Jumaat, Februari 1

si UNGU yang menggeramkan..

Salam 1 Malaysia..

Salam Jumaat.. Penghulu segala hari.. semoga kita memperoleh keberkatan pada hari ini dah juga hari-hari yang mendatang.. Ya Allah.. aku masih diuji dengan sedikit kesakitan.. demam yang masih belum pulih.. mungkin demam ini menghapus dosa kecilku.. demam kali ni.. asik mengantuk.. apa puncanya.. aku sendiri tak tau.. mungkin dadah dalam ubat tu kuat sangat kot.. mata ni.. layu memanjang..

good news minggu ni.. dapat anak buah baru lagi.. baby girl selamat lahir ke dunia.. ini bermakna.. anak buah bertambah.. pelaburan di bulan Syawal juga bertambah.. ahakss!! 2 lelaki.. 4 perempuan.. jumlah anak buah yang aku ada.. next!! sapa ya.. angah?? aku?? bangchik?? atau ayu?? haaaa!! wait and see..

cerita yang dah basi.. sebulan yang lalu sepatutnya aku letak di entry.. tapi kemalasan untuk mengedit gamba.. bukan apa.. just letak watermark.. tapi aku sangat la malas.. nak buka gamba 1 per 1.. M yang beso.. so.. hari ni agak berkesempatan.. tak kira.. nak letak juga.. jom layan kisahnya..

23 Disember 2012.. dari jam 9.30pagi.. kami bergerak ke Tasik Beris.. yang di tuju Ladang Anggur Tasik Beris.. dari Sungai Petani.. aku rasa ada juga dalam sejam lebih.. jauh nun ke dalam.. ini adalah kali pertama aku ke sana.. terasa sangat lah jauh.. sampai jumpa nama kampung yang tak pernah dengar.. redah je la.. asal sampai.. dengan cuaca yang agak terik.. si kura-kura menyusur jalan kampung.. mencari lokasi.. akhirnya.. kami tiba dengan selamat..

dengan angin sepoi-sepoi dari Tasik Beris.. sangatlah nyaman.. terpesona aku sebenarnya.. dengan keindahan di situ.. 

naik tangga.. jumpa ini.. tengok dari luar pokok anggur.. dah buat hati tak sabar nak masuk.. tak ramai sangat orang yang ada sewaktu kami sampai.. mungkin masih awal..

nak masuk dalam ladang.. kene bayar ok.. dewasa RM4.. kanak-kanak 7 -12 tahun RM2.. boleh ulang-ulang masuk ladang yang sedia ada asal tak keluar dari pintu utama masuk ke ladang..

masuk je dalam kawasan ladang anggur.. akan ternampak signboard ni.. so.. berhati-hati.. tapi.. baby Ilman Hazim dah terpetik sebiji.. nasib la penjaga ladang tak perasan..

kami yang sangat teruja melihat pokok anggur dan buah anggur.. moh le layan gamba kami yang posing tak hingat dunia.. melopong tengok buah anggur yang sangat menggeramkan.. rasa nak petik dah makan.. tapi.. mahal sangat kalau petik sendiri.. tak silap RM50 sekilo.. uh!! baik tak yah.. beli yang dah siap di petik je la.. 

nampak menggeramkan.. tapi ku tahan nafsu..

posing bersama teman serumah semasa di poli.. yang sudi membawa aku ke mari.. pemandu pelangcongku semasa di kedah.. 2 cahayamata yang sangat comel.. baby Ilman & abg Izzat..

menjaga nafsu memetik anggur.. ahakss!! teruja!!


Shima juga beraksi dengan buah anggur.. teman berborak di dalam kereta.. dari Klang ke SP.. dari SP ke Klang.. berjaya buat aku tak mengantuk..

baby Ilman dah mula tengok-tengok buah anggur.. dah geram dah.. 
sekali dia berjaya petik sebiji.. tanpa di sedari si ibu..

sebagai kenangan kami di sini.. di abadikan dalam sekeping gambar kami bersama..

waktu ni.. ladang anggur warna ungu je yang di buka untuk orang ramai.. ladang anggur hijau di tutup sebab buat tak ranum lagi.. tapi dok ushar-ushar dari jauh je la.. geram gak.. sebelum balik.. kami merehatkan diri di tepi Tasik Beris.. angin yang kuat.. membuatkan kami seronok berada di situ.. pemandangan yang cantik..

nak balik.. opkos la.. soping sikit.. sebagai ole-ole bonda di rumah.. sedikit buah anggur ungu dan hijau.. kordial anggur.. dan semestinya FM untuk kenang-kenangan.. posing lagi sebelum meninggalkan Ladang Anggur Tasik Beris..

TQ abg Izzat snap pict ni.. 

destinasi seterusnya.. next entry.. jumpa teman serumah.. sebantal.. setoto.. RINDU sangat dengan dia..

nota blog : esok pagi menuju ke Selatan tanah air.. melawat cik bibi yang tembam.. Ya Allah.. KAU permudahkanlah perjalanan dan urusanku.. Amin..










Rabu, Januari 30

Wordless Wednesday : PERNAH makan tak??

Salam 1 Malaysia..

tuan tanah kedaung sangat lemau.. plus emosi tak stabil.. huh! miss him so much!! fuyoooo!! jiwang yang berkilo-kilo karatnya.. ahakss!! nak tayang sikit.. korang pernah makan ke tak??

ce teka.. apa benda tu.. bagi aku.. inilah pertama kalinya aku makan benda ni.. sejenis kerepek.. nak tau apa jawapannya??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

KEREPEK KETAM




nota blog: adehhh.. aku ke dia yang bersalah ni.. semalam aku buat keras diri.. hari ini.. dia buat pulak ke?? adehh.. jangan cam tu la cik abg.. jiwa kacau dah ni.. pls.. pls.. ampun.. len kali tak buat lagi.. hope dia baca entry ni.. uhuk!!


Selasa, Januari 29

BENAR apa yang di kata..

Salam 1 Malaysia..

selasa yang agak lemau.. bile bangun pagi.. tekak yang sangat perit.. mula terasa selsema.. oh!! ujian yang diberikan olehMU.. Ya Allah.. aku terima.. dengan hati yang terbuka.. selasa.. rabu.. kerja.. khamis cuti.. jumaat kerja.. yehaaa!! kerja 3 hari saje minggu ni.. aci tak ambik cuti jumaat.. sambung lagi.. ahakss!! tapi masih awal tahun.. takkan nak cuti-cuti lagi.. nanti cuti abis!!

entry yang simple je hari ini.. sebab tuan tanah LEMAU.. rasa nak tido je.. haishhh!! ni tak makan ubat selsema ni.. kalau makan.. kompom BOM!! lena.. korang suka tak lagu WANITA oleh KRU.. aku sangat tersangat la suka.. bile diamati liriknya.. sangatlah bermakna.. terasa menyentuh hati.. jiwa.. bukan sebab aku wanita.. perempuan.. tapi bile dengar.. automatik.. teringat BONDA.. mula la rasa rindu.. padahal hari-hari bersua muka.. mengusik Bonda.. memang aktiviti harianku.. bergurau manja kata orang.. sampai bila-bila.. adik sayang Bonda!! ♥ BONDA ♥

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu
Tenangkan hatinya bila resah
Setia di dalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jangan kau hampakan cintanya yang tulus

Lindungilah dia seperti dia menyelimutmu

Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita
Itu saja