TODAY IS MONDAY.. jangan MONDAY BLUES ya kawan-kawan.. biasa lah.. agak sinonim kini dengan monday blues.. ceria-ceria selalu!!
hari Jumaat memang menjadi kebiasaan bagi aku akan pergi ke pasar petang di batu belah selepas waktu kerja.. on the way balik rumah.. kalau dah pergi pasar tu, mesti yang di beli barang-barang dapur kan.. aku biasanya beli ikan dan sayur.. stok 1 minggu.. dah bonda je yang kat rumah bile kami keluar bekerja.. jadi aku memang dah siapkan bekalan 1 minggu.. tak nak bonda pergi kedai sendiri.. risau.. baik siapkan apa yang patut untuk dimasak dalam peti ais..
masa aku sedang memilih ikan, ada seorang wanita menegurku.. sekali aku pandang, Ya Allah.. kawan lama semasa bersekolah menengah.. tetibe dalam kepala berfikir.. masih ada orang kenal aku.. ahaks!! mula la pasan muka tak berubah.. haishhh!! jangan pasan awet muda udah.. ada sedikit kedutan di kelopak mata ok.. nampak tak.. usia makin meningkat.. bual-bual kosong dengan kawan tu.. sementara makcik penjual menimbang dan mengira berapa harga ikan yang aku beli.. soalan biasa yang akan diutarakan padaku.. "dah kawin??" adehhh.. soalan yang adakalanya aku berkisah.. dan adakalanya aku tak berkisah.. dan jawapan ku.. "belum.." dan dia bertanya lagi.. "bile?" dan aku menjawap.." tak tahu lagi.. belum bertemu.." dan dia bertanya lagi.."kene fikir.. jangan biarkan je.." dan aku hanya mampu tersenyum..
adakah aku tak berfikir?? hanya orang tak normal bagiku yang tak berfikir dengan usiaku yang telah masuk 3 series ni.. tapi tak kan aku nak berfikir secara berterusan?? nanti semua keje tak jalan kalau asik fikir jodoh.. dan orang tak normal je yang akan berkata tak nak kawin.. betul ke?? untuk diriku.. aku tidak sesekali menolak jodoh.. menutup pintu hati.. tidak berusaha.. tidak berdoa.. aku rasa semua tu aku tetap dan masih lakukan.. cuma mungkin Allah masih belum mahu aku bertemu dengan jodohku.. mungkin aku belum cukup berusaha.. belum cukup berdoa.. pada Allah s.w.t. dan aku percaya, setiap yang berlaku itu.. PASTI ADA HIKMAH yang tersembunyi..
mengeluh?? aku rasa dengan usia sebegini bukan masanya untuk mengeluh.. mengapa Allah masih belum temukan ku dengan jodohku.. berfikirlah secara insan yang matang.. Allah berjanji pada umatnya setiap makhluk yang dijadikan berpasang-pasangan.. JANJI ALLAH PASTI.. harus percaya..
buat masa ini.. bukan aku tak berfikir mengenai jodoh.. aku tetap akan berusaha.. berdoa.. biarlah Allah yang menentukan.. siapa jodohku.. 1 hari nanti InsyaAllah.. ada yang sudi melamarku.. bukan harta.. rupa paras yang aku pandang.. cukuplah bagiku insan itu mampu membimbingku ke jalan Allah s.w.t. menerima diri ini dan keluargaku seadanya.. sedap mata memandang.. punya pekerjaan yang tetap dan punya sikap ingin berdikari.. dulu pernah terfikir.. alangkah indah kalau aku dapat berkahwin dengan anak yatim piatu.. tak perlu memikirkan pulang ke kampung bila hari raya.. tapi bila usia makin meningkat.. makin matang.. jauh atau dekat bukan faktor yang penting.. kan?
sekarang aku hanya buat mana yang perlu bagiku.. keperluan untuk di masa akan datang.. sebagai contoh keperluan masa akan datang dengan adanya rumah sendiri.. kenderaan sendiri.. kewangan yang stabil.. peduli apa orang kata.. " senang lah nanti suami kamu.. semua kamu dah ada.." itu bukan kata-kata yang melemahkan aku.. bagiku semua itu adalah satu keperluan.. dan bukan manusia mampu tunaikan kehendak hati kita.. lebih baik bersiap sedia dari sekarang.. HIDUP INI LENGKAP MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN.. give and take.. walau apa yang terjadi, hidup harus diteruskan.. pandanglah wajah insan-insan yang tersayang.. walau apa juga dugaan.. kecil atau besar.. setiap insan punya dugaan dan ujian hidup.. selagi jantung berdegup.. selagi nafas belum berakhir.. kehidupan perlu di teruskan.. PERCAYA QADA' & QADAR.. BE HAPPY!!