moga kamu sentiasa dimurahkan rezeki.. 

jutaan terima kasih.. kepada yang memberi..
nota blog : minggu ni aku jarang berBW ke rumah kawan-kawan.. 1 hari sekali je.. sesi petang untuk berBW tidak punya waktu.. aik! cam gaya cakap orang indonesia pulak..

Rabu, April 4

Wordless Wednesday : Pokok Apa?

Salam 1 Malaysia..


korang panggil pokok tu pokok apa? aku panggil pokok tanduk rusa..