Isnin, September 10

sama tak??

Salam 1 Malaysia..

apa macam mood hari ni?? MONDAY BLUES?? oh!! penyakit lama aku muncul kembali.. BERMALASAN.. adehhh.. kalau penyakit ni dah menyinggah.. memang abislah.. tapi opkos tak boleh ikut rentak M ni kan.. kalau tak.. hahahaha.. sure semua keje tertangguh.. kang binggit telinger ni menahan orang bertanya keje tak jalankan.. tapi rasanya.. ramai yang masih mood raya.. selagi tak abis raya.. ahaksss!! mood bekerja aku ni.. masih berlegar-legar di angkasa kot.. malas betul.. tapi kene lawan gak!! chayok!!

kisah raya pun aku tak buat kat blog ni.. haishhh!! mula dah.. blog bersawang.. kawan-kawan.. tolong buangkan sawang erk!! jangan tak jenguk blog daku udah le.. tapi kalau tak de entry baru.. sape nak singgah kan.. cuba yang terbaik gak.. supaya blog tak di lupakan.. 

banyak sangat membebel ni.. bosan kang kawan-kawan.. khas untuk kawan-kawan blog.. taraaaaaaaaa....

SAMA TAK MUKA KAMI??
comel tak baby boy tu?? ada rupa aku tak?? ahakss!! ni anak kawan baik aku masa sekolah rendah hingga ke menengah.. lepas SPM.. berpisah sementara.. aku nun di utara.. dia tetap di selangor.. tapi sentiasa berhubung.. cuma tak bertemua secara live.. ni anak keduanya.. Ariff Luqman diberi nama.. sangat la tak banyak kerenah.. diam je.. menangis bile nak susu.. masih sepenuhnya susu ummi.. huh! rindu kamu Ariff!! abang long susah nak snap pict dia.. asik nak pegang kemera je.. tak moo bergamba.. next time achik datang.. siap kamu abang long.. achik peluk kamu.. ;)

nota blog : hari ni malas nak berborak-borak sangat.. jiran sebelah MC la pulak..

Isnin, Ogos 27

apa mau bikin?? ADAM HAWA..

Salam 1 Malaysia..

sedikit rasa terkilan dengan astro.. geram pun ada.. malam ni dah mula cite ADAM HAWA.. tapi aku tak dapat tengok lagi.. ape la astro ni.. suka suki nak tuka channel tau! mula-mula kata tayang kat astro bella.. lastly.. tuka kat mustika HD.. sangat geram.. adehhh.. sabo la duhai hati.. mau tukar ka tak mau ka.. kene tambah 20 hengget la pulak.. tungguuuuuuuu...


harap jalan ceritanya sama macam dalam novel.. kalau tidak.. pasti kecewa.. yang penting.. pelakon-pelakonnya.. MANTOP!! terbaik!!! selamat menonton ADAM HAWA kepada pelanggan mustika HD!! bermula malam ni.. jam 10 malam.. jangan lupa tau!!!

ZAP!! ZAP!! cepat betul la..

Salam 1 Malaysia..

wahhh!! bersawang sudah blog den.. ate.. bulan puasa.. bape beno la entry den buat.. 1 je kot kalau tak silap.. bukan malas nak update blog.. tapi banyak beno keje yang nak di siapkan.. demi nak bercuti panjang masa raya.. ahakss!! macam awak sorang je bercuti raya ya.. tapi serius.. memang syok cuti raya tahun ni.. cuti awal.. dan hari ni baru mula bekerja.. dan opkos.. mood pasti tertinggal di rumah.. haishhh!!! bangun!!! bersemangat!!


pantas betul masa berlalu.. zap!! zap!! dah 9 Syawal.. rasanya masih belum terlewat.. di kesempatan ini.. memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada semua kenalan dalam dunia blogger.. andai ada tersilap kata.. samada disedari mahupun tidak.. ::SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN::

nota blog : terasa ralat belum berkesempatan ambik gamba di studio.. angan-angan tak sudah aku ni.. hope tercapai sebelum habisnya bulan syawal.. ;)
harap-harap.. dapat la update blog selalu.. haishhh!! apa nak jadi ni.. (^_^)