masa berlalu begitu pantas.. sekejap je dah masuk suku tahun pertama.. tugas hakiki di pejabat pun dah melambak-lambak.. tak berhenti-henti.. silih berganti.. dengan program yang banyak.. dengan fail meja yang tak terusik.. macam tak cukup masa je 8 jam 1 hari di opis.. wahhh!! ayat tak boleh blah erk.. kunun sangat sibuk.. padahal sempat lagi menaip entry.. berBW ke rumah kawan-kawan.. haishhh!! BW seperti aktiviti rutin la pulak ya..
rabu lepas sempat menghadirkan diri ke mesyuarat 5S.. secara paksa rela terjebak menjadi kumpulan 5S.. ohhh!! sungguh aku tak rela.. kunun jadi ketua zon.. gamaknya memang habis kalah la zon aku.. dengan kertas yang melambak-lambak tersadai ni.. sape nak SISIH.. SUSUN.. SAPU.. SERAGAM & SENTIASA AMAL?? harap ahli zon sama-sama bantu membantu ya.. melalut sudahhh!!
![]() |
TQ cik google.. |
tajuk cam ape.. blank!! kisahnya ada insan bermurah hati memberi kad prabayar.. Ya Allah.. syukur.. macam tau-tau je kredit nak abis.. ahakss!! terima kasih la banyak-banyak.. bukan RM30.. malah RM60.. tapi teringat pepatah.. TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA.. pokok pangkalnya KEIKHLASAN.. moga kamu sentiasa dimurahkan rezeki..
![]() |
jutaan terima kasih.. kepada yang memberi.. |
nota blog : minggu ni aku jarang berBW ke rumah kawan-kawan.. 1 hari sekali je.. sesi petang untuk berBW tidak punya waktu.. aik! cam gaya cakap orang indonesia pulak..