Khamis, November 29

minggu yang HANGAT..

Salam 1 Malaysia..

minggu yang suam-suam kuku mood untuk bekerja.. dengan cerita yang kurang enak.. ohh!! apakah.. biasa la kalau kat opis ni.. hot-hot biasanya isu internet la.. nak block itu.. nak block ini.. haishhh!! kisahnya.. bile on benda tu.. kerja-kerja tak siap ke?? rasanya.. semua clear.. tapi nape lah nak sekat-sekat sedang zaman sekarang SEGALANYA DI HUJUNG JARI.. ermmmm.. wait & see je la.. kalau nak block.. yeaaa.. aku rela melanggan apa yang patut dengan internet ni.. ohh!! tiada sedikit hiburan time keje adalah seperti ada yang tak kene 8 jam di opis.. untuk orang lain tak tau la.. tapi untuk aku.. kene ada sedikit hiburan.. paling tidak.. online radio.. cukup!

dan.. minggu ini.. banyak betul program.. banyak betul cerita.. yang HANGAT.. yang menjadi bualan untuk kaum adam.. dan ada juga kaum hawa.. 


game bermula ahad lepas.. Malaysia tewas dengan Singapura.. 0-3.. oh!! peminat sangat-sangat mengutuk.. jurulatih.. pemain.. lagi-lagi pada apek yang nak kawin.. macam-macam yang peminat tak puas hati.. adat permainan.. ada kalah ada menang.. 

malam tadi.. Malaysia menang 4-1 dengan Laos.. macam-macam pujian pagi ni.. sampai aku pun terleka dengan celoteh JOHARA sampai terlupa mendengar zikir terapi Hafiz Hamidun dalam kete.. game seterusnya.. Malaysia vs Indonesia.. ntah apa pula usalan.. komen peminat HARIMAU MALAYA.. adakah mampu MALAYSIA mengekalkan kejuaraan AFF SUZUKI pada tahun ini?? kita nantikan..

dan minggu yang agak HANGAT juga bagi..





babak-babak yang di nantikan oleh peminat novel ADAM & HAWA.. kemuncak.. jangan sampai ada yang meroyan ea.. ALAMAK!! tapi yang pasti babak yang menarik itu akan bersambung minggu depan.. ahaks!! dalam drama ni.. ada tambahan untuk watak JOHAN.. dan peminat fanatik menyampah dengan watak Johan.. ala-ala gila talak dengan AIN.. yang pasti.. ADAM & AIN dalam mood honeymoon ea.. sengih-sengih tengok cite ni dengan bonda.. angah mesti akan repeat episod minggu ni.. 1 episod pun dia tak tengok minggu ni.. tapi ada anak-anak buah pula kat rumah tu.. alamat katun memanjang je la..

jemputan majlis perkahwinan dan berkhatan sana sini.. dah duduk kawasan kampung.. tak boleh lari la kan dari menghadiri majlis.. minggu ni.. jiran depan rumah.. sambut menantu anak sulung.. minggu lepas sebelah perempuan.. dekat je.. dan untuk orang jawa seperti aku.. kenelah rewang.. tunjuk muka ni ea.. kang kate tak bercampur dengan jiran tetangga pulak.. walaupun masih anak dara.. dan hajat nak ke MAHA terpaksa aku tahan.. InsyaAllah.. panjang umur.. murah rezeki.. tahun depan boleh pegi kot.. tiap-tiap tahun ada kan??


makanan untuk pengantin mesti masak special kan?? abis ke pengantin makan?? eh! pasti tak.. bersopan santun pengantin makan kan.. yang makan lebih-lebih.. orang sebelah-sebelah pengantin la kan.. dan budak-budak kecik yang tukang angkat gelas dan pinggan.. kalau kat kampung la.. mane pakai katering kan.. masak gotong royong.. tu la istimewanya duduk di kampung.. apa yang penting.. kerjasama.. meriah.. SELAMAT PENGANTIN BARU REZA & PASANGAN..

nota blog : menghitung hari untuk berehatkan diri bersama keluarga tersayang di sana..


Jumaat, November 23

Hari 'Asyura..

Salam 1 Malaysia..

Salam Jumaat yang indah dengan sinaran matahari yang menyinari.. Syukur.. Alhamdulillah.. masih bernafas di bumiMU ini Ya Allah.. masih berkesempatan menatap wajah-wajah insan tersayang di pagi hari.. namun jauh di sudut hati terasa rindu pada arwah abah.. 10 tahun meninggalkan kami.. Al-Fatihah..

sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu.. walaupun aku terasa ralat sangat hari ini.. bangun pagi yang terlewat.. sedar-sedar azan subuh.. niat di hati ingin berpuasa Hari 'Asyura.. 9 & 10 Muharram.. sebab hari ni masih bekerja.. boleh nak puasa 10 & 11 Muharram.. tapi hari cuti sabtu dan ahad.. banyak jemputan majlis perkahwinan.. kalau buat hari ni dan esok.. masih terkawal lagi.. tak de rezeki tahun ni.. cuba buat puasa sunat yang lain.. InsyaAllah..

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)



 sumber dari : FB Kumpulan Media Karangkraf

nota blog : Ya Allah.. KAU lembutkanlah hatiku ini untuk terus memperbaiki diri untuk taat kepadaMU Ya Allah..

Khamis, November 22

KELU untuk berkata..

Salam 1 Malaysia..

petang yang agak suram di luar sane.. baru nak bersiaran.. dah lewat petang pun kan.. mood masih terumbang ambing.. debaran di dada makin berkurangan.. Syukur Alhamdulillah.. agak tersentak bile pensyarah komen di status FB menyatakan tanda-tanda sakit jantung.. kebelakangan ni aku perasan ada masanya jantung ni berdegup laju.. berdebar-debar.. Ya Allah.. InsyaAllah.. aku akan buat medical checkup.. cume sekarang masih tak punya kekuatan untuk buat medical checkup.. atau debaran ini tanda sekeping surat tiba semalam di rumah.. aku selalu cam tu.. kalau ada sesuatu yang akan terjadi.. pasti ada debaran yang tak menentu..

surat yang aku tunggu selama 2 minggu selamat tiba.. apakah?? ha.. cerita pegi cameron highland la ape lagi kan.. speed tak ingat kot sebab di waktu pagi yang tenang.. meluncur laju si kura-kura tanpa disedari melebihi had laju.. eh! bukan aku yang drive.. nak buat macamana kan.. dah buat salah.. terima la dendanya kan.. OH!! AES.. flash kamera dia kuat betul.. bayangkan dalam waktu 7 pagi tetibe kami terkena flash seperti ada petir di depan.. memang terkejut.. nasib la tak de kereta lain waktu tu.. terus si driver slow down tekan minyak.. masing-masing berpandangan.. lidah kelu untuk bersuara.. suasana yang sunyi di dalam kereta.. si driver sengih-sengih.. spontan aku bersuara.. "dah terkena".. 

surat cinta dari AES

bersiaplah simpan duit nak melayang ni.. bayar kat jpj atau mahkamah je.. balai polis tak boleh.. ada sedikit ketakutan di situ.. sebab.. seumur hidup ada lesen.. inilah kali pertama dapat surat saman.. nasib la bonda tak marah.. sebab dah terangkan awal-awal.. bukan aku yang drive.. fuhhh!! tapi kene kasi clear awal la.. roadtax menghampiri due.. kang haru biru pulak.. si kura-kura.. kepada kawan-kawan.. berhati-hati ya.. peringatan untuk diri sendiri sekali lagi..

nota blog : sorry awak.. saya terkasar bahasa sikit bila bincang hal saman ni petang ni dengan awak.. maafkan saya ya!! saya yang malas nak memikir hal ini.. nak selesai cepat je.. maaf ya awak..