Jumaat, November 23

Hari 'Asyura..

Salam 1 Malaysia..

Salam Jumaat yang indah dengan sinaran matahari yang menyinari.. Syukur.. Alhamdulillah.. masih bernafas di bumiMU ini Ya Allah.. masih berkesempatan menatap wajah-wajah insan tersayang di pagi hari.. namun jauh di sudut hati terasa rindu pada arwah abah.. 10 tahun meninggalkan kami.. Al-Fatihah..

sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu.. walaupun aku terasa ralat sangat hari ini.. bangun pagi yang terlewat.. sedar-sedar azan subuh.. niat di hati ingin berpuasa Hari 'Asyura.. 9 & 10 Muharram.. sebab hari ni masih bekerja.. boleh nak puasa 10 & 11 Muharram.. tapi hari cuti sabtu dan ahad.. banyak jemputan majlis perkahwinan.. kalau buat hari ni dan esok.. masih terkawal lagi.. tak de rezeki tahun ni.. cuba buat puasa sunat yang lain.. InsyaAllah..

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)



 sumber dari : FB Kumpulan Media Karangkraf

nota blog : Ya Allah.. KAU lembutkanlah hatiku ini untuk terus memperbaiki diri untuk taat kepadaMU Ya Allah..

Khamis, November 22

KELU untuk berkata..

Salam 1 Malaysia..

petang yang agak suram di luar sane.. baru nak bersiaran.. dah lewat petang pun kan.. mood masih terumbang ambing.. debaran di dada makin berkurangan.. Syukur Alhamdulillah.. agak tersentak bile pensyarah komen di status FB menyatakan tanda-tanda sakit jantung.. kebelakangan ni aku perasan ada masanya jantung ni berdegup laju.. berdebar-debar.. Ya Allah.. InsyaAllah.. aku akan buat medical checkup.. cume sekarang masih tak punya kekuatan untuk buat medical checkup.. atau debaran ini tanda sekeping surat tiba semalam di rumah.. aku selalu cam tu.. kalau ada sesuatu yang akan terjadi.. pasti ada debaran yang tak menentu..

surat yang aku tunggu selama 2 minggu selamat tiba.. apakah?? ha.. cerita pegi cameron highland la ape lagi kan.. speed tak ingat kot sebab di waktu pagi yang tenang.. meluncur laju si kura-kura tanpa disedari melebihi had laju.. eh! bukan aku yang drive.. nak buat macamana kan.. dah buat salah.. terima la dendanya kan.. OH!! AES.. flash kamera dia kuat betul.. bayangkan dalam waktu 7 pagi tetibe kami terkena flash seperti ada petir di depan.. memang terkejut.. nasib la tak de kereta lain waktu tu.. terus si driver slow down tekan minyak.. masing-masing berpandangan.. lidah kelu untuk bersuara.. suasana yang sunyi di dalam kereta.. si driver sengih-sengih.. spontan aku bersuara.. "dah terkena".. 

surat cinta dari AES

bersiaplah simpan duit nak melayang ni.. bayar kat jpj atau mahkamah je.. balai polis tak boleh.. ada sedikit ketakutan di situ.. sebab.. seumur hidup ada lesen.. inilah kali pertama dapat surat saman.. nasib la bonda tak marah.. sebab dah terangkan awal-awal.. bukan aku yang drive.. fuhhh!! tapi kene kasi clear awal la.. roadtax menghampiri due.. kang haru biru pulak.. si kura-kura.. kepada kawan-kawan.. berhati-hati ya.. peringatan untuk diri sendiri sekali lagi..

nota blog : sorry awak.. saya terkasar bahasa sikit bila bincang hal saman ni petang ni dengan awak.. maafkan saya ya!! saya yang malas nak memikir hal ini.. nak selesai cepat je.. maaf ya awak..

Rabu, November 21

Wordless Wednesday : tak pasal-pasal..

Salam 1 Malaysia..






selalunya.. aku sentiasa berhati-hati bila nak menjawab phone.. asal nombor tak kenal.. memang tak angkat la.. tapi ntah kenapa.. kali ni.. bukan nombor yang keluar kat skrin handphone.. PRIVATE NUMBER.. aku boleh angkat.. dan tatau cam ne.. aku ikut je katanya.. dia mintak nombor kad atm maybank aku.. dengan rela hati bagi.. haishh!! blur!! kenapa jadi cam tu.. bile dah letak phone.. baru tersedar.. kenapa aku bagi nombor kad atm.. siap yang 3 nombor di belakang kad lagi.. Ya Allah.. dan terus bertindak call MAYBANK.. blok kad.. Alhamdulillah.. berjaya..

tak pasal-pasal.. kene buat kad lain.. dari kad atm kaler kuning.. ke kad atm buah ceri.. dan sekarang.. kad atm MU.. lain dari yang lain.. siap tanya kat kerani bank.. "dah tak de kat ceri ke.." dan beliau menjawab.. "yang ni limited edition.. nak ni ke nak ceri.." sengih-sengih aku jawab.. yang ni pun boleh la..

so.. peminat MU.. pemegang akuan maybank.. bertukarlah kad.. selagi stok masih ada.. [eh! ke kad ni dah lama.. aku je yang tak tau.. haishh!! sory kalau dah tertinggal bas ea bab kad atm maybank ni.. (^_^)]


nota blog : ini bukan WW lagi dah.. dah banyak ayat ni.. ampunkan ku kawan-kawan..