entry khas untuk ibu-ibu.. bakal ibu.. untuk wanita.. entry yang simple.. cuma nak share saje..
AYAT-AYAT AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG
# Surah Al-FatihahMerupakan penawar mujarab bagi segala penyakit dan terpelihara dari keguguran. Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan bayi yang dilahirkan serta memudahkan perjalanan kehidupannya sentiasa dirahmati Allah SWT.# Surah Al-BaqarahMendapat yang terbaik serta menghindari bala, terutama di saat-saat melahirkan. Bayi yang dilahirkan akan mempunyai hati yang terang, berkeyakinan tinggi dan patuh kepada Allah SWT.#Surah Al-BurujTerhindar dari kebimbangan dan was-was, serta untuk ketenangan ibu semasa melahirkan anak.#Surah Al RaafMemudahkan ketika bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, serta patuh kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.#Surat TaubahUntuk membersihkan jiwa anak yang dilahirkan dan terpelihara daripada maksiat, serta dilindungi daripada menghadapi bala.#Surah YunusMujarab untuk selusuh supaya senang melahirkan anak, menghilangkan darah gemuruh dan menghindari sihir ketika hamil,. Anak yang bakal dilahirkan juga akan menjadi penyabar, bersopan santun dan cerdik pemikirannya.#Surah An-NahlUntuk melahirkan anak yang berdisiplin dan memudahkan bersalin dengan selamat.#Surah Al-IsraaSupaya memperolehi anak yang soleh, terpelihara dari gangguan jin, rajin beribadat serta sentiada di dalam kegembiraan.#Surah As-Syu'araMenghilangkan ketakutan dan keletihan serta menjadi penawar bisa.#Surah FusilatAnak dan ibu sentiasa terpelihara keimanannya dan takwa kepada Allah SWT.#Surah AnkabutPenawar demam, malas serta boleh mengubati sihir.#Asma Ul-HusnaUntuk mendapat anak yang soleh/solehah serta sentiasa mentaati kedua ibu bapa.yang baik datangnya dari Allah SWT.. yang buruk datangnya dari diri ini..
4 ulasan:
akak tak mengandung tapi dah rupa orang mengandung leh tak gunakan..
bagus entry nie..
ilmu yg bermanfaat . mueheheh :)
tips yg bermanfaat ni..
Catat Ulasan