Selasa, April 3

DAK AKID masuk opis..

Salam 1 Malaysia..

Jumaat lepas Akid Nafiz a.k.a dak akid anak kepada Puan Nadia masuk opis.. keje half day ok.. dak akid ni.. dari pukul 7 lebih dia dah ada kat opis.. ibu akid bawa akid sebab nenek akid ada checkup kat hospital.. aku datang pun agak lewat dari kebiasaan.. tapi masih belum pukul 8.00 pagi.. sebab subuh tu hujan yang lebat.. sampai KLANG DILANDA BANJIR KILAT.. masuk opis elok je dak akid ni duduk atas meja.. dengan tak mandi lagi.. ahaks!! masham la dia.. senyum je dak akid ni.. shomel!!

habis 2 department menyakat dia.. dari department aku ke admin deparment.. aku ingat dengan semua orang dia nak.. rupanya ada gak dengan orang dia tak nak.. oh!! masih selamat kamu nadia.. dia menangis semahu hati bile di dokong dengan orang yang dia tak nak.. selamat!! dak akid sempat lagi tido 1 round kat opis.. lame gak dia tido.. sejam lebih.. siap bawa tilam lagi kamu dak akid.. nyaman tido bilik ber aircond.. bangun tido je dia meragam.. lapo.. aku sempat snap bape pict dak akid yang shomel ini.. zoom in!!

meraung bile kene tinggal.. time ni akid baru bangun tido..
dalam dakapan ibu.. sesi memujuk..
abaikan pemandangan dibelakang itu..
wajah nampak tenang.. 
sengih bile letak di sofa..
mulut yang cute!! nak cakap ape la tu..
tengok apa tu sayang??
ish!! tak moo geget burung tu..
burung tu la permainan akid bila datang opis ibu..

walaupun seketika akid bersama aku.. sonok layan keletah dia.. tak reti duduk diam.. nak explore je keje dia.. sampai ibu geram tutup pintu.. abis dia menangis.. nanti dak akid datang opis ibu lagi ya!! 




Isnin, April 2

HARUS fikir..

Salam 1 Malaysia..

TODAY IS MONDAY.. jangan MONDAY BLUES ya kawan-kawan.. biasa lah.. agak sinonim kini dengan monday blues.. ceria-ceria selalu!!

hari Jumaat memang menjadi kebiasaan bagi aku akan pergi ke pasar petang di batu belah selepas waktu kerja.. on the way balik rumah.. kalau dah pergi pasar tu, mesti yang di beli barang-barang dapur kan.. aku biasanya beli ikan dan sayur.. stok 1 minggu.. dah bonda je yang kat rumah bile kami keluar bekerja.. jadi aku memang dah siapkan bekalan 1 minggu.. tak nak bonda pergi kedai sendiri.. risau.. baik siapkan apa yang patut untuk dimasak dalam peti ais.. 

masa aku sedang memilih ikan, ada seorang wanita menegurku.. sekali aku pandang, Ya Allah.. kawan lama semasa bersekolah menengah.. tetibe dalam kepala berfikir.. masih ada orang kenal aku.. ahaks!! mula la pasan muka tak berubah.. haishhh!! jangan pasan awet muda udah.. ada sedikit kedutan di kelopak mata ok.. nampak tak.. usia makin meningkat.. bual-bual kosong dengan kawan tu.. sementara makcik penjual menimbang dan mengira berapa harga ikan yang aku beli.. soalan biasa yang akan diutarakan padaku.. "dah kawin??" adehhh.. soalan yang adakalanya aku berkisah.. dan adakalanya aku tak berkisah.. dan jawapan ku.. "belum.." dan dia bertanya lagi.. "bile?" dan aku menjawap.." tak tahu lagi.. belum bertemu.." dan dia bertanya lagi.."kene fikir.. jangan biarkan je.." dan aku hanya mampu tersenyum.. 

adakah aku tak berfikir?? hanya orang tak normal bagiku yang tak berfikir dengan usiaku yang telah masuk 3 series ni.. tapi tak kan aku nak berfikir secara berterusan?? nanti semua keje tak jalan kalau asik fikir jodoh.. dan orang tak normal je yang akan berkata tak nak kawin.. betul ke?? untuk diriku.. aku tidak sesekali menolak jodoh.. menutup pintu hati.. tidak berusaha.. tidak berdoa.. aku rasa semua tu aku tetap dan masih lakukan.. cuma mungkin Allah masih belum mahu aku bertemu dengan jodohku.. mungkin aku belum cukup berusaha.. belum cukup berdoa.. pada Allah s.w.t. dan aku percaya, setiap yang berlaku itu.. PASTI ADA HIKMAH yang tersembunyi..

mengeluh?? aku rasa dengan usia sebegini bukan masanya untuk mengeluh.. mengapa Allah masih belum temukan ku dengan jodohku.. berfikirlah secara insan yang matang.. Allah berjanji pada umatnya setiap makhluk yang dijadikan berpasang-pasangan.. JANJI ALLAH PASTI.. harus percaya..

buat masa ini.. bukan aku tak berfikir mengenai jodoh.. aku tetap akan berusaha.. berdoa.. biarlah Allah yang menentukan.. siapa jodohku.. 1 hari nanti InsyaAllah.. ada yang sudi melamarku.. bukan harta.. rupa paras yang aku pandang.. cukuplah bagiku insan itu mampu membimbingku ke jalan Allah s.w.t. menerima diri ini dan keluargaku seadanya.. sedap mata memandang.. punya pekerjaan yang tetap dan punya sikap ingin berdikari.. dulu pernah terfikir.. alangkah indah kalau aku dapat berkahwin dengan anak yatim piatu.. tak perlu memikirkan pulang ke kampung bila hari raya.. tapi bila usia makin meningkat.. makin matang.. jauh atau dekat bukan faktor yang penting.. kan?

sekarang aku hanya buat mana yang perlu bagiku.. keperluan untuk di masa akan datang.. sebagai contoh keperluan masa akan datang dengan adanya rumah sendiri.. kenderaan sendiri.. kewangan yang stabil.. peduli apa orang kata.. " senang lah nanti suami kamu.. semua kamu dah ada.." itu bukan kata-kata yang melemahkan aku.. bagiku semua itu adalah satu keperluan.. dan bukan manusia mampu tunaikan kehendak hati kita.. lebih baik bersiap sedia dari sekarang.. HIDUP INI LENGKAP MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN.. give and take.. walau apa yang terjadi, hidup harus diteruskan.. pandanglah wajah insan-insan yang tersayang.. walau apa juga dugaan.. kecil atau besar.. setiap insan punya dugaan dan ujian hidup.. selagi jantung berdegup.. selagi nafas belum berakhir.. kehidupan perlu di teruskan.. PERCAYA QADA' & QADAR.. BE HAPPY!!






Ahad, April 1

MARATHON..

Salam 1 Malaysia..

selamat pagi ahad kawan-kawan.. apa rancangan kawan-kawan hari ni?? ada jemputan kenduri kahwin? atau mau bersantai bersama keluarga tersayang? hari ni aku tiada rancangan nak kemana-mana.. nak duduk rumah je.. merehatkan badan.. badan terasa letih.. bahu pulak bengkak kene geget semut terbang.. tak perasan pun, tahu-tahu bengkak dan keras.. dah sapu minyak panas, harap ok la hendaknya..

hari ni mau marathon tengok filem online.. niat di hati mau tengok cerita CINTA KURA-KURA.. BUNOHAN..  & CHANTEK.. tu pun kalau berkesempatan.. semalam dah tengok cerita 7 PETALA CINTA.. ok la bagiku.. bukan selalu di Malaysia ada filem berunsurkan islamik.. kalau cerita hantu tu.. banyak la.. 7 Petala Cinta ni hari tu aku bercadang nak tengok kat panggung.. alih-alih musibah datang melanda.. adinda kemalangan.. tak de sape nak temankan.. maka, tengok online saje la gamaknya..


SINOPSIS 7 PETALA CINTA :
Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA.
ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.
Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.
Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar.
Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?



nota blog :apa nak masak tengahari ni erk?? ada cadangan untuk menu hari ini??