Khamis, Februari 2

yok mampir cafe

Salam 1 Malaysia..

korang tau tak maksud YOK MAMPIR?? sape tau sila angkat tangan!! ada tak?? cam orang dengar je kan.. ape daaa.. yok mampir tu dalam bahasa JAWA ya.. maksudnya.. JOM SINGGAH.. tapi aku tak tau la.. owner dia ni jawa ke ape.. lokasinya memang dalam kawasan perkampungan orang jawa.. perkampungan?? betul ke ayat aku ni.. masyarakat kat kampung tu majoritinya jawa.. ha.. tu la maksud aku.. aiyoo.. BM dapat bape la masa SPM erk.. teruk betui.. 

di 1 malam aku dan geng berjimba telah menuju ke YOK MAMPIR CAFE.. lokasi berjimba kami kali ini di jalan Shahpadu, Klang, Selangor..kat sini ada macam-macam menu makanan dan juga minuman.. ada makanan biasa.. yang goreng-goreng, panas-panas dan juga western food tau! ha.. jangan terkejut, walaupun nama kedainya bahasa jawa.. macam-macam ada.. tapi kami tak makan western food pada kali ni.. kami makan kuetiaw goreng kerang, soto dan kentang goreng.. air epal asam boi & air kedondong asam boi.. memang mabeles ar!! cukup serba serbinya.. masham manisnya.. KICK!!

soto.. kuetiaw kerang.. kentang goreng.. 
kedondong asam boi.. epal asam boi.. MABELES!!

Rabu, Februari 1

lagi..lagi.. TUTTI FRUTTI

Salam 1 Malaysia..

tekak kalau tengah meragam.. suka makan yang sejuk-sejuk.. selalunya eskem la menjadi sasaran.. tak kira perisa coklat, vanila atau strawberi.. tapi kali ni tekak demand sikit.. nak makan TUTTI FRUTTI.. sekali ada plak orang melayan, sebab dia pun nak makan juga.. ape lagi.. menterjah lah kami ke tutti frutti seksyen 7 jumaat lepas.. TQ mak yong sudi melayan.. agenda utama nak ke jakel.. mak yong nak beli kain cotton untuk sarung bantal baby dia.. tapi corak kain cotton tiada yang menawan hati mak yong.. lastly kami menerjah tutti frutti..

deco dalam tutti frutti ni simple tapi menarik!
warna warni..
ini kali ketiga menerjah tutti frutti.. pas tu suka-suka nak pilih mangkuk ea.. mula-mula pegi, cam ala-ala malu.. pakai mangkuk hijau.. lokasi di Setia Alam.. second time pegi, pakai mangkuk oren.. lokasi di Bukit Tinggi.. kali ketiga, ambik kaler pink! lokasi di Shah Alam Seksyen 7.. dengan harga yang berbeza.. menekan sesuka rasa.. AMEKAW!! berbelas ringgit kene.. tapi.. nyumi!!! sejuk je tekak ni.. macam-macam perisa ada.. antaranya berry raspberry.. strawbery.. pomegranate.. passion fruit dan lain-lain.. cuba jangan tak cuba..

macam macam ADA!!
pink.. hijau.. oren..

Selamat Hari Wilayah..

Salam 1 Malaysia..

Bendera Wilayah Persekutuan

01 Februari : SELAMAT HARI WILAYAH bagi warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.. Wilayah Persekutuan Labuan.. & Wilayah Persekutuan Putrajaya.. sedikit sejarah Wilayah Persekutuan untuk pengetahuan bersama..

Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia. -sumber wikipedia-

selamat bercuti kepada semua warga Kuala Lumpur.. Labuan & Putrajaya.. selamat bershoping!! ^_^