Jumaat, September 28

apa yang MENARIK??

Salam 1 Malaysia..

Jumaat yang indah.. moga hati ini tenang-tenang saje.. tiada gundah gulana.. subuh hari ini dihadiahkan hujan yang lebat.. syukur.. alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumiMU ini Ya Allah.. minggu yang bergelodak.. aku tak pasti mengapa begini.. dekatkanlah jiwa ini denganMU Ya Allah.. untuk sentiasa dekat denganMU.. ada masanya aku leka.. cuai.. lalai.. hambaMU ini lemah..






28 September 2012.. pembentangan bajet 2013.. apa yang menarik?? nantikan.. adakah imbuhan untuk penjawat awam?? adakah bantuan BR1M masih diteruskan?? bagaimana dengan cukai pendapatan?? banyak persoalan untuk bajet 2013.. harap sangat adil dan saksama.. dulu.. ermmm.. sebelum menjadi penjawat awam.. tak de makna nak menanti bajet tahunan.. ahakss!! jujur ni.. serius.. tak main-main.. bila dah jadi penjawat awam.. agenda tahunan ni yang di nantikan.. yang aku tunggu.. yeahaaaaaa.. BONUS.. ada ke tak de.. tu je la.. bab-bab lain.. kalau ada.. bonus tambahan.. kan?? kan?? korang cam ne??



nota blog : nak anta cik kura-kura ke servis centre.. demam plak.. harap tak de apa-apa la.. risau..

Rabu, September 26

Wordless Wednesday : Panduan Bersama..

Salam 1 Malaysia..



untuk panduan bersama.. aku yang ada waktunya terlupa.. lalai.. dengan ilmu mengaji.. itu makanya, kene amalkan.. tapi selalu diberi alasan dengan tak sempat.. Ya Allah.. ampunilah hambaMU ini.. yang kerap lalai dan lupa.. sekadar berkongsi ilmu dengan kawan-kawan..

Sabtu, September 22

cerita TERKINI..

Salam 1 Malaysia..

angin malam tadi yang agak menakutkan.. sejak kebelakangan ni, cuaca di malam hari sukar di ramal.. dari minggu lepas.. angin kuat bile waktu malam.. hati mula resah.. risau pokok jiran sebelah tumbang.. kalau tumbang tak kene rumah, tak pe.. ni.. dekat sangat dengan rumah.. dah bagi tau bape kali pun, masih tiada tindakan.. bonda lagi risau.. bile kura-kura parking dekat kawasan dapur.. risau pokok tumbang kene si kura-kura.. macam malam tadi.. lebih kurang jam 1.30 pagi.. aku bangun alihkan kereta ke kawasan lapang rumah makcik.. sebab.. risau pokok tu tumbang.. goyang semacam.. hujan tak lebat mana.. tapi angin.. Ya Allah.. doa tak putus-putus agar di jauhkan dari malapetaka..

tq cik google.. angin kuat lebih kurang macam ni la malam tadi..

M aku semenjak lepas raya untuk update blog sangatlah BESAR.. nak kate keje sangat-sangat banyak.. tak la sangat.. masih boleh mencelah waktu rehat untuk berblog.. melawat blog kawan-kawan.. tapi aku punya hobi baru sekarang ni.. nak tau apa?? melayari internet menonton cerita online.. haishhh!!! rehat pun 1 jam.. sambil layan movie.. abis waktu rehat.. bile nak update blog dengan entry baru?? aduhai.. ape nak jadi ni.. nanti kawan-kawan dah tak moo singgah blog aku, padan muka.. ahaksss!! ada ke yang nak baca entry aku ni?? yang ada masanya merapu.. tak kisah la.. yang penting.. aku kene ubah cara aku sekarang ni.. kene update gak blog.. kalau tak de sape nak baca.. at least untuk kenangan 1 masa nanti.. kan?? kan??


walaupun youtube kat opis dah kene blok.. ada juga sesetengah website boleh aku terjah untuk menonton movie.. jangan orang atasan nak blok dah.. FB pun masih boleh dilayari.. asal keje yang hakiki siap ok!! jangan leka dengan benda alah tu, sudah lah.. kerja tetap nombor 1.. wahai jari jemari.. wahai hati.. moga berterusan untuk menaip entry...  eh!! dah jauh merapu ni.. jap lagi nak balik dah.. hari ni kene keje la.. uhuk!! gara-gara isnin kene berkursus 1 hari.. selamat berhujung minggu kawan-kawan!!

Khamis, September 20

sudah ada GENG!!

Salam 1 Malaysia..

MORNING!! hari ni dah 04 Zulkaedah 1433H.. pantas je dah tuka bulan islam.. lagi 2 bulan menuju ke tahun baru hijrah.. cepatnya la hai.. apa perubahan aku tahun ni?? kene check balik ni.. ada perkembangan yang positif ke tak ni.. ishhh!! meningkatlah usia lagi kan.. kene jadi insan yang lebih baik.. ok!!


catatan untuk hari ni.. berkisar kisah drama ADAM & HAWA.. kisahnya.. pasal drama ni gak aku tuka ke beyond.. dan seperti biasa.. bonda opkos akan bebel.. tuka-tuka astro ni.. sebab... mesti nanti haru biru nak aja bonda guna remote baru.. hehehe.. tu la bonda ku.. kalau kita tuka ke.. beli ke.. benda baru.. 1st.. kene tahan telinga.. sebab.. nanti mesti bonda akan tanya macam-macam.. get ready sebelum beli or tuka benda-benda kat rumah.. bonda kate.. ape yang lainnya beyond ni.. bonda tengok sama je.. dengan senyuman aku jawab.. orang nak tengok cite drama ADAM & HAWA kat mustika HD.. bonda kate "tu je?? ermm.. korang yang bayar bil.. suka hati la..".. YES!! bonda setuju.. 1st & 2nd episod tak dapat tengok.. 3rd episod baru dapat tengok.. dan seterusnya InsyaAllah.. penangan betul novel ADAM HAWA ni.. di tambah dengan.. pelakonnya.. haishhh!!! layan selagi boleh.. bukan fanatik sangat ye..

 hero yang ada daya tarikan tersendiri untuk penonton..
heroin yang agak keras hati dalam cerita ini..


dan malam tadi.. akhirnya.. (nak tergelak pun ada.. ) bile cite adam & hawa dah nak abis.. bonda bersuara.. "la.. nape dah nak abis.. nape la astro buat tayangan setengah jam je.. buat la sejam cam cite lain.." spontan aku memandang bonda.. " hah!! dah suka cite ni ke??" bonda tersengih je.. YES!! aku sudah ada geng kat rumah tu tengok cite ADAM & HAWA!!! maka senang la hati aku bile menonton.. tak la berebut remote alih cite lain.. sayang bonda!! cite ni dah makin tak sabar untuk di tonton.. wink! wink!


credit : FB ADAM & HAWA

Rabu, September 19

Wordless Wednesday : Klik! Klik! Raya Di Opis..

Salam 1 Malaysia..

berhari-hari tak update blog.. M yang sangat besar nampaknya.. Mak Aiii!!! apa nak jadi ni.. dah mula besawang blog.. memandangkan Wordless Wednesday.. meh layan pict Majlis Hari Raya di opis.. KLIK!! KLIK!!

bersama  JD.. bukan senang nak gamba bersama JD.. nasib dia nak..
TQ bos!
bersama JJ.. pulak..
bersama geng yang selalu kene wanted.. haishh!!
LOVE kecik untuk cik baby kat dalam perut..
si kacak kecik Ahmad Qasif Osman..
bile group atas bertemu group bawah.. ramai kan??
Mummy Rizqi with Nur Syasya Adriana..
ya.. itu dia.. Amir Hazim yang malu-malu.. Akid Nafiz yang suka menyakat..
jiran sebelah!!
melayan hero kecik Akid Nafiz..
banyak pict kan?? layan je la erk.. hope tak jemu.. TQ!! (^_^)

Selasa, September 11

TENANG-tenang ya..

Salam 1 Malaysia..

MORNING!! wahh!! gaya macam semangat je erk.. harap hingga ke petang la mood yang ceria ni.. hari ni ramai ibu bapa.. agak gementar.. sebab?? hari ni.. peperiksaan UPSR akan di jalankan.. pakcik & makcik aku juga tak terkecuali.. anak kedua mereka akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.. tahun ni, 2 orang anak pakcik & makcik aku akan menduduki peperiksaan besar.. 1 UPSR.. 1 PMR.. harap mereka dapat buat yang terbaik!!

budak payah bergamba.. ni mood baik.. snap selagi boleh..
semoga tenang menjawab soalan peperiksaan ya kak chik.. ayah & mak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kak chik.. GOOD LUCK NURUL ATHIRAH.. buat yang terbaik.. kak nani tau kak chik boleh buat.. 

gamba family kak chik.. yang tak de kakak yang sulung..
beraya dengan kawan-kawan..
kepada semua pelajar-pelajar darjah 6 yang menduduki peperiksaan UPSR pada pagi ni.. GOOD LUCK!! tenang-tenang ya adik-adik bile menjawab peperiksaan.. jangan kalut-kalut..

Isnin, September 10

sama tak??

Salam 1 Malaysia..

apa macam mood hari ni?? MONDAY BLUES?? oh!! penyakit lama aku muncul kembali.. BERMALASAN.. adehhh.. kalau penyakit ni dah menyinggah.. memang abislah.. tapi opkos tak boleh ikut rentak M ni kan.. kalau tak.. hahahaha.. sure semua keje tertangguh.. kang binggit telinger ni menahan orang bertanya keje tak jalankan.. tapi rasanya.. ramai yang masih mood raya.. selagi tak abis raya.. ahaksss!! mood bekerja aku ni.. masih berlegar-legar di angkasa kot.. malas betul.. tapi kene lawan gak!! chayok!!

kisah raya pun aku tak buat kat blog ni.. haishhh!! mula dah.. blog bersawang.. kawan-kawan.. tolong buangkan sawang erk!! jangan tak jenguk blog daku udah le.. tapi kalau tak de entry baru.. sape nak singgah kan.. cuba yang terbaik gak.. supaya blog tak di lupakan.. 

banyak sangat membebel ni.. bosan kang kawan-kawan.. khas untuk kawan-kawan blog.. taraaaaaaaaa....

SAMA TAK MUKA KAMI??
comel tak baby boy tu?? ada rupa aku tak?? ahakss!! ni anak kawan baik aku masa sekolah rendah hingga ke menengah.. lepas SPM.. berpisah sementara.. aku nun di utara.. dia tetap di selangor.. tapi sentiasa berhubung.. cuma tak bertemua secara live.. ni anak keduanya.. Ariff Luqman diberi nama.. sangat la tak banyak kerenah.. diam je.. menangis bile nak susu.. masih sepenuhnya susu ummi.. huh! rindu kamu Ariff!! abang long susah nak snap pict dia.. asik nak pegang kemera je.. tak moo bergamba.. next time achik datang.. siap kamu abang long.. achik peluk kamu.. ;)

nota blog : hari ni malas nak berborak-borak sangat.. jiran sebelah MC la pulak..