Khamis, Mei 3

LAST episod CBE..

Salam 1 Malaysia..

pantas! cepat! ala.. dah abis.. tu la perkataan yang keluar dari mulut ku bile tengok cerita yang seronok dah nak abis.. oh! drama melayu.. terpengaruh sangat ada masanya.. kalau cite best dan menarik, memang akan sedaya upaya tak nak terlepas peluang.. kalau terlepas peluang sangguh cari kat youtube atau vplay.. asal yang online la senang cite.. fuhhhh!!! dahsat kan??

khusyuk!!
ummi rindu kamu berdua!!

malam ni.. last episod CINTA BUAT EMELDA.. dahsat la pengaruh cite ni pada aku.. memang jarang la terlepas episod.. eh! tak pernah rasanya.. terlepas babak pertama tu adalah.. time tu biasanya nak simpan moto dalam garaj.. weekend mesti aku repeat dalam youtube atau mediaprimatv.blogspot. emosi sungguh menonton cite ni.. kadang tu khusyuk pun ia.. ahaksss!! siap bonda lempar bantal kat aku la sebab khusyuk beno.. haishhh!! dahsat betul..


apa yang akan terjadi pada Emelda?? adakah kebahagiaan menjadi milik Aril Fatah & Emelda?? wahhh!! banyak persoalan ni.. hope happy ending la.. tak mau macam cite Tentang Dhia.. tak puas hati betul ending cam tu.. terlebey sudah!! lepas cite ni.. next week cite SEINDAH SAKURA la pulak.. Fahrin Ahmad & Fasha Sandha..


nota blog : sukar menjaga hati orang dan memuaskan hati orang.. adakalanya hati dan diri sendiri terabai.. moga Allah s.w.t. sentiasa memberikan aku petunjuk dan melindungi diri ini..

Rabu, Mei 2

tercapai IMPIAN..

Salam 1 Malaysia..

selalunya entry hari rabu aku.. pasti WORDLESS WEDNESDAY.. tapi hari ni aku tak buat entry tu.. sesekali skip.. sementara ada cite yang nak aku simpan buat kenangan di masa akan datang.. blog bagi aku seperti diary kehidupan ku.. tapi ianya public.. terpulang pada orang yang membaca nak komen apa.. aku rasa mesti ada gak yang akan bile baca entry aku ni rasa entry agak merapu.. merapu.. tak bermotif.. biarlah apa yang di fikirkan.. tak banyak sikit mesti ada sesuatu yang berharga setiap entry..

syukur alhamdulillah.. saat yang indah bagi aku bile dapat menunaikan permintaan bonda.. nak kate permintaan, aku rasa lebih kepada impian.. setiap insan yang bergelar bonda pasti mahu melihat anak-anak bahagia.. gembira.. dan ada kehidupan yang baik.. begitu juga bondaku.. mahu melihat anak-anak hidup dengan baik.. ada kerjaya.. ada kehidupan yang bahagia.. asal jangan lupa suruhanNYA..

25 April 2012.. hari yang aku tak dapat lupakan bila bonda beri 1 senyuman yang cukup bermakna dan indah buatku.. hasrat hati bonda nak tengok aku punya sebuah kereta.. satu masa dahulu semasa aku beli rumah, aku mendapat tentangan dari bonda.. sebab.. bonda nak aku beli kereta dulu.. tapi tidak bagi aku.. perancangan aku sejak aku bekerja memang nak beli rumah dulu baru beli kereta.. dan sekarang Alhamdulillah.. ianya menjadi kenyataan walaupun sebenarnya ianya masih milik bank.. pastilah berhutang.. bak kate orang, "tak hutang mane nak ada rete.." InsyaAllah.. aku akan cube buat perancangan kewangan yang terbaik 2012 dan seterusnya..

si kura-kura yang cute! ahaksss!!

hari ini genap seminggu..

lepas ni senang la bonda nak kemana.. dah ada kete kat rumah, boleh la bawa bonda jalan-jalan.. at least sebulan sekali pun jadilah kan.. Alhamdulillah.. dengan usia begini aku dah mula ada aset walaupun masih berutang.. ada rumah.. ada kete.. cukup buat masa ini untuk diriku.. cube yang terbaik dalam hidup.. kehidupan harus diperbaiki dari hari ke hari.. lepas ni harus ada kewangan yang stabil.. baru boleh merancang sesuatu yang indah.. ada 1 lagi impian bonda untuk aku.. ada insan yang sudi menjaga ku hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah.. yang itu aku berserah pada Allah s.w.t. walaupun tiada istilah jemu untuk berusaha.. berdoa.. mencari pasangan hidup.. perancangan Allah s.w.t. yang lebih indah dari perancangan hambaNYA.. DIA yang lebih mengetahui.. pasti ada hikmah sebaliknya.. bersabar wahai hati.. menggembirakan hati seorang bonda adalah satu nikmat bagi aku.. kalau arwah abah ada pasti arwah abah juga gembira.. moga tenang dirimu di sana abah.. tunggu adik ya..

nota blog : jiwa sekarang agak sensitip.. kenapa erk?? rindu sangat pada arwah abah..

Selasa, Mei 1

BULAN yang ke 5..

Salam 1 Malaysia..

SELAMAT HARI PEKERJA 2012

KEPADA:

SEMUA INSAN-INSAN YANG BEKERJAYA
SEMOGA SUKSES DALAM BIDANG YANG DICEBURI

dah petang baru nak buat ucapan ke? opppsss!! maafkan aku kawan-kawan maya.. dah bape hari tak menjengok blog.. dah mula bersawang gamaknya blog aku ni.. kekangan masa.. adakalanya macam tak cukup masa sewaktu di pejabat.. kalau dah balik rumah.. opkos la tak bertenet.. melainkan weekend.. mungkin time table aku dah banyak berubah.. dengan tugas yang ntah ape-ape ada masanya.. ada sampai 1 tahap hari tu.. tetibe cam nak tuka gred dari J ke N.. ahakss!! merajuk hati la pulak erk.. alamak!! terbabas dari landasan nampaknya aku membebel..

masa berlalu begitu pantas.. kejap je dah masuk bulan 5.. MEI.. bulan ni banyak kenduri kawin.. mana yang sempat, boleh lah aku pergi.. kalau tidak.. alamatnya aku mengirim je la.. bulan 5 gak adik bongsu aku konvo.. saat yang aku nantikan bile adik-adik sambung belaja.. Alhamdulillah.. amanah yang aku pikul telah aku tunaikan.. amanah yang 1 masa dahulu sentiasa bermain-main dalam fikiran, takut tak dapat tunaikan.. syukur padaMU YA ALLAH.. walau pahit.. getir membesarkan adik-adik yang adakalanya menguji kesabaran aku.. dengan bantuan dan sokongan dari bonda, akhirnya adik-adik dapat menghabiskan pengajian mereka walaupun hanya menggenggam sekeping sijil dan diploma.. aku tetap berbangga..

di saat entry ni aku taip.. rumahku sedang diselubungi asap.. aktiviti pembakaran dahan-dahan kayu pokok getah.. hujung minggu lepas abis pokok getah belakang rumah ditebang.. terasa panas bile tengahari.. tebang pokok sebab makcik nak buat rumah.. lagipun pokok getah dah tua.. dari nanti hempap rumah baru, baik tebang dulu.. bergolek-golek la batang pokok getah yang besar-besar tu.. susun elok-elok kat tepi.. kalau ada kenduri, boleh la digunakan.. masak guna kayu api.. moh le layan pict.. 

rimbunan dahan pokok getah..


tak berusik lagi dahan pokok getah..

kayu yang boleh digunakan untuk kenduri..

nota blog : terlalu rindu sikecik..