Isnin, Ogos 19

ZIARAH menziarahi..

Salam 1 Malaysia..

MONDAY BLUES?? oh! ada sikit.. 2 hari yang agak letih.. selagi tak abis menziarah dengan kata lain.. beraya di bulan Syawal.. selagi tu la enjin kereta bergerak.. program yang penuh.. beraya.. beraya.. dan beraya.. tu belum lagi dengan jemputan OPEN HOUSE.. dah mula dapat jemputan minggu lepas.. tapi masa tak mengizinkan.. InsyaAllah.. ada masa terluang sikit.. cube di selitkan..

2 Syawal.. petang lepas zohor baru beraya.. kita yang muda harus menziarahi yang tua.. beraya la senang cakap.. arwah abah ngan bonda memang dah ajar kami adik beradik.. ke rumah nenek.. atok sedara itu perlu.. rumah pakcik makcik juga.. jiran tetangga.. sampai la sekarang walaupun adik beradik ada yang dah kawin.. kami akan bergerak beramai-ramai.. cehhh!! macam ramai betul.. 3 buah kereta je pun.. macam banyak betul gaya ceritanya.. ahakss!!

kalau tak dibudayakan.. memang ziarah menziarahi di bulan Syawal akan dilupakan.. masih ingat pesan arwah abah.. jalan dilupakan.. bukan selalu pun.. bulan Syawal ni je la banyak berjalan menziarah.. kalau hari biasa.. kalau ada jemputan kawin baru la sampai.. masing-masing sibuk.. zaman sekarang ni.. 

banyak rumah juga dapat.. sebab memang dah plan.. kawasan beraya.. kampungku.. kampung sebelah.. yang jauh.. raya ke 4 baru gerak.. sebab raya ke 3 mau balik kampung.. kene gerak pagi.. Alhamdulillah.. mencapai target.. nasib la si kecik DAMIA tak meragam.. risau gak dak tecik tu.. mane nak tau.. tak selesa.. dari jiran depan rumah, nenek sedara.. atok sedara.. pakcik.. makcik.. tertunai hajat menziarah.. dan harus pergi.. rumah atok yang mengajar mengaji.. masih ingat kami anak didiknya.. cuma pendengarannya saje agak kurang.. ingatan masih kuat..

seronoknya time raya ni.. dapat jumpa saudara mara.. jauh atau dekat.. kadang kita pergi rumah saudara kita, terserempak dengan saudara kita juga di rumah tu.. jadi riuh bila dapat berborak.. tu yang seronok tu.. tapi awal-awal dah bagi tau dengan along.. angah.. bonda.. paling lama 20 minit je 1 rumah.. bukan apa, nanti tak sempat nak ke rumah lain.. al maklumlah.. keluarga agak besar di sebelah bonda..

sekadar gamba hiasan.. sebab tak masak lagi.. longan ni.. 
kalau masak kompom dah tak nampak.. kat rumah sepupu bonda.. 
monyet pun minat dengan buah ni..

retis nak posing gak.. ahaksss!! sangat pasan ok.. saje buat kenangan 2 Syawal 1434H..


macam kembar tak kami?? walaupun dah besar.. mesti setiap kali raya ada sepasang baju kami sama.. cam zaman kanak-kanak.. hero sorang tu.. rajin pulak dia bergamba tahun ni.. dari raya pertama.. sampai raya ke 6.. mesti ada gamba dia walaupun sekeping.. layankan je hero sorang tu.. selagi nak bergamba.. zassss.. jumpa di entry balik kampung.. hohohoho

4 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam AH..betul tu..kita yang muda menziarahi yang lebih tua..acik pun macam tu..rumah2 abang semua kena pergi..yang tak pergi rumah adik2 ipar..adik2 suami..dia yang tua menunggu adik2 dia datang..adik2 dia pulak..tunggu dia datang..kesian jugak acik tengok tak jumpa adik beradik sendiri raya2 ni..

JunAina berkata...

Raya pertama di temat akak hujan lepas tu rumah mak jadi port saudara-mara datang beraya, asal nak gerak keluar sahaja ada je tetamu yg sampai.

Cho Zila berkata...

ziarah menziarahitu ler mesti diamalkan.. kot tak hari raya susah kita nak berjumpakan...
memang baguihler dah besarpun sedondon..

LYAfrina berkata...

lya pon pling x sabar tugu syawal..sbb time ni la kt blh bkumpul n bjumpa smua org..paling pting blh bmaafan..

salam aidilfitri
maaf zahir n batin