Isnin, September 2

MARI bergembira! bersama-sama!

Salam 1 Malaysia..

5 Syawal 1434H.. kami sudah mula bersantai-santai.. tanpa perancangan yang teratur.. bangun pagi.. dah siap sarapan.. duduk santai-santai.. tetibe angah.. jom pegi berendam.. tapi nak air sungai.. abang chik pun apa lagi.. set!!

siap-siap.. kemas apa yang patut.. zassss... last minit sepupu nak join sekali.. 3 kereta bergerak menuju ke batang kali.. lokasi di tuju.. Sungai Kedondong.. 1st time ke situ untuk aku.. banyak kali juga bagi abang chik.. perjalanan ku rasa jauh.. ceh!!! cam balik kampung pulak.. sebab tak pernah sampai.. pergi rasa jauh sebab ikut highway utara selatan.. balik rasa cepat sebab ikut LATAR.. 






tak ramai orang masa kami sampai.. yang tak menahan adik.. time pergi tu adik naik kete aku.. bila dah masuk cam ala-ala hutan ni agaknya dia sedih.. ayah tak de.. padahal ayah naik kete kat belakang kete aku.. yang kelakar tu.. tetibe bila dah sampai dia boleh cakap.. "adik rasa nak nangis la.. adik sedih.. " kami pun pelik la.. lagi-lagi Bonda.. siap tanya kenapa.. tengok-tengok.. memang dia menangis.. rupanya dia sedih sebab ayah tak de.. padahal ayah ada je.. pas jumpa ayah dia, boleh lak gelak sakan.. adik.. adik.. keletahmu buat ummi rindu!

entry ni banyak gamba dari celoteh.. layan la ya.. sebab sonok sangat mandi manda.. 


3 beranak.. mama tak ikut.. mama kerja.. mama redha je la ea.. anak-anak berjimba.. lain kali la.. tunggu baby kuar dan baby beso sikit..  time ni suka la budak-budak ni.. tunggu dah masuk air.. tak sampai 10 minit dah menggigil..


mula dah si kecik dua orang dok atas batu.. kesejukan.. menggeletar.. serius.. airnya sangat la sejuk.. mungkin sebab faktor berhampiran dengan genting highland kot.. aku pun tak tahan sejuknya berendam lama-lama.. kejap dok atas batu.. kejap berendam.. tengok.. Bonda yang asalnya tak nak mandi.. alih-alih.. berendam juga..


2 orang budak dah tak tahan sejuk.. naik atas bagi jemur.. sementara tu.. isi tank dulu.. makan kuih raya je pun.. tak bawak bekal makanan berat.. bawa kuih raya je.. lain kali.. BBQ sekali..


tu dia.. kemain suka korang ya.. bab berendam ni.. macam-macam aksi.. korang buat.. siap bergelongsor kat batu.. macam papan gelongsor.. letak shampoo.. sangat la bergembira.. suka tengok betul.. 


dalam sejuk-sejuk tu.. sebelum balik.. nak juga 2 budak ni berendam lagi.. siap cakap.. nanti datang lagi.. amboi!! dah booking.. InsyaAllah.. bila pak long.. mak long balik sini.. adik ngan kakak ada.. kita pegi lagi ya.. kita bawa bekal siap-siap.. tu la.. tak merancang.. main redah je.. tapi aku suka pegi sini di banding dengan ulu yam.. parking pun tak jauh sangat.. kawasannya masih terjaga.. semulajadi.. bila balik.. masing-masing kelaparan.. nak berenti kat kedai makan, masing-masing dah letih.. lastly.. balik rumah, masak nasi putih.. sambal sardin.. telur dadar.. perghhhh.. licin!! cuti hari raya kali ni jadual penuh.. bila naik kerja.. badan pun lemau.. rehat tak cukup.. tak kisah la.. yang penting.. HAPPY!!!





7 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam AH..xtvt yang dah lama acik tak buat sejak anak2 dah besar ni

Aine Ainun berkata...

bestnya....
lamaaaaaaaa da tak mandi air terjun...
sejak akhir2 ni mmg MOOD nak ke laut n air trjun ja..tp entah bila...

LYAfrina berkata...

wee..bestnyer berendam dlm air sejuk2 ni.. dah lama x k tpt camni..

Time Traveller berkata...

Assalamualaikum.. sungai kedondong? mana tu? tak nah dgr.. mesti best sebb tak ramai manusia.. :D

Nana Nera berkata...

Best nyeeee.....tmpt ni sesuai utk bdk2..air mcm x dlm...

Cho Zila berkata...

memang best sesangat tapi kita anak beranak tak penah gi berpiknik ke air terjun....

Masya berkata...

lamanya tak mandi sungai, nak pg zoo.. nak pg kemensah .. tp suami awal² dah reject .. jln kecik huhuhuhu