Ahad, Februari 5

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Salam 1 Malaysia..

gamba dari cik google..

Salam Maulidur Rasul untuk teman-teman maya.. hari yang indah lagi bermakna.. hari bersejarah buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Tema Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1433H PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH..

di tempat kawan-kawan ada sambutan Maulidur Rasul tak? kat tempat aku ada.. sejak 5 tahun kebelakangan ini, pihak kariah akan mengadakan perbarisan, berarak beramai-ramai mengikut jalan rumah menuju ke Masjid.. di Masjid ada pertandingan membaca Al-Quran, berzanji dan juga ceramah mengenai Maulidur Rasul.. aku tak ketinggalan dalam perarakan ini.. bukan selalu pun kan.. setahun sekali.. semoga kita memperoleh keberkatan dengan menyambut Maulidur Rasul.. Amin..

sumber : wikipedia


RASULLLAH
 Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Sabtu, Februari 4

PARTY Invitation!!

Salam 1 Malaysia..

jam 2.30 petang aku akan menghadirkan diri, InsyaAllah ke jemputan majlis sambutan hari lahir dak bam-bam.. MUHAMMAD AKID NAFIZ BIN AZEZUL.. bertemakan UPIN & IPIN lagi.. anak kepada kawan a.k.a jiran sebelah meja aku kat opis.. korang paham dak?? kawan keje aku merangkap jiran sebelah meja aku kat opis.. haishh!! belit-belit lak aku cite ni.. 
MUHAMMAD AKID NAFIZ a.k.a Dak Bam-Bam!

ibu dia sangat la kreatif tau!! berbulan ibu dia create card invitation ni.. sangat rajin! ibu dak bam-bam bernama Nadia.. dak akid ni sangat la peramah dan murah senyuman.. ape orang buat kat dia.. senyum je.. ibu dia kate akid tak de perasaan.. ala.. baru 1 tahun la ibu.. korang nak tengok kad dia?? moh layan..

cantik tak?? kreatif tak ibu Akid??
zoom dekat sikit.. semua main print..potong & tampal..
betapa rajinnya ibu..
siap map lagi.. cam nak wat kenduri berkhatan akid..
SELAMAT ULANG TAHUN MUHAMMAD AKID NAFIZ BIN AZEZUL..
SEMOGA PANJANG UMUR.. MURAH REZEKI.. DILINDUNGI ALLAH SELALU.. DILIMPAHI KASIH SAYANG & MENJADI ANAK YANG SOLEH..

Jumaat, Februari 3

HORAYYYY!!

Salam 1 Malaysia..

tak sabar rasanya nak menunggu jam ke angka 4.30ptg.. pasal pe?? bermulalah hari-hariku merehatkan diri.. cuti hujung minggu plus cuti Maulidur Rasul + Thaipusam.. gedebuk gedebak 4 hari.. sonok!sonok! ermm.. ape aktiviti nak buat cuti 4 hari erk?? kita tungguuu..


cuti Thaipusam hanya untuk negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur & Putrajaya.. manakala cuti Maulidur Rasul 1 Malaysia cuti.. Selamat Bercuti Kawan-kawan!!