Khamis, Jun 21

percutian yang DITAJA..

Salam 1 Malaysia..

morning!! lama tak berblog rasanya.. mood tergugat dek kerana faktor luaran.. apa pun tak boleh!! awatlah sekarang cepat beno sentap!! dah tua la tu kan.. tapi tetap kate awak tak tua.. ahaksss!! sedar diri sikit erk.. setiap hari usia akan meningkat tanpa disedari.. yeahhhhaaaa!!! pergilah perasaan negatif.. kemarilah perasaan positif!! selsema menyerang sejak semalam.. moga terhapus sedikit dosa-dosaku..

kejap masa berlalu.. minggu lepas 3 hari tiada di opis.. seronok!! santai bersama rakan-rakan daerah lain di 1 daerah yang jauh dari hiruk pikuk kotaraya.. bangun pagi dengan suasana yang tenang.. hanya kedengaran bunyi air sungai mengalir.. sejuk tak usah nak kata.. asal masuk jam 9 malam dah terasa sejuk hingga ke tulang.. walaupun jadual di sana tersusun dengan aktiviti.. tapi tak rasa tertekan.. memang betul-betul seronok!!



buat kali pertama aku sampai ke IMPIAN RIMBA RESORT.. walaupun jauh ke dalam, tapi terasa suasana kampung.. sepanjang jalan mata melilau tengok pokok durian.. pokok dokong.. pokok manggis.. tu la.. kisah insan tiada dusun.. ada pun nun di kampung atok.. di tapah.. ala-ala jakun.. ahaksss!! dengan deruan air sungai.. perghhh.. bestnya!!! rasa cam nak pegi lagi.. senang cakap best!!

suasana yang tenang betul-betul menenangkan fikiranku.. bile-bile ada masa terluang.. nak datang lagi bersama family.. jalan pun rasa dah ingat.. berpiknik di hujung minggu la gamaknya.. sorang masuk RM3 je.. kira ok la.. dengan tandas dan surau yang dekat.. wakaf pun boleh sewa.. 1 wakaf 30 hengget.. kira berbaloi la.. besa gak wakaf dia.. sesuai untuk beriadah.. nak buat family day pun ok.. rasanya drum BBQ pun boleh sewa.. sebab aku tengok ada banyak.. bilik dia pun ok.. 2 katil bujang.. 1 katil kelamin.. bilik air 1.. ada tv.. siaran astro pun ada.. ahakss!! harga bilik?? jangan di tanya padaku.. sebab ditaja kan.. wakakakaka.. berkursus sebenarnya.. nak menyedapkan hati.. percutian yang ditaja.. layan gambo lokasi IMPIAN RIMBA RESORT..

bilik kami!! berempat di sini..
nampak tak durian tu??
abaikan hilux itu..
sejuk!!
next entry akan aku ceritakan aktiviti di sana.. dan yang best.. makan durian dan manggis sampai tak terlarat.. yang penting FREE!! ahakss!! nak tau lebih lanjut mengenai IMPIAN RIMBA RESORT.. klik saja di sini..

Ahad, Jun 17

HARI ini..

Salam 1 Malaysia..

17 Jun 2012 ~ Selamat Hari Bapa Kepada Semua Insan Yang Bergelar Ayah.. Abah.. Papa.. Daddy.. Walid.. Baba.. Abi.. dan apa juga gelaran yang diberikan.. buat diriku.. walaupun abah tiada disisiku.. tapi bagi diriku.. abah tetap heroku.. walau jasad tiada.. dalam hatiku abah tetap ada untuk semangat meneruskan kehidupan yang tidak ku ketahui.. apa rintangan.. ujian akan berlaku untuk hari-hari mendatang.. semoga tenang dirimu disana.. semoga sentiasa dalam golongan orang yang dikasihi Allah s.w.t.


17 Jun 2012 ~ Israk Mikraj.. setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab Umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah  Rasullah SAW dari Mekkah ke Madinah..


tiada aktiviti memasak makanan untuk lunch.. cuti la kiranya.. sebab?? sedara jauh ada buat majlis kenduri kahwin.. bonda dibekalkan makanan tadi.. maka aku pun bermalas-malasan la gamaknya hari ni.. ish.. jangan ikut dan amalkan selalu hokay!! bonda kata, tak perlu masak.. banyak lauk yang dibekalkan tadi.. untuk elak pembaziran.. maka tak perlu memasak.. senyum meleret la aku.. ahaksss!!

today!! marathon menonton wayang online..


wayang pertama.. ni tak tengok onlie sebab melanggan di astro first sejak hari jumaat malam sabtu.. tapi tak jemu pulak menonton walaupun dah tengok berulang-ulang.. sampai anak makcik pun tak nak balik.. nak tengok cite HOORE! HOORE!.. tengok la baby.. sampai muntah.. haishhh!!

GERIMIS MENGUNDANG.. ya.. nak tengok hari tu.. tapi adik sibuk nak tengok piranha 3dd.. bukan best mane pun.. sekejap lak tu.. hampeh! ahaks!! sekali layan jiwang plak hari ni.. dengan cuaca yang mendung.. santai je la citenya.. layan je la kan.. online.. 



hah! cite ni cube dah tengok bape kali.. asik ada gangguan je.. hari ni abiskan tengok.. kamal adli lagi.. hehehe.. suka!! suka!! abang ketak-ketak.. haishhh!!! lagu dia tu syok.. sam ngan yana.. mula-mula dengar macam kelaka.. tapi banyak kali dengar.. ok la!! AKU ADA, KAU ADA?? 

seharian duduk di rumah.. petang aktiviti lain pulak.. si kura-kura pun dah 3 minggu tak mandi.. tengok cuaca hari ni agak mendung.. kesian cik kura-kura.. dah tompok-tompok debu.. esok koje.. hope hati ni kuat la nak melihat wajah "orang bikin panas hati tu.." tak suka!! payah sangat nak ucap terima kasih.. mentang-mentang pangkat beso.. nak ucap terima kasih pun payah ke?? EGO kamu ya.. langit tak selalu cerah.. TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR.. TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA.. renung-renungkan.. selamat beramal.. chow!!

Rabu, Jun 13

Wordless Wednesday : Tiada Di Opis..

Salam 1 Malaysia..

mesti sejuk kan??
bermula hari ini hingga jumaat.. tiada di opis.. percutian yang ditaja.. taja lah sangat!! 
entry akan datang akan menyusul.. next week!! 3 hari 2 malam..

nota blog : auto publish!