Khamis, Disember 13

selasa yang LETIH..

Salam 1 Malaysia..

cahaya matahari yang sangat cantik.. pagi hari bekerja, aku akan melihat cahaya matahari yang cantik di kala menyusuri highway Setia Alam.. memang clear la.. sebelum sampai Sekolah Tenby.. lepas tol Setia Alam pun masih kelihatan sinaran mentari yang cantik.. dek kerana ralit menyaksikan keindahan ciptaan Allah s.w.t sampai berlaki insiden yang buat aku gelak sorang-sorang dalam kereta.. 

kereta menyusur ke laluan SMARTAG.. aik! awat tak berbunyi.. sekali terpampang di skrin.. "TIADA SMARTAG" tengok smartag.. TERBALIK DAAAA.. adehhh.. undur.. betulkan smartag.. jalan.. sambil gelak sorang-sorang.. sempat lagi memerhati kete belakang.. fuhh!! lega.. ada 1 je.. kalau tak, mesti dah kene sesumpah dengan pemandu kete belakang.. awat tetibe jadi BLUR!!

selasa lepas cuti umum bagi penduduk negeri Selangor dan pekerja yang bekerja di negeri Selangor.. sempena Keputeraan Sultan Selangor.. tapi.. hari yang sangat meletihkan bagi aku.. isnin petang baru sampai rumah.. banyak kain baju kotor.. tu belum lagi kain baju yang basah.. rendam dulu dalam besen.. bagi buang pasir-pasir halus.. mandi pantai kali ni sangat best.. pasirnya yang halur.. air yang jernih.. trip yang best ke Port Dickson kali ni walaupun hanya 2 hari 1 malam.. boleh repeat balik resort tu.. sebab pantainya yang cantik dan tak ramai orang.. dari pagi sampai ke petang.. mesin basuh beroperasi.. kesian dia.. tapi aku terpaksa.. nasib la ampaian banyak.. cuaca elok di pagi hari.. kering juga separuh kain baju.. 


gambar dari google..
 
masak pun simple je hari tu.. ikan kembung goreng.. sayur taugeh dengan udang dan daun kucai.. nasi putih.. letih sangat tak larat rasanya tengahari tu nak masak macam-macam.. lepas zohor.. tetibe cam ada mood nak buat kek kukus coklat.. petang lepas Asar, adinda bongsu pegi kait buah mangga muda pulak.. ha.. ape lagi.. cicah dengan kuah rojak pulak.. ha!! lama tak makan, belasah lagi.. haishhh!!! macam-macam makan hari tu.. malam.. meragam la perut ni.. ambik!! 


makan tak ingat.. sangat sedap.. masam manis pedas.. sampai menjilat jari.. mabeles!! pada kawan-kawan yang dah request suh bawa ke opis.. kene hujung minggu ya.. nak kait buah mangga muda ni, pokoknya sangat tinggi.. kene pujuk adinda aku suh petik kan.. sabar ya kawan-kawan opis..

Rabu, Disember 12

Wordless Wednesday : 12.12.12

Salam 1 Malaysia..

Syukur.. Alhamdulillah.. masih bernafas di bumiMU ini Ya Allah.. tarikh yang menarik hari ini.. 12.12.12. sangat la senang untuk di ingati.. ye dak?? memandangkan hari rabu.. dan dah lame tak ber entry.. maka.. inilah hasilnya..

sumber : FB

nota blog : syukur.. Alhamdulillah.. percutian 2 hari 1 malam yang indah dan happening.. entry percutian.. nanti² la ye.. gamba tak transfer lagi.. jumpa lagi!!

Khamis, Disember 6

DUGAAN yang tiba..

Salam 1 Malaysia..

minggu pertama di bulan Disember.. bape hari je lagi melangkah ke tahun 2013.. masa berlalu.. ada masanya cepat.. ada masanya lambat di rasai.. kalau kat opis.. cepat bile time busy.. lambat bile time free.. bulan ni.. bulan perabis duit yang tak berapa nak ado..

hujung minggu ni akan menuju ke Port Dickson.. InsyaAllah.. harap semuanya berjalan lancar.. merancang percutian kali ni sejak bulan Oktober.. booking bilik.. congak-congak bape orang nak join.. last-last.. ermm.. ramai yang tarik diri disebabkan.. baru tau ada exam.. dapat sambung belaja.. ada kem.. tak pe la.. yang bape kerat ni tetap teruskan.. terpaksa cancelkan 1 bilik.. nasib la pihak resort tiada halangan.. dan minggu lepas.. 1 lagi dugaan.. pakcik last minit tak dapat cuti.. adehhh.. anak-anak dah bersemangat nak bercuti.. walaupun percutian hanya 1 malam di sana.. dah lama kami tak bercuti beramai-ramai.. ni la ragamnya.. mencari pemandu.. dan sampai sekarang pemandu tersebut masih tiada kata putus.. Ya Allah.. harap sangat la pemandu dapat cuti Isnin depan.. kalau tak.. ada juga yang syahdu ni.. bilik dah booking.. susun atur perjalan dan siap.. tinggal pemandu je yang tiada kepastian..  DUGAAN.. kita hanya mampu merancang.. selebihnya.. Allah yang menentukan.. semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang..



nota blog : hujung bulan ada lagi 1 trip.. harap semua berjalan lancar..