Khamis, September 19

TESTING.. testing.. 1..2..3..

Salam 1 Malaysia..

Zulkaedah hampir ke pertengahan.. sekarang ni tak tau dah penerbangan yang ke berapa.. panggilan Haji telah tiba lagi.. bila dekat tarikh raya haji.. hati tertingat pada arwah abah.. ini bermakna hampir 12 tahun pemergiannya mengikut kalender Islam.. seminggu selepas hari raya haji arwah abah pergi menyahut panggilan Illahi.. Ya Allah.. KAU cucuri rahmat buat abahku.. Tempat dia bersama orang-orang yang beriman..


sesi uji kaji sedang di jalan dengan benda alah ni..  ini dia alatnya.. taraaaaaaaa


dah lama teringin nak ada benda ni.. kalau tengok kat FB.. banyak betul la makanan boleh masak guna benda ni.. PEMANGGANG AJAIB.. nama tak menahan!!




pemanggang ajaib ni bukan aku beli pun.. selamat duit! ahakss!! time balik hari raya ari tu along bawa benda ni.. hadiah katanya.. aku siap tanya.. hadiah untuk bonda ke untuk kita.. bonda pun potong Q along nak jawab.. bonda cakap.. "kalau bagi kat bonda.. bukan reti nak masak guna benda ni.. kamu la punya.." siap tanya.. suh bayar ke ni.. hahaha.. along kata.. FOC je la.. hadiah raya.. YESSS!! free..


eksperimen pertama.. ikan cencaru sumbat bakar.. tu dia.. buat yang simple je dulu.. kek ke.. nasi ke.. kemudian la.. kita buat yang simple.. nak tengok hasilnya..

bahan-bahan simple je..

ikan cencaru (belah belakang)
bawang besar
cili merah
garam & gula
asam jawa

semuanya agak-agak ya kuantitinya.. aku tak reti nak bagi detail.. semuanya di tumbuk.. asam jawa last sekali.. pastu sumbat dalam ikan.. dan ini hasilnya..



dah ready.. kita masukkan ikan dalam pemanggang ajaib.. opsss!! lupa la nak snap.. tapi ini hasilnya bila dah siap.. bape lama.. agak-agak je la.. asal nampak dah garing.. dah masak.. ok la kan.. boleh angkat.. ready untuk di makan..


hasilnya.. tidak mengecewakan.. so.. pas ni.. boleh buat eksperimen lagi.. (^_^) untuk makanan berkhasiat..



3 ulasan:

Masya berkata...

lepas ni boleh bua ayam pulak ala² kenny rogers....

Acik Erna berkata...

assalam AH..lepas ni boleh maak macam2..pemanggang ajaib dah ada

Aine Ainun berkata...

Saya dah lama mengidammmmmmm
XDPt lagi....ツ